Saturday, May 21, 2011

Alang dapat UiTM

Esok kami sekeluarga akan pergi menghantar Alang melapor diri masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Alang ditawarkan mengikuti kursus Diploma Ukur Bahan. Tahniah buat Alang! Semoga Alang akan melakukan yang terbaik demi masa depan yang cemerlang.
Alang Rose Emilda
UiTM Alang terletak sebelah UTP - tempat Ayu belajar dulu

Mesyuarat Agung MGB Selangor 2011

Pagi tadi berlangsung Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Selangor kali ke-16 di Dewan Melawati, TAHA D'Kelana @ TH Kelana Jaya. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Mohd. Salleh bin Mohd Kassim - Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Selangor. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Tn. Hj. Md. Razak bin Hamjar; Ketua Unit Sekolah Rendah JPN Selangor (semalam baru jumpa beliau di SK Jenderam Hilir) dan Pn. Hjh. Nafsiah binti Jaafar; Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Utama.
   Tahniah diucapkan kepada MGB Daerah Petaling Utama yang dipengerusikan oleh Pn. Latipah bt. Abd. Latif atas perjalanan majlis yang sangat lancar dan terbaik ini. Sepatah kata Setiausaha Kehormat; En. Hasim Salleh - penganjuran kali ini akan menjadi benchmarking  kepada MGB-MGB lain yang akan menjadi tuan rumah pada masa depan.
   Majlis telah mengadakan satu kejutan di mana hadirin telah menyaksikan acara memotong kek hari jadi oleh Pn. PPD Petaling Utama - Pn Hjh Nafsiah yang telah menyambut hari ulangtahunnya semalam. Diucapkan semoga panjang umur murah rezeki sihat selalu buat puan hajah. 
   Saya selaku Setiausaha MGB Daerah Sepang telah hadir bersama 7 orang lagi perwakilan MGB Daerah Sepang iaitu En. Misnon (Bendahari Kehormat MGB Negeri Selangor), En. Yahaya Om (YDP MGB Sepang), Pn. Noredzan (Timbalan YDP MGB Sepang), Pn. Asmah (Penolong Setiausaha MGB Sepang), Pn. Siti Amarah, (AJK), Pn. Raja Maimunah dan En. Mohd. Zohri. 
   Sebagaimana perlembagaan MGB Kebangsaan, tahun ini akan diadakan proses pemilihan jawatan-jawatan pegawai MGB Negeri Selangor iaitu 3 tahun sekali. Namun ahli-ahli mesyuarat telah sebulat suara menerima cadangan En. Mohd. Alwan bin Ginen; Pengerusi MGB Daerah Gombak agar menerimapakai klausa di dalam perlembagaan agar pemilihan berdasarkan kepada kekananan dan pengalaman di dalam Gabungan MGB Malaysia. 
   Dengan ini tempat kosong yang ditinggalkan oleh penyandang yang bersara akan diambilalih oleh pegawai lain dan EXCO yang ada. Ini bagi meneruskan legasi yang wujud di samping memperkasakan kepemimpinan MGB Negeri Selangor. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua perwakilan yang telah menunjukkan kerjasama dan kematangan dalam berorganisasi. Sepakat membawa berkat!!
   Berikut adalah senarai pegawai-pegawai perwakilan MGB Negeri Selangor sesi 2011/2012:
Yang Dipertua     : En. Abd. Aziz bin Mohamed
Timbalan YDP    : Tn. Hj. Zaid bin Hj. Ahmad
Naib YDP            : Tn. Hj. Zulkifli bin Hj. Hainin
Setiausaha         : En. Hasim bin Saleh
Pen Setiausaha : Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat
Bendahari           : Tn. Hj. Abdull Razak bin Hj. Mustofah  
Perwakilan Sepang - Zohri, Siti Amarah, Asmah, Noredzan, Raja Maimunah, saya. Tiada dalam gambar : Yahaya Om
Bersama kak Hasimah Bohari - member kamceng dari Petaling Perdana
Jumpa En. Ishak mantan pegawai PPD Sepang yang kini dah jadi GB SK Methodist, Petaling Jaya
Pemangku YDP MGB Selangor - En. Aziz menyampaikan ucapan aluan
Perwakilin dan para hadirin
Pn. Hjh. Nafsiah - PPD Petaling Utama memotong kek hari jadinya
Happy Birthday to you!
Cenderamata buat Tn. Hj. Razak Hamjar
Cenderakenangan buat Pn. Hjh. Nafsiah
Cenderahati buat Tn. Mohd. Salleh
Pengacara majlis - Pn. Dasimah
EXCO MGB Selangor bergambar kenangan dengan tetamu kehormat
EXCO dan Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung bermula.
Barisan belakang - pegawai, barisan depan - EXCO
En. Misnon memberi ucapan terakhir selaku Bendahari Kehormat MGB Negeri Selangor

Friday, May 20, 2011

Selamat Bersara

Hari ini beberapa orang GB daerah Sepang yang berkelapangan telah mengadakan lawatan ziarah mesra 2 orang teman GB yang akan bersara minggu depan. Mereka adalah Pn. Hjh Norlia binti Daya GB SK Jenderam Hilir yang akan menyambut hari jadi ke-58 pada 23 Mei 2011 dan En. Misnon bin Ramli GB SK Taman Seroja yang akan menyambut hari lahir ke-55 pada 26 Mei 2011.
   Kebetulan di SK Jenderam Hilir berlangsung Majlis Persaraan Hjh. Norlia yang turut dihadiri oleh Tn. Hj. Razak bin Hamjar - Ketua Unit Sekolah Rendah JPN Selangor. Kami ikut sama berada di dewan menyaksikan majlis yang bersejarah tersebut. Pn. Hjh. Norlia telah memberikan ucapan terakhir beliau dengan menyingkap pelbagai pengalaman beliau sebagai pendidik. 
   Setelah hampir 2 jam di SK Jenderam Hilir, kami kemudian telah berangkat ke SK Taman Seroja untuk membuat kunjungan awal sebelum persaraan En. Misnon Rabu depan. 
   Kepada mereka berdua diucapkan Selamat Bersara. Mohon maaf atas kesilapan kami sepanjang kita bersama. Terima kasih atas layanan baik kalian. Semoga kita berjumpa lagi pada masa depan. 
Bersama Pn. Sa'diah, Pn. Samsidar dan Pn. Noredzan
Hj. Razak, Hjh Norlia dan rombongan MGB Sepang diarak masuk
Para inang
Hjh. Norlia duduk di singgahsana
Antara VIP yang hadir
Murid-murid dan guru-guru SK Jenderam Hilir
Ucapan terakhir
Gambar kenangan terakhir dengan Wan dan Hjh. Norlia
Terima kasih atas jamuan
Sekalung Budi Seindah Kenangan
En. Misnon menunggu hari
Beca dihias indah
Di pejabat SK Taman Seroja
Cenderamata En. Azman buat En. Misnon
Bersembang sambil bertukar-tukar fikiran
Terima kasih En. Misnon kerana sudi menerima kunjungan kami

Thursday, May 19, 2011

Hari Guru Daerah Sepang 2011

Hari ini diadakan Sambutan Hari Guru lagi. Kali ini peringkat daerah Sepang pula yang diadakan di Sekolah Seri Puteri. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sepang - YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed.Saya hadir bersama Pn. Shikin, Pn. Mimi dan Pn. Nor Mi.
   Tahun ini SKKW telah dilantik sebagai AJK Persembahan. Kami menampilkan persembahan action song kami yang menjadi juara daerah baru-baru ini. Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru yang melatih. Memang menghiburkan! Semoga mereka akan meraih kejayaan dalam pertandingan peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada bulan Jun nanti.
   Tahniah juga kepada cikgu Fakhrudin yang telah berjaya menjalankan tugas sebagai pengacara majlis tersebut dengan berjaya sekali. Mantap gandingan beliau bersama pengacara wanita dari SMK Teknik tadi.
   Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah termasuk Pn. Sa'diah; mantan GPK1 SKKW yang kini merupakan GB SK Cyberjaya. Sekolah beliau telah dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang Akademik (UPSR) 2010. Syabas juga diucapkan kepada En. Yahaya (GB SK BBST) atas Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan kak Noredzan yang menerima Anugerah Khas Keselamatan Jalan Raya.
   Majlis ini amat bermakna kepada warga pendidikan daerah Sepang kerana kami dapat bersua dengan Tn. PPD kami yang baru iaitu Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan. Selamat Datang dan Selamat Hari Guru diucapkan kepada beliau.
   Akhir sekali sekalung tahniah diucapkan kepada para pegawai PPD Sepang kerana telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Guru ini dengan begitu cemerlang sekali.
Mimi, Shikin dan Nor Mi
Suasana dewan Sekolah Seri Puteri nyaman sekali
Pasukan koir dari SMK Cyberjaya
Persembahan dari pelajar-pelajar SMK BBST
Berkongsi meja dengan SK BBST
Pn. Sa'diah menerima hadiah kecemerlangan akademik dari PPD baru
Aksi murid-murid action song di belakang pentas
Cute dan menarik persembahan anak-anak SKKW ini
Tokoh Guru daerah Sepang 2011 - Tn. Hj. Ramli dan Tn. Loon Sooi bersama YB Dato' Sri Ir. Mohd Zin dan Tn. Hj. Mat Jah di atas pentas
Sesi bergambar
Mimi ambil peluang bergambar dengan Tokoh Guru yang merupakan mantan GBnya semasa di SK Bukit Changgang
Tahniah Tn. Hj. Ramli - mantan PPD Sepang Unit Peperiksaan
Congrats kak Zan
Kenangan pentadbir SKKW dengan Pn. Sa'diah
Jom tengok laporan Sambutan Hari Guru daerah Sepang tahun lepas (2010) di sini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...