Tuesday, February 22, 2011

Ke hospital lagi

Sebagaimana yang ditetapkan, pagi tadi saya pergi lagi ke Hospital Putrajaya untuk rawatan susulan di Unit Orthopedik dan Fisioterapi. Orang punyalah ramai, lama betul baru dapat buat x-ray dan jumpa doktor. Alhamdulillah doktor kata tulang kaki saya dah pulih. Esok dah boleh kerja. Oleh kerana dah lewat, saya buat fisio sebelah petang. Jumpalah GB SK Sg. Melut; En. Basri sama-sama buat rawatan fisioterapi. Nampaknya cikgu Basri dah semakin sihat dan berisi. Syukur kepada Yang Maha Esa.
   Selesai fisio, dapat appointment kena datang lagi pada 16 Mac 2011. Alahai, ingatkan dah tak payah pergi. "Last", kata jurupulih yang baik hati tu - Anny. Terima kasih kepada kakitangan Hospital Putrajaya. Jasamu kukenang! 
Depan pintu Unit Ortopedik
Seronok melayan anak Iran ni - Armi 11 bulan

Wednesday, February 16, 2011

GPK Pendidikan Khas

Tadi pagi, Pn. Nor Mi Aw. Nik; Penyelaras Pendidikan Khas sekolah kami telah menerima sepucuk surat dari JPN Selangor. Isi kandungannya meminta Nor Mi ke Bahagian Pengurusan Latihan, JPS di Seksyen 6, Shah Alam pada hari Jumaat ni (18 Februari 2011). Nor Mi akan menerima surat pelantikan sebagai GPK Pendidikan Khas DGA32. Tapi..... yang suspennya tidak dinyatakan di sekolah mana. Harap-harap dia dapat naik di sekolah yang sama - SKKW juga! Kita doakan sama-sama. Apapun setinggi-tinggi tahniah kepada cikgu Nor Mi...
GPK Pendidikan Khas yang sentiasa komited
Berita terkini 18 Feb. 2011
Pn. Nor Mi sah jadi GPK Pendidikan Khas di SK Kota Warisan. Congratulations!

Merentas Desa

Petang tadi berlangsung Acara Merentas Desa di sekolah. Semua murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 kecuali yang mempunyai masalah kesihatan terlibat dalam acara tersebut. Guru-guru juga bertugas sebagai pegawai dan jawatankuasa program. Tahniah kepada semua murid sama ada yang berjaya maupun yang tak berjaya. Sesungguhnya iltizam kalian untuk menamatkan larian menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Syabas juga kepada para guru. Majulah Sukan Untuk Negara!
Cikgu Haryati bersama anak-anak murid selepas selesai acara penyampaian hadiah merentas desa

Monday, February 14, 2011

Lawatan ke UK Agro Farm Resort

Panitia Kajian Tempatan SKKW akan menganjurkan program Lawatan Sambil Belajar ke UK Agro Farm Resort, Kluang, Johor pada 30 Mac 2011 ini. Lawatan ini terbuka kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00 termasuk pengangkutan, sarapan pagi, makan tengah hari, bayaran masuk ke tempat lawatan, pemandu pelancong dan insurans pengembaraan. Pembayaran boleh dibuat secara ansuran sebanyak 2 kali. 
   Murid-murid akan dibawa melawat ke ladang biri-biri, burung unta, buah markisa, cendawan, sayur-sayuran herba, perkampungan orang asli dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik. Hasil program ini, adalah diharapkan murid-murid akan mendapat pendedahan dan pengetahuan berguna tentang projek pertanian moden di samping memupuk semangat setiakawan dalam menjayakan aktiviti-aktivit kumpulan yang dirancang.
  Sasaran kepada 80 orang murid yang terawal berserta bayaran. Jom gi Johor!

Tuesday, February 8, 2011

Kelas Bahasa Cina

Sejak awal tahun lagi, kami telah dimaklumkan bahawa SKKW telah dipilih oleh PPD Sepang untuk mengadakan kelas subjek Bahasa Cina bagi murid-murid Tahun 1 di bawah KSSR. Bahasa Cina adalah salah satu subjek pilihan di bawah Modul Elektif KSSR. 
   Semalam, sekolah telah menerima guru Bahasa Cina yang dimaksudkan. Surat akan dikeluarkan kepada semua murid Tahun 1 yang berminat untuk mengikuti kelas Bahasa Cina tersebut. Kelas akan diadakan serentak dengan p & p subjek Bahasa Arab iaitu sebanyak 3 X 30 minit seminggu. Had murid yang akan mengikuti kelas Bahasa Cina ini adalah 50 orang sahaja. Jadi, bagi yang berminat cepat-cepatlah kembalikan surat itu nanti. Tapi, perlu diingat kalau nak belajar Bahasa Cina, tak dapatlah belajar Bahasa Arab. So, fikirlah betul-betul.....
Berita Terkini (9 Februari 2011) !!!!
  Setelah berbincang dengan pihak PPD, kami dimaklumkan dasar had 50 orang murid setiap kelas Bahasa Cina (SK) itu adalah dasar tahun lepas di mana kelas dijalankan di luar waktu persekolahan. Tahun ini, KSSR telah menetapkan semua murid Tahun 1 boleh memilih sama ada hendak belajar Bahasa Arab atau Bahasa Cina (SK) dalam waktu persekolahan. Jadi, semua murid Tahun 1 yang berminat belajar Bahasa Cina (SK) akan diajar Bahasa Cina (SK) manakala murid-murid lain belajar Bahasa Arab pada masa yang sama. 
   Sekolah akan meneliti sambutan dari ibu bapa dan merombak lagi jadual waktu, jika perlu.

Sunday, February 6, 2011

Permohonan GB Cemerlang DGA38 2011

Buat rakan-rakan Guru Besar DGA34, iklan permohonan Guru Besar Cemerlang DGA38 (KUP) 2011 telah dikeluarkan. Semua Guru Besar DGA34 yang dilantik sebelum atau pada 28 Jun 2008 dan mempunyai tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya setahun sebelum bersara wajib dari tarikh 28 Jun 2011 adalah layak memohon. Keterangan lanjut  sila klik di sini dan di sini. 
   Saya doakan permohonan rakan-rakan kali ini akan berjaya. Insya Allah...

Thursday, February 3, 2011

Ayu nak interview

Sebenarnya Ayu @ Angah dah 2, 3 kali pi interview sejak habis belajar kat UTP November lepas. Isnin depan sekali lagi dia akan pergi temuduga. Kali ni dengan TSMarine di Menara IMC, Kuala Lumpur sebagai Civil Engineer. Tadi kitorang pergilah survey tempat dia nak interview tu.... Tapi Ayu masih terikat dan sedang menunggu tawaran dari Petronas sebab Ayu dah masuk senarai 'recommended' selepas dia lulus interview  dengan Petronas tempoh hari.
   Good luck Ayu. Semoga berjaya! 
Bakal jurutera
Semoga ada rezeki Ayu kerja kat KL

Wednesday, February 2, 2011

Fisioterapi

Sebagaimana appointment, hari ni Ayu dan Alang sekali lagi menemani saya ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan fisioterapi. Sebenarnya doktor hari itu telah menasihatkan saya supaya menggunakan tongkat sebelah dan 'jalan separuh'. Tapi saya tak jelas dengan istilah 'jalan separuh' tu. Sejak seminggu ni, saya sengaja tak pakai tongkat sebab saya ingatkan sama je jalan perlahan-lahan dengan jalan bertongkat sebelah. Jadi, pagi ni saya pun pi hospital berjalan terhencut-hencut tanpa tongkat. Rupa-rupanya silap! Pakar jurupulih dan nurse-nurse menegur keadaan saya yang tidak menggunakan tongkat tu. Ok ok, lepas ni saya akan pakai tongkat. Sorry!
   Mula-mula saya diminta membasuh kaki sebelum saya menjalani rawatan lilin selama 20 minit. Kemudian saya dibawa ke bilik gym di mana terdapat hampir 10 orang pesakit sedang menjalani rawatan. Hasil tunjuk ajar pakar fisioterapi di situ, tahulah saya cara-cara yang betul menggunakan tongkat, melangkah, angkat tongkat, naik tangga dan latihan-latihan kekuatan otot serta pergerakan darah. Berbaloi sesi 2 jam yang sungguh santai itu.
   Tips paling utama - tongkat patut dipegang sebelah yang bertentangan. Contohnya saya : sakit kaki kiri, pegang tongkat kaki kanan. Barulah bila nak melangkah, kaki yang patah akan disokong oleh tongkat. Itu maksudnya 'jalan separuh' - separuh kaki separuh tangan.
   Tips kedua yang nak saya share - tongkat sekerat macam yang saya guna ini lebih baik daripada tongkat panjang yang sampai ke ketiak tu. Mudah terutama bila nak naik turun tangga. Awal dulu, saya tertanya-tanya juga apa bezanya 2 jenis tongkat tu. Sekarang baru saya tau. Siap 2, 3 orang pesakit yang dah beli tongkat panjang tu nak beli tongkat sekerat tangan.
   Balik rumah, saya kena kerap buat exercise hujung jari dan tapak kaki serta rendam kaki dengan air suam. Selain untuk menguatkan otot juga untuk mengurangkan bengkak dan memudahkan perjalanan darah di tapak kaki. Insya Allah pada 22 Februari 2011 nanti, saya akan sekali lagi pergi hospital bagi menjalani rawatan fisio serta membuat rawatan susulan tulang patah saya ini. Semoga akan pulih sepenuhnya dan dapatlah saya bekerja semula.
Bergaya sakan tanpa tongkat
Depan Unit Fisioterapi
Kaunter Unit Fisio
Sebahagian pesakit
Ayu dan Alang puas menunggu
Jurulatih membantu penuh sabar
2 alat yang diberikan untuk exercise
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...