Wednesday, February 17, 2010

Reunion NPQH 8

Sebenarnya saya baru saja sampai rumah jam 8.00 malam sebentar tadi daripada majlis Reunion NPQH 8 yang kami rancang sejak sekian lama (actually Awie sifunya). Majlis Reunion NPQH Kohort 8 Institut Aminuddin Baki (Utara) 2004/2005 ini telah diadakan pada 15 dan 16 Februari 2010 di Perasa Auto Camp, Taiping. Disebabkan teruja sangat nak paparkan gambar yang banyak saya ambil ni, terpaksalah saya mengikut gerak hati untuk updatekan peristiwa bersejarah ini malam ini juga....
   Alkisah saya berpakat untuk pergi bersama Nab, Pah dan kak Wan dengan menaiki kereta saya. Nab bertolak selepas Subuh Isnin 15.2.2010 dari Melaka.
 Pukul 8.00 pagi Nab dah sampai rumah saya (ini gambar kat RnR Sg. Buloh)
 
Tengah tunggu Pah
  
Bergambar dengan Nab dan Pah
  
Kak Wan tunggu di RnR Tapah. Besar juga beg orang Perak ni!
  
Singgah rumah kak Mala di Kuala Kangsar
 
Nab cedok nasi
 
Terima kasih kak Mala atas jamuan makan tengah hari yang sungguh enak
 
Banner yang disediakan oleh Awie menyambut peserta program
 
Welcome to Perasa Auto Camp milik Pak Su. Kami sampai lebih kurang pukul 2.00 petang
  
Kak Wan tolong mengeluarkan beg-beg
 
 
Brosur yang disediakan oleh Awie
 
Bergambar dengan Din, Kadir dan Awie yang dah tiba lebih awal 
Terima kasih kak Normah kerana sudi hadir dalam keadaan kepayahan begitu 
Bertiga di depan khemah @ bilik
  
Bilik saya no. 33. Duduk seorang lagi!
  
Bergambar bersama Pak Su; tuan punya kem ini - bekas pensyarah kami. Ikut jadual kat depan tu, 2 bulan ni penuh dah kem ini ditempah oleh sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan. Tahniah Pak Su. Berbaloi beliau meletak jawatan awal sebagai pensyarah IAB 
Pah mengemas apa yang patut
 
 Pemandangan di Perasa Auto Camp. Memang cantik dengan udara yang sungguh bersih. Nyamuk boleh dikatakan tiada langsung. Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi Pak Su
 
Kak Mala menjamu laksa yang sungguh sedap. Mangkuk dan sudunya class gitu
  
Manimuthu berlari ke arah kami - long time no see 
Rosli datang dengan keluarganya 
  
Pak Su baru naik dari mencuci kolam menyambut Padma dan Ravi
  
Suhaimi menelaah buku program
 
Khusyuk mendengar cerita Halim yang singgah dalam perjalanan ke rumah ibu mertuanya di Taiping bersama keluarga. Halim dah 15 X menjalani kimo kanser hidung dan tekaknya. Sabar ye Lim. Kami doakan Halim akan segera sembuh daripada penyakitnya itu
  
Bekas pensyarah; Hj. Asmee pun bayar duit makan dan t-shirt. Hj Asmee tidur bersama peserta di khemah. Terima kasih hj
 
Makan malam selepas solat dan tahlil
  
Kak Alissa baru sampai dengan Zul dari Melaka dengan menaiki keretapi
  
Bantu kak Normah ke dewan makan
  
Perasmian program diadakan pada sebelah malam 
Din diamanahkan sebagai mc pada malam itu. Memang hidup majlis tersebut dengan bahasa yang tersusun dan jenaka beliau. Tahniah Din!
  
Entah apa yang diperkatakan oleh pengerusi program; Kadir sehingga tergelak besar bekas-bekas pensyarah terutama Hj. Abas dan Tn. Syed. Kadir mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua pensyarah dan peserta. Manisnya majlis ini selain dari ia julung-julung kali diadakan, hampir kesemua di antara kami peserta, baru sahaja mendapat surat tawaran pelantikan DG41 setelah hampir 2 tahun konvo di UPSI
  
Awie sibuk ambil gambar, nak masuk blog jugalah tu
  
Tn. Syed Putra Syed Ali memulakan ucapan. Beliau kini adalah Ketua Jabatan di IAB Induk, Genting. Beliau mengagumi usaha murni mengadakan program reunion ini. Kepada Tn. Syed, terima kasih kerana sudi hadir
 
Tn. Hj. Razmi Abd Majid kini merupakan Ketua Jabatan di IAB Utara. Beliau memaklumkan yang beliau ada kuliah esok tetapi terpanggil untuk menghadiri majlis ini walaupun sejam. Terima kasih tuan haji atas pengorbanan tn. haji. Kami sangat terharu!
 
Ucapan dari Tn. Hj Asmee Hj Tajuddin yang kini adalah Ketua Sektor Akademik JPN Kedah. Beliau membacakan semula pantun lamanya yang sangat membekas di hati kami;
Budak-budak pergi sekolah,
Pergi sekolah naik bas,
Budak-budak balik sekolah,
Balik sekolah turun bas.
Tapi kata Hj Asmee, sekarang pantun tu dah diolah semula sesuai dengan pesanan Tn Hj Abas supaya apa jua yang kita lakukan pastikan ada perubahan. Bunyi pantun yang telah diolah semula itu adalah seperti berikut;
Budak-budak pergi sekolah,
Pergi sekolah naik skuter,
Budak-budak balik sekolah,
Balik sekolah turun helikopter.
Din selaku mc telah menambah yang kami peserta masih tak dapat melupakan serangkap lagi pantun yang sinonim dengan Tn Hj Asmee iaitu:
Dari Perlis pergi ke Sabah,
Pergi ke Sabah naik basikal,
Adakah munasabah,
Pergi ke Sabah naik basikal?
Satu lagi yang kami takkan lupa tentang Hj Asmee ni ialah masa mula-mula berkenalan dulu, beliau seringkali memberikan ungkapan, "If you don't know, you ask me" sebagai merujuk nama beliau. Itulah kemesraan yang menyebabkan beliau hadir juga dalam majlis kami ini. Terima kasih daun keladi, tn haji
 
Pak Su @ Tn Hj Sahabuddin Hj Ashaari juga berterima kasih kepada semua pensyarah dan peserta yang hadir; terutama Awie dan Normah. Banyak sungguh input yang disampaikan. Antara lain;
1. Pemimpin agung adalah pemimpin yang boleh melahirkan pemimpin yang agung di belakangnya
2. Belajar mengenang jasa orang lain
3. Pemimpin yang cemerlang akan sentiasa menyokong stafnya
4. Jangan putus asa dengan cabaran yang mendatang. Lagi kuat angin, lagi tinggi kita terbang
 
Ayahanda Hj Abas Awang mantan pensyarah IABU dan Pengarah JPNWP. Beliau menekankan aspek kasih sayang dalam organisasi. Beliau berharap kita semua menjadi pejuang kepada pendidikan. Peserta NPQH perlu menjadi pejuang sejati. Terima kasih banyak kepada ayahanda yang sudi meluangkan masa dalam majlis kami ini. Semoga ayahanda sihat dan berbahagia sentiasa
  
Acara seterusnya adalah ceramah 'team building' yang  telah disampaikan oleh Pak Su dengan begitu menarik dan bersemangat sekali. Penuh dengan sindiran tajam dan manjanya. Terima kasih Pak Su kerana ceramah ini dan kemudahan di kem ini FOC. Kalau ada masa, kami akan bawa kumpulan murid atau guru bercamping di sini. Insya Allah. (Jangan lupa sijilnya, ya Pak Su)
  
Bergambar kenangan dengan kak Zah, Hj Abas dan kak Normah 
Hari ke-2 dimulakan dengan ceramah oleh Tn Hj Abas dengan tajuknya; "NPQH Pahlawan 'Warrior' Pendidikan Negara". Tn Hj Abas berharap agar graduan NPQH yang merupakan orang terpilih menjadi pejuang yang tulen dalam pendidikan negara. Tidak hanya mementingkan pangkat / harta, sebaliknya memperjuangkan konsep kepimpinan instruksional, head count dan post mortem dalam menjalankan tanggungjawab
  
Semua peserta khusyuk mendengar ceramah sambil menyalin isi-isi penting
  
Din mengutarakan idea bernasnya
  
Haji Abas : Jangan kita diketotkan oleh proses pengketotan yang tidak kita sedari
  
Hulmi baru tiba dengan Hj. Harun
 
Bekas-bekas pensyarah; Hj Harun Mat Isa dan Hj Asmee. Tqvm atas kehadiran 
 
Minum selepas ceramah
 
Tn Hj Harun telah mempengerusikan percambahan minda dan sesi dialog. Beliau kini bertugas di Institut Pengurusan Integriti Nasional (INSPIN) Cawangan Kedah. Beliau menekankan aspek integriti dalam p & p, integriti guru-guru dan integriti pemimpin sekolah

 
Sesi percambahan minda dan dialog di antara peserta dan pensyarah berlangsung. Hulmi memberikan pendapatnya
Majlis telah bersepakat dan bersetuju untuk merangka sesuatu bagi mengekalkan perhubungan dan kemesraan yang sedia ada untuk jangka masa panjang, sebagaimana yang tertulis di dalam brosur yang telah diedarkan. Keputusan dicapai sebulat suara untuk duduk di atas status quo yang sedia ada. Hasil perbincangan dan pemilihan, berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Induk Reunion NPQH8 IABU;
Penaung              :  Tn. Hj Harun b. Mat Isa
Penasihat            :  Tn. Hj. Asmee b. Hj Tajuddin
                               Tn Syed Putra b. Syed Ali
Pengerusi             : Tn. Hj Abd Kadir b. Jaafar
Timb. Pengerusi  :  Tn Hj Kamaludin b. Saad
Setiausaha           : En. Mohammad Zawawi b. Abu Bakar
Pen. Setiausaha  :  Pn. Hjh Rohaidah bt. Mohd Ali
Bendahari             : Pn. Hjh Normala bt. Mohadzir
Jawatankuasa      :  Tn. Hj Ahmad Hulmi b. Ismail
                                En Padmanadhan a/l Veerapathiran
                                Pn. Khoo Oi Ling
Keputusan / resolusi lain yang telah dicapai adalah;
1. Semua peserta NPQH8 akan menjadi ahli seumur hidup organisasi ini
2. Yuran tahunan yang telah dipersetujui adalah RM50.00 setahun (Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari selepas Setiausaha menghantar laporan majlis reunion ini kepada semua ahli nanti)
3. AJK Induk akan bergerak ke arah membincangkan untuk mengadakan konvensyen / seminar di IAB Utara pada hujung tahun ini; selepas UPSR
4. Menyemak status persatuan NPQH kebangsaan di ROS. Merancang mendaftar organisasi kita ini
 
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Zul
Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh peserta dan pensyarah yang hadir khususnya kepada Awie atas usaha gigih beliau yang tidak pernah mengenal jemu dalam menganjurkan majlis ini. Kami enjoy sangat!
   Statistik kehadiran adalah seperti berikut; peserta lelaki - 11 orang, peserta perempuan - 8 orang, pensyarah - 6 orang. Ini belum termasuk ahli keluarga yang turut hadir. Kami percaya ramai yang hendak hadir tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terikat dengan komitmen lain yang tidak kurang pentingnya. Kepada rakan-rakan kaum Tionghua, kami ingin memohon maaf kerana mengadakan majlis ini semasa kalian sedang meraikan Sambutan Tahun Baru Cina. Apapun, Gong Xi Fa Cai buat semua. Semoga kita dapat berkumpul lagi dalam majlis yang lebih tersusun dan meriah pada kesempatan lain.
 
Bergambar dengan tulang belakang majlis reunion ini; Awie. Tahniah Wie  
Kami balik berlima sekereta
  
Singgah minum di R n R Tapah. Semoga jumpa lagi di lain masa. Bye.

12 comments:

  1. Kak Aida..Best...best...Dalam ramai2 tu, HJ.Abas Awang je yg saya kenal..

    ReplyDelete
  2. Salam PSilam. Memang best. Entah bilalah dapat berkumpul lagi. Kita orang Pahang mestilah kenal Hj Abas. Orangnya baiklah sangat. Jasa dan baktinya tidak ternilai

    ReplyDelete
  3. Salam Aida..

    seronoknya dapat berjumpa semula dengan teman2 lama, ya? berjumpa teman baru pun seronok juga.. Matlamat reunion tu bagus nampaknya.. mudah2an tercapai apa yang disasarkan. Insya Allah. :)

    ReplyDelete
  4. Insya Allah kakcik. Matlamat tercapai dan dapat juga release tension sikit-sikit.

    ReplyDelete
  5. Tahniah utk Da dan rakan-rakan NPQH! Menjadi ya buat reunion. Kalau semua bagi kerjasama, bagus la. Mudah-mudahan networking ni akan kekal abadi..

    ReplyDelete
  6. Wan : Bukan senang nak dapat kerjasama semua sebenarnya

    ReplyDelete
  7. aida kirim salam saya pada nab melaka ya. bagitau yati rasul dari kuantan kirim salam

    ReplyDelete
  8. Seri : Insya Allah nanti saya sampaikan salam Seri pada Nab.

    ReplyDelete
  9. ida akak salutelah group hang ni. Nampak gaya mmg very touching experience and adventuring too. sapa initiated gatherng ni? Ida ke? Ida ni kire gile berblogging mcm akak je? Pah tak ade ke sok-sek2 pasal akak? maklumlah satu daerah;;;;; da akak dah dpt surat kena tukar sekolah ..sedih betul.....

    ReplyDelete
  10. Salam kak. Maaf, kak Milah ke ni? Memang best reunion hari tu. Sebenarnya member kami; cikgu Zawawi yang beriya-iya dalam usaha tersebut. Ditokok dengan kesungguhan para pensyarah yang sangat bersemangat. Saya tumpang sekaki.

    Pasal tukar tu, saya ucapkan tahniah. Mesti akak ditukar ke sekolah yang lebih hebat setara dengan kehebatan akak. Semoga akak lebih berbahagia. Pasti sekolah lama akak akan terasa kehilangan akak. Apapun akak kuatkan semangat, jangan sedih ya. (Kalau saya, tak taulah nak cakap)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...