Wednesday, March 3, 2010

Cerap

Hari ni baru dapat melakukan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Punyalah sibuk! Walaupun hakikatnya saya dan GPK dah tau dah kualiti pengajaran guru-guru sebab selalu buat pemantauan tak formal semasa meronda-ronda kawasan sekolah, tetapi kami terpaksa juga mencerap di dalam bilik darjah. Laporan pencerapan perlu dihantar ke PPD. 
   Saya dan semua GPK akan mencerap mengikut pembahagian subjek yang telah disusun. Saya akan mencerap guru B.Melayu, Sains dan Matematik. So, untuk pencerapan pertama saya tahun ni saya mulakan dengan Pn. Siti Zubaidah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Tahun 6 Ikhlas pada pukul 8.45 pagi. Sesungguhnya cikgu Bedah ni memang seorang guru yang rajin, berpengalaman dan cemerlang p&pnya. Seorang kakitangan yang sangat menghormati rakan sekerja dan ketua. Memang pun di SKKW ramai guru yang mempunyai sikap seperti beliau. Bertuah warga sekolah ini!
Cikgu Siti Zubaidah menunjukkan kad gambar sambil bertanyakan soalan kepada murid-murid
Peta minda isi-isi penting karangan
Murid-murid sedang tekun membuat karangan. Cantik dan kemas sudut bacaan kelas 6I ni
Semoga murid-murid 6I memperoleh kejayaan cemerlang dalam UPSR mereka atas ketekunan yang ditunjukkan
Sedang mencerap di belakang kelas
Hari ini Rabu - hari kokurikulum. Seperti biasa, murid-murid dan guru-guru digalakkan memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing. Di antara yang memakai seragam lengkap ialah Ketua Unit Uniform PBSM
 Reinna dah macam doktorlah pulak
Kemudian, saya singgah di bilik j-QAF melihat-lihat persediaan untuk perarakan Maulidur Rasul peringkat KPM esok.
Asiah, Fairuz dan Ayuna menyiapkan sepanduk
Bunga manggar dan papan tanda
Himpunan songkok berjambul ungu
Saya doakan kontingen sekolah akan menang dengan bergaya dalam pertandingan perarakan dan sepanduk esok. 
Tiba-tiba............. ada yang perasan 'kembar' saya hari ni.
Hehe baju serupalah tapi warna baju Ju muda sikit sebab memang dia lebih muda pun daripada saya

13 comments:

  1. sy nak respon ttg warna baju tu jer sbb kalau sy pun nampak gayanya kena pakai warna yg lbh tua/gelap.....hehehe

    ReplyDelete
  2. Tapi cikgu Usop, saya ada baju macam-macam kaler, tua muda semua saya hantam. Orang pompuanlah katakan.

    ReplyDelete
  3. salam cgu Aida...
    CERAP???... kurang faham perkataan tue lah cgu... yg pasti cgu membuat pemantauan ke atas guru2 yg mengajar di sana... begitu ke??...
    kekadang ada ayat bahasa membuat sy keliru...huhu....

    ReplyDelete
  4. Salam Zai. Cerap tu sama makna dengan pantau. Cerap cikgu mengajar maknanya melihat dan menilai pengajaran guru, pembelajaran murid, buku-buku murid, keadaan kelas dan ketrampilan guru. Dalam B.Inggeris - observe.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum pn aida

    sibuk betul hari ini ya...
    kalau ornag mencerap saya,
    berdebar sungguh

    ReplyDelete
  6. Bagus cikgu Aida. Dah memang sebahagian kerja kita. Saya baru sempat cerap 4 orang sahaja bulan Februari yang lalu. Bulan ni masih tak berkesempatan lagi. Saya cerap tanpa beritahu guru. Dari gambar yang dilihat, macam cikgu tu dah bersedia aje. Bagi saya, saya nak cikgu saya bersedia setiap hari.

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu kl. Sebenarnya saya pun bukan suka sangat mencerap ni. Tapi dah arahan kenalah buat juga. Kalau saya kena cerap pun, saya berdebar juga hehe.

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu Faris. Saya pun kerap juga mencerap tanpa beritahu cikgu. Hari tu nak cerap, pagi tu baru bagitau. Kadang-kadang dek kerana kesibukan, kita tak dapat mencerap pada hari yang dijanjikan. Bagi saya, beritahu awal tak ada salahnya. Kan elok kalau bagi cikgu kita bersedia sikit. Dia happy, kita pun senang. Nazir Guru Cemerlang pun buat appointment dulu! Kita bolehlah cakap suruh cikgu kita bersedia setiap hari, tapi hakikatnya boleh ke itu berlaku? Yang penting, kita dah boleh agak pengajaran cikgu-cikgu kita - rajin malasnya mereka setiap hari. Cuma pada hari kita mencerap, depa tambah sikit-sikit BBM, normallah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Hasnah----Salam cg aida.. Saya amat bersetuju dengan pendapat cg.Tak salah kalau inform kat cikgu dulu sebelum cerap.. cg dah bersedia nak mengajar setiap hari, tapi kalau diberitahu terlebih dahulu guru akan buat persedian yang terbaik... Tapi apa yang saya nampak, pencerapan bukan untuk memperbaiki kelemahan guru tapi lebih kepada mencari kelemahan guru... Yang mencerap tu kadang-kadang nak tunjuk power je..

      Delete
  9. Terima kasih cikgu kerana menilai p&p saya pada hari ini. Mengenang kembali zaman praktikum, waktu dicerap pensyarah 23 tahun yang lalu. Sebagai orang bawahan sesekali kita memang patut dipantau. Semuanya demi kebaikan dan kecemerlangan diri,anak didik, dan sekolah di mana kita berkhidmat.Insyaallah atas keprihatan cikgu ini akan menjadikan SKKW lebih cemerlang dan terbilang.

    ReplyDelete
  10. Sama-sama Bedah. Masih saya ingat lagi masa saya praktikum dolu-dolu, kami mengusung ke sana ke mari papan gulung. Tapi sekarang ni, dah pupus dah ABM tu. Kepada guru-guru lain, bersedialah. Bila saya dah mula mencerap, akan disusuli cikgu-cikgu lain pula. Yang ada masalah, saya akan cerap 2,3 kali.

    ReplyDelete
  11. guru besar yang prihatin dan mesra segalanya..tahniah..harap semua guru besar begini..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih en. Zul. Biasa-biasa je, sesekali berangin gak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...