Thursday, March 4, 2010

Maulidur Rasul KPM

Selepas beberapa kali siri mesyuarat, hari ini berlangsunglah Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia 1431 H. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Tuan KPPM; Dato' Misrah Hj. Ibrahim Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM.  
   Saya terlibat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Jamuan dan last minute dilantik sebagai JK Sambutan. Sekolah saya juga terlibat dalam perarakan yang melibatkan 30 orang murid dan 5 orang guru yang dikehendaki berarak sejauh 1.6 km bermula dari Padang Awam Bandar baru Salak Tinggi (BBST) hingga ke Sekolah Agama Menengah BBST. Terdapat 24 kontingen yang mengambil bahagian dalam perarakan termasuk dari KPM, JPN Selangor dan PPD Sepang.
   Part jamuan ni, ustaz Amir banyak mengambilalih tugas saya membuat persiapan dan berbincang dengan PPD serta katerer. Ustazah Aida, ustazah Asiah dan ustaz Zul dilantik sebagai AJK Kecil JK Jamuan. Pendek kata sibuk betul ustaz dan ustazah dalam membuat persediaan program ini. Terima kasih semua....

 Persiapan akhir sebelum bertolak
Acik pun masuk
Terlucut pulak sepanduk ni
Pemandangan di padang awam BBST
Kontingen SKKW bersiap sedia
Anak-anak bujang yang bersemangat
Saya tumpang sedondon
Kontingen pertama dilepaskan - KPM
Diikuti kontingen JPN Selangor
Kontingen SK BBST
Kontingen SK Dengkil
Kontingen SK Kg. Baharu Lanjut
Tu diaa.. kontingen SK Kota Warisan
Segak bergaya
Kontingen SK Salak dengan kompang selawatnya
Di penghujung perarakan memasuki kawasan SAM BBST
Berat sangat rambu-ramba dan bunga manggar tu sampai terpeleot sepanduknya
Selawat tak berhenti sampai hilang suara
Barisan sepanduk
Acara dalam dewan dimulakan dengan ceramah Maulidur Rasul
Ramainya tetamu dan peserta
 Dewan yang gilang gemilang
Memang bagus idea menyusun peserta dalam satu barisan ke belakang; senyap dewan
Bergambar dengan orang-orang penting PPD Sepang; Tn. Hj. Mutalib, Hj. Norhasnan dan En. Amin
 Inilah dia orang kuat program; ustaz Fatony (Penyelia Pendidikan Islam PPD Sepang)
Seorang lagi orang kuat progam; ustaz Fazli
Ketibaan perasmi; Dato' Misrah disambut oleh Pengarah JPS, PPD Sepang dan urusetia
VVIP berehat sebentar sambil mendengar taklimat dari PPDS; Tn. A. Rahman Hj. Ngit
Aida dan Asiah bersedia di bilik jamuan VIP
 Bilik jamuan VIP yang klass
Pengacaraan ustaz Ghani memang mantop
 Semasa majlis perasmian
Ucapan aluan Pengarah JPS; Tn. Sulaiman Wak
Ucapan perasmian Dato' Misrah
Persembahan kasidah
Beratur untuk menerima sijil penyertaan
 Ustaz Firdaus naik ke pentas menerima hadiah Tempat Ke-3 perarakan. Tahniah SKKW!
Juara sepanduk Sekolah Menengah - SAM BBST
Johan pertandingan sepanduk Sekolah Rendah - SK KLIA
VVIP bersalaman dengan murid-murid sebelum meninggalkan majlis
Tn. Sulaiman, Dato' Misrah dll VIP menjamu selera
Sebahagian GB yang hadir menjamu selera di kantin
Sijil Tempat ke-3 Perarakan dan hamper yang dimenangi
Makan time
Gembira sakan nampak
Congratulations to all
Pada keseluruhannya, pada pendapat saya majlis Sambutan Maulidur Rasul ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya sekali. Tahniah dan terima kasih buat semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan program ini.

Wednesday, March 3, 2010

Cerap

Hari ni baru dapat melakukan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Punyalah sibuk! Walaupun hakikatnya saya dan GPK dah tau dah kualiti pengajaran guru-guru sebab selalu buat pemantauan tak formal semasa meronda-ronda kawasan sekolah, tetapi kami terpaksa juga mencerap di dalam bilik darjah. Laporan pencerapan perlu dihantar ke PPD. 
   Saya dan semua GPK akan mencerap mengikut pembahagian subjek yang telah disusun. Saya akan mencerap guru B.Melayu, Sains dan Matematik. So, untuk pencerapan pertama saya tahun ni saya mulakan dengan Pn. Siti Zubaidah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Tahun 6 Ikhlas pada pukul 8.45 pagi. Sesungguhnya cikgu Bedah ni memang seorang guru yang rajin, berpengalaman dan cemerlang p&pnya. Seorang kakitangan yang sangat menghormati rakan sekerja dan ketua. Memang pun di SKKW ramai guru yang mempunyai sikap seperti beliau. Bertuah warga sekolah ini!
Cikgu Siti Zubaidah menunjukkan kad gambar sambil bertanyakan soalan kepada murid-murid
Peta minda isi-isi penting karangan
Murid-murid sedang tekun membuat karangan. Cantik dan kemas sudut bacaan kelas 6I ni
Semoga murid-murid 6I memperoleh kejayaan cemerlang dalam UPSR mereka atas ketekunan yang ditunjukkan
Sedang mencerap di belakang kelas
Hari ini Rabu - hari kokurikulum. Seperti biasa, murid-murid dan guru-guru digalakkan memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing. Di antara yang memakai seragam lengkap ialah Ketua Unit Uniform PBSM
 Reinna dah macam doktorlah pulak
Kemudian, saya singgah di bilik j-QAF melihat-lihat persediaan untuk perarakan Maulidur Rasul peringkat KPM esok.
Asiah, Fairuz dan Ayuna menyiapkan sepanduk
Bunga manggar dan papan tanda
Himpunan songkok berjambul ungu
Saya doakan kontingen sekolah akan menang dengan bergaya dalam pertandingan perarakan dan sepanduk esok. 
Tiba-tiba............. ada yang perasan 'kembar' saya hari ni.
Hehe baju serupalah tapi warna baju Ju muda sikit sebab memang dia lebih muda pun daripada saya

Monday, March 1, 2010

Diari hari ini

Kebetulan bawa kamera ke sekolah hari ini, saya pun ambillah beberapa gambar yang patut untuk diabadikan dalam blog 'kesukaan ramai ni' (maksud saya di kalangan cikgu-cikgu saya le). Sebenarnya ini jugalah yang berlaku di semua sekolah seluruh negara hari ini. Macam-macam kerja, macam-macam ada!
1) Seawal pagi semasa perhimpunan saya telah merasmikan pelancaran bulan Sains dan Matematik. Gimik perasmiannya boleh tahan. Syabas guru-guru Sains dan Matematik.
Saya diminta memakai 'lab coat' sebelum perasmian
Saya menuangkan air cuka berwarna merah ke dalam model gunung berapi 
Letusan gunung berapi sebagai simbolik ledakan ilmu sains dan matematik yang tidak dapat dibendung lagi di mana semua murid perlu menguasai kedua-dua bidang tersebut
2) Pada pukul 9.00 pagi, berlangsung Mesyuarat AJK Induk 3K yang turut disertai oleh wakil-wakil dari agensi-agensi luar. Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai dari Ibupejabat Polis Daerah Sepang, Balai Bomba KLIA, Pondok Polis Kota Warisan, PIBG SKKW, AADK Sepang, JKR Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang yang sudi hadir. Semoga pemuafakatan ini akan membuahkan hasil yang baik terhadap keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah. Tambahan pula sekolah telah dicalonkan untuk menyertai Anugerah Sekolah Lestari anjuran Jabatan Alam Sekitar. 
Mempengerusikan mesyuarat
Pn. Shikin GPK HEM dan Pn. Mariatul orang kuat 3K
Barisan wakil agensi sahabat 3K sekolah kami
Guru-guru bersama wakil MPS dan JKR
Tak kenal maka tak cinta, dah kenal bolehlah bantu kita
3) Pada sebelah petang, bila semua staf sokongan balik break, masih ramai guru keluar-masuk pejabat atas berbagai-bagai urusan.
Nor Anikah sedang menyiapkan kerja-kerja berkaitan PIBG
Norini sibuk meriso soalan PKBS1 dan edaran-edaran
 Hafidah sedang melaminat
 Maz Azlee meneliti makluman terkini di papan kenyataan
Nor Mi mencetak bahan Pendidikan Khasnya
Abu nak dapatkan pengesahan penyata perbelanjaan sukan
 
Taty menunjukkan songkok yang akan dipakai oleh peserta perarakan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan Khamis ni
  
Hani berbincang dengan GPK 1 tentang soalan ujian yang dibinanya
  
Last but not least saya diapit oleh orang-orang kuat saya; Sa'diah, Shikin dan Mimi
4) Kejap lagi saya nak ke PPD Sepang dan bank. Tak payahlah ambil gambar, kan
5) Malam ni saya, semua GPK dan AJK PIBG akan datang lagi ke sekolah untuk menghadiri Mesyuarat AJK PIBG kali ke-9. Macam biasalah dibuat di bilik mesyuarat. Malam ni kami akan berbincang tentang persediaan menjelang Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 yang akan diadakan pada hari Sabtu ni 6 Mac 2010. Cikgu Abu juga akan hadir untuk memberi laporan tentang sukan. Insya Allah saya akan bermesyuarat dengan guru-guru esok atau lusa tentang persediaan AGM PIBG. Lalala.... masa pun berlalu, moga cikgu-cikgu terus bersemangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...