Friday, April 5, 2013

Along Nikah

Jumaat 5 April 2013....
Maksu mekapkan Along
 Doa selamat di kampung - Kesang Jaya, Jasin
 
Terima kasih mak ayah atuk sedara yang hadir
 Tema peach
Nenek tak ikut
Singgah di masjid Felda Bukit Senggih, Jasin
Rombongan lelaki dengan 9 dulang hantaran + 1 dulang maskahwin
Alang, Maksu, Ayu
 Dulang maskahwin + gelang
Selesai dinikahkan, batal air sembahyang

Bergambar di pelaminan
Hantaran kedua-dua pihak
 Mawar bersama ibu dan ibu mertua

Wednesday, April 3, 2013

Mula Cuti

Hari ini (3.4.2013) saya dah mula bercuti untuk membuat persediaan menjelang pernikahan Along Rohaizzad Jumaat (5.4.2013) ini. Best juga dapat rehat-rehat minda dan fizikal di tengah-tengah kesibukan tugas yang tak habis-habis. Jom tengok bakal pengantin baru...
 Ni gambar diorang bertunang tahun lepas
Menghitung hari..

Tuesday, April 2, 2013

DG44

Syukur alhamdulillah setelah lama menunggu, akhirnya saya dan rakan-rakan Guru Besar telah menerima surat pemangkuan Gred DG44. Terima kasih kepada KPM atas kenaikan gred tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada JPN Selangor kerana telah mengaturkan satu majlis rasmi penyerahan surat pemangkuan yang ringkas namun sangat bermakna buat kami.
   Majlis yang telah diadakan di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2.4.2013 itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor; Tuan Mohd. Salleh bin Mohd. Kassim. Tahniah buat semua - semoga kenaikan pangkat ini akan menyuntik semangat untuk kita terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. 
Antara Guru Besar yang sempat hadir
 Ucapan En. Norhashim - Pen. Pengarah Kanan Unit Naik Pangkat JPS
 Ucapan Tuan Timbalan Pengarah JPS - Tn. Mohd. Salleh Mohd. Kassim
Abdul Kadir menerima surat pemangkuan
Adibah
 Ayub
Rozita
 Hud
 Khasanah
Zohri
Adzhar
Naimah
Ng Juat Wah
 Nor Azian
Norazmi
Nor Shakila
Noraini
Norhayati
Hehe siapa lagi kalau bukan saya
Siti Amarah
Tak sah kalau tak ambil gambar ramai-ramai ala-ala lepas majlis graduasi gitu. Jom tengok...
Graduan UiTM
Graduan UPSI
Graduan Klang
Graduan Gombak
Graduan Sepang
Bersama Azimah
Bersama Ayub, Yati dan Naimah
Bersama Noraini, Milah dan Khasanah

Kisah umrah emak

1) Emak telah berangkat mengerjakan umrah bersama adik Ita & suaminya; Jurie pada 8 Mac 2013. Kami iringi pemergian mereka di KLIA dengan doa semoga beroleh umrah mabrur...
 Emak berkerusi roda
Antara yang sempat hadir
Ita dan Jurie ceria sokmo
Bye-bye mak

2) Ikut jadual sepatutnya mak, Ita dan Jurie balik ke tanahair pada 20 Mac 2013. Ketentuan Allah, mak tak sihat dan dimasukkan ke Hospital Jeddah semasa mereka selesai check in di airport Jeddah. Pada 21 Mac 2013, hanya barang-barang mereka saja yang tiba di KLIA...
Wakil agen bersama pekerja KLIA membawa keluar bagasi
Hanya barang tanpa tuan
3) Alhamdulillah pada 26 Mac 2013, emak telah dibenarkan keluar dari wad Hospital Jeddah. Maka mak, Juri & Ita dapat balik Malaysia dan selamat sampai pada 27 Mac 2013....
 Ita & Jurie tetap ceria
Syukur melihat senyuman emak
Terima kasih buat petugas KLIA
Angah membantu mak masuk ke dalam kereta

3) Di kampung mak terus dirujuk ke Hospital Jasin, Melaka. Mak dimasukkan ke wad Hospital Jasin pula untuk diberi rawatan lanjut sambil memberi ruang mak untuk berehat...
Pada 30 Mac 2013, orang Kota Warisan datang melawat

4) Pada 1 April 2013, mak telah discaj. Semoga mak lekas pulih dan segera sihat. Ameennn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...