Sunday, February 28, 2010

Liqa' Mahabbah

Salam. Ni baru balik dari Majlis Liqa' Mahabbah Muslimat anjuran Jawatankuasa Muslimat Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Program ini yang diadakan di Surau Al-Hijrah bertujuan sebagai penghargaan kepada ahli-ahli Tadarrus 2009, JK program Maal Hijrah 1431H serta 3 orang ustazah yang terlibat dengan kelas Fardu Ain bulanan dan mingguan di surau ini. Majlis ini juga sebagai meraikan Sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Kehadiran amat menggalakkan sekitar 100 orang.
   Terima kasih banyak diucapkan kepada ustazah Zaidatul Akmam dan ustazah Salimah yang sudi hadir memeriahkan majlis. Ustazah Rosnani tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri majlis Maulid seumpama ini di taman perumahan beliau. Apapun kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala budi dan jasa ustazah sekalian kerana sentiasa membimbing kami kariah muslimat di Kota Warisan ini. Semoga majlis Liqa' Mahabbah ini akan menjadi pemangkin kepada seluruh kaum wanita di Kota Warisan untuk datang ke kelas yang diadakan pada setiap hari Sabtu jam 2.30 petang dan setiap Ahad minggu pertama setiap bulan jam 9.00 pagi.
 
 
 Brosur program
Hadirin telah tiba seawal 8.30 pagi
Rohani JK Makanan yang komited
Liza sedang menyiapkan skrip sebagai mc. Terima kasih kerana sudi menjadi pengacara walaupun baru malam tadi saya mempelawa beliau apabila mc asal terpaksa balik ke kampung kerana ada kematian
Bersabar menanti kehadiran ustazah
Bergambar bersama Datin Naz, ustazah Norlia dan Mak Engku
Liza mengacarakan majlis dengan baik dari mula hingga akhir
 Ustazah Fatimah KAFA membacakan doa pembuka majlis
Ucapan aluan dari Pengerusi Muslimat; ustazah Che Norlia
Ucapan dan tazkirah dari ustazah Zaidatul Akmam
Ustazah Salimah dengan ucapannya yang sangat menarik
Penyampaian cenderahati oleh Datin Naz kepada ustazah Zaidatul
Ustazah Salimah menerima cenderamata
  
Sijil kepada wakil tadarrus dan JK Maal Hijrah; kak Rubi
Ustazah Norlia tak ketinggalan menerima cenderahati kerana mengajar Al-Quran setiap hari Rabu
 Cendera kenangan kepada ketua marhaban; Pn. Yuni
Liza pun dapat buah tangan - mc bidan terjun yang mantap
Penerangan kumpulan rawi marhaban oleh kak Rubi
 Persembahan marhaban diketuai Pn. Yuni
Berzanji dan selawat
Kak Hendon membacakan doa berzanji
Persembahan nasyid dari guru-guru KAFA Integrasi Al-Muhajirin Kota Warisan
Nasyid dari JK Muslimat Surau Al-Hijrah
Doa penutup yang dipimpin oleh ustazah Zaidatul sungguh menusuk kalbu hingga mengalirkan air mata

Friday, February 26, 2010

Ke Taiping lagi....

Kelmarin 24.2.2010, saya telah pergi ke Taiping sekali lagi. Ikut Lawatan Sambil Kerja Koperasi Guru Besar Selangor ke Matang dan Taiping, Perak selama 2 hari 1 malam. Jam 11.00 malam tadi baru sampai di rumah semula. Seramai 15 orang peserta perempuan dan 20 peserta lelaki telah menyertai trip tersebut. Lawatan ini telah mendapat perakuan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai penting dan berguna kepada gerakan koperasi di negara ini. Seronok dapat melawat tempat-tempat menarik di dalam negara kita. Insya Allah lepas ni, GB-GB tersebut akan membawa anak-anak murid dan guru-guru mereka pula untuk turut melawat ke Taiping, Bandar Warisan @ Town of Everlasting Peace.
Kak Noredzan sampai rumah saya selepas Subuh
Bergambar sebelum ke RnR Jejantas Sg. Buloh untuk menaiki bas
 Destinasi pertama - Muzium Matang
  
Mendengar penerangan tentang Muzium Matang 
Dalam muzium
  
Di luar muzium
  
Makan tengah hari di Mee Udang Banjir Mak Teh 
Kak Rohaya sedang mengopek udang
  
Bersama kak Ainon dan kak Noradza
  
Terima kasih Mak Teh kerana belanja kami hari ni 
Hj. Halim menyampaikan cendera hati kepada Mak Teh 
Bendahari Koperasi; Hj. Zul diapit oleh dua orang kuatnya
  
Melawat Hutan Paya Laut Matang
  
Di dalam bilik penerangan pejabat Hutan Paya Laut 
Sedang mendengar taklimat tentang hutan paya bakau 
En. Nazruddin sedang memberikan penerangan 
Cikgu Razak menunjukkan pokok paya bakau berusia 30, 20 dan 15 tahun
  
Ni dia pokok paya bakau minyak
 
Bergambar kenangan sebelum beredar ke destinasi seterusnya 
Melawat ke kilang kayu arang pulak
  
Bergambar di depan dapur kayu arang yang boleh memuat 30 tan kayu arang sebelum dibakar yang selepas sebulan dibakar tinggal 10 tan arang. Kemudian dijual ke Jepun dengan harga cuma 70 sen sekilo - tak patut!!!
  
Dapur baru sedang dalam pembinaan. Satu dapur boleh bertahan selama 10 tahun 
Cenderamata dari Koperasi GB Selangor buat Pejabat Hutan Matang
  
Sampai ke tempat penginapan
  
Teratak Afrina, Batu Kurau
  
Kami disambut  dengan bunga manggar dan paluan kompang 
Pak kelepak kelepung
  
Terima kasih atas sambutan yang sungguh istimewa 
Rumah penginapan dan kolam yang sedang dalam pembinaan 
Makan malam di Majlis Perbandaran Taiping
  
Taklimat oleh pegawai pelancongan MPT; Pn. Hanim 
Persembahan multimedia mengenai Taiping
  
Perasa Autocamp Pak Su pun ada dalam power point MPT 
Cendera kenangan buat MPT
  
Sarapan hari kedua
  
Nama beruk berdiri ni - Labu
  
Sedang mendengar penerangan tuan punya beruk 
Menyaksikan demonstrasi beruk menjatuhkan buah kelapa daripada pokoknya 
 
Berkaraoke sebentar
  
Ooppss.. poco-poco jap lepas gian
 
Sabri tuanpunya chalet - belia berwawasan yang sangat gigih! 
Mendengar penerangan tentang sejarah Teratak Afrina
 
Terima kasih banyak buat Sabri dan keluarga
 
Bergambar kenangan sebelum balik
 
Singgah sebentar melihat biji pinang dijemur untuk diekspot 
Melawat kilang kopi
 
Kak Khadijah bercat walk
 
Beratur nak masuk Zoo Taiping
 
Naik keretapi keliling Zoo Taiping
 
Melawat kilang Spritzer
 
Mendengar taklimat
  
Cantik bilik ini sesuai dengan taraf korporatnya 
Macam-macam botol air ada
  
Bergambar ramai
   
Peserta wanita
   
Sebahagian peserta lelaki.
Demikianlah corat-coret bergambar sesi lawatan sambil kerja kami. Pendek kata, teramatlah seronok. Minta maaflah banyak sangat gambar dan panjang kisah hikayatnya. Semoga berjumpa lagi di lain lawatan, terima kasih semua. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...