Wednesday, March 23, 2016

Anugerah PPDa Negeri Selangor 2015 / 2016

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT akhirnya SKTPP berjaya menjadi Johan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2015 / 2016. Terima kasih buat guru-guru, anak-anak murid dan ibu bapa serta PIBG dan rakan-rakan komuniti sekitar yang banyak membantu dan memberi sokongan terhadap misi PPDa kita ini. Tanpa kalian semua, mana mungkin saya naik ke atas pentas MSU dalam majlis yang gilang gemilang itu bagi menerima piala dan sijil anugerah tersebut.
   Di sudut hati terkenang pada tahun 2014 bila mana dalam majlis Anugerah Kecemerlangan PPDa peringkat Negeri Selangor 2013, SK Kota Warisan diumumkan sebagai Johan, saya hanya memerhati sahaja dari jauh Guru Besar baru SKKW naik ke atas pentas menerima piala kemenangan. Tambah manis apabila SKKW dinobat sebagai Johan PPDa Peringkat Kebangsaan 2014, saya turut merasai kegembiraan tersebut kerana ia termasuk usaha dan projek 2 bulan saya di SKKW sebelum saya ditukarkan ke SKTPP.
   Berbekal pengalaman dan minat tersebut, saya melebarkan PPDa ini di SKTPP pula. Alhamdulillah disambut baik oleh guru, murid dan ibu bapa di sini. Tahun 2014, SKTPP diberi kepercayaan mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Bilik Sumber PPDa Negeri Selangor dan kami berjaya mendapat Naib Johan Negeri (berita lanjut klik di sini). Tahun ini, rezeki berpihak kepada kami dan gelaran Johan Negeri menjadi milik kita. Syukur ya Allah..
   Justeru selaku wakil Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan tahun 2017 tahun depan, diharap kami dapat menurut jejak SKKW untuk meraih gelaran Johan Kebangsaan. Semoga harapan ini menjadi kenyataan berkat kerjasama dan sokongan padu semua pihak. Teruskan berusaha dan berdoa. Insya Allah kesatuan ini telah terbukti sangat kuat dan kita pasti boleh!
   Projek PPDa jelas telah meniupkan semangat kerjasama dan ikhlas dalam membuat tugasan yang besar ini. Semoga ukhwah yang mantap ini akan memudahkan segala urusan kita biar apapun cabaran yang mendatang...











 




Lagi berita kejayaan PPDa dalam blog sekolah di sini dan blog PPDa di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...