Thursday, May 19, 2011

Hari Guru Daerah Sepang 2011

Hari ini diadakan Sambutan Hari Guru lagi. Kali ini peringkat daerah Sepang pula yang diadakan di Sekolah Seri Puteri. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sepang - YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed.Saya hadir bersama Pn. Shikin, Pn. Mimi dan Pn. Nor Mi.
   Tahun ini SKKW telah dilantik sebagai AJK Persembahan. Kami menampilkan persembahan action song kami yang menjadi juara daerah baru-baru ini. Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru yang melatih. Memang menghiburkan! Semoga mereka akan meraih kejayaan dalam pertandingan peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada bulan Jun nanti.
   Tahniah juga kepada cikgu Fakhrudin yang telah berjaya menjalankan tugas sebagai pengacara majlis tersebut dengan berjaya sekali. Mantap gandingan beliau bersama pengacara wanita dari SMK Teknik tadi.
   Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah termasuk Pn. Sa'diah; mantan GPK1 SKKW yang kini merupakan GB SK Cyberjaya. Sekolah beliau telah dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang Akademik (UPSR) 2010. Syabas juga diucapkan kepada En. Yahaya (GB SK BBST) atas Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan kak Noredzan yang menerima Anugerah Khas Keselamatan Jalan Raya.
   Majlis ini amat bermakna kepada warga pendidikan daerah Sepang kerana kami dapat bersua dengan Tn. PPD kami yang baru iaitu Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan. Selamat Datang dan Selamat Hari Guru diucapkan kepada beliau.
   Akhir sekali sekalung tahniah diucapkan kepada para pegawai PPD Sepang kerana telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Guru ini dengan begitu cemerlang sekali.
Mimi, Shikin dan Nor Mi
Suasana dewan Sekolah Seri Puteri nyaman sekali
Pasukan koir dari SMK Cyberjaya
Persembahan dari pelajar-pelajar SMK BBST
Berkongsi meja dengan SK BBST
Pn. Sa'diah menerima hadiah kecemerlangan akademik dari PPD baru
Aksi murid-murid action song di belakang pentas
Cute dan menarik persembahan anak-anak SKKW ini
Tokoh Guru daerah Sepang 2011 - Tn. Hj. Ramli dan Tn. Loon Sooi bersama YB Dato' Sri Ir. Mohd Zin dan Tn. Hj. Mat Jah di atas pentas
Sesi bergambar
Mimi ambil peluang bergambar dengan Tokoh Guru yang merupakan mantan GBnya semasa di SK Bukit Changgang
Tahniah Tn. Hj. Ramli - mantan PPD Sepang Unit Peperiksaan
Congrats kak Zan
Kenangan pentadbir SKKW dengan Pn. Sa'diah
Jom tengok laporan Sambutan Hari Guru daerah Sepang tahun lepas (2010) di sini

2 comments:

  1. Tahniah kepada semua yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan wajar dipuji. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...