Saturday, May 10, 2014

Majlis Anugerah Cemerlang SMK BBST

Walaupun Acik Rohisyam telah pulang bercuti minggu lepas, minggu ini Acik diberi kebenaran khas oleh Sekolah Menengah Sains Muarnya untuk pulang bercuti lagi untuk menjalani rawatan gigi bulanannya serta menghadiri majlis istimewanya iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013. Acik telah dijemput oleh sekolah lamanya iaitu SMK Bandar Baru Salak Tinggi untuk menerima hadiah atas kecemerlangannya dalam peperiksaan PMR 2014 (laporan lanjut kejayaan Acik di sini).  
   Saya dan suami turut hadir bagi menyaksikan majlis bersejarah tersebut. Syabas buat Acik dan rakan-rakannya yang lain atas kecemerlangan yang telah dicapai dalam peperiksaan tahun lepas. Semoga kalian akan lebih berjaya pada masa depan dan menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa dan keluarga...
 Acik bersama rakan-rakan menunggu giliran
Ucapan aluan Pengetua SMK BBST - Pn. Norma Daud
Nama Acik no. 33
 Ucapan perasmian Timbalan PPD Sepang - Tn. Hj. Mutalib Tomran mewakili Pengarah JPN Selangor
 Edy datang sekejap
Wak Kamsani (GB SKTPP2 ) dan En. Rodzi (mantan pegawai Prasekolah PPD Sepang) turut hadir untuk meraikan kejayaan anak-anak mereka dalam STPM 2013 - syabas tuan-tuan!
Tahniah Acik!
Anak kebanggaan ibu
 Acik bersama ayah
Diapit ayah dan ibu
Anugerah berharga Acik
Acik dan rakan-rakan asramanya yang juga cemerlang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...