Wednesday, February 3, 2010

Merentas Desa

Petang tadi SKKW telah mengadakan acara Merentas Desa yang disertai oleh murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Semua guru terlibat. Ada yang bertugas menjaga check point, kawalan lalu lintas, pengurusan makanan dan minuman, perubatan dan sebagainya. Alhamdulillah acara berjalan lancar. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku walaupun cuaca tersangatlah panas. 
   Setelah selesai, hadiah-hadiah telah disampaikan kepada peserta yang berjaya. Sebelum bersurai, semua murid diberi sebungkus burger setiap seorang. Tahniah kepada semua yang berjaya. Semoga wakil-wakil SKKW akan mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah kelak. Buat guru-guru yang begitu bersemangat, lepas ni kita sambung semula tugas untuk persediaan Sukan Tahunan pula ya....
Cikgu Abu memberi taklimat kepada guru-guru
Cikgu-cikgu pun turut gembira
 
Murid-murid menanti di dewan sebelum acara bermula
Acara dimulakan dengan warming up di bawah kendalian cikgu Zahrul
Murid-murid perempuan dilepaskan dahulu
Awas jangan tolak-tolak
Merentas desa di kota
Antara check point yang dikawal oleh guru
Hati-hati di jalan raya
Juara lelaki ni berbaju merah tapi sebenarnya rumah kuning
Kepenatan sampai termuntah-muntah
Anak Mahmud ni menduduki tempat ke-3 kategori perempuan
Malisha Norkamaliah tempat ke-2
Adiknya; Malisha Norhanani juara kategori perempuan. Syabas
Hafizul tempat ke-3 kategori lelaki
 
Munishwaran tempat ke-2
Tahniah buat Haziq; juara lelaki
 
Segaknya dia dengan kalungan tu
Bergambar kenangan dengan semua pemenang tempat pertama hingga ke-20 lelaki dan perempuan. Jumpa lagi tahun depan!

5 comments:

  1. Well... memang seronok merentas desa hari ni... bila tgk murid2 SKKW begitu bersemangat tinggi... walaupun kepenatan terbayang di wajah tetapi... semangat mengatasi segalanya..'keep up the good spirit'

    ReplyDelete
  2. salam dari bukit istana... tkasih sudi jenguk blog saya.. apabila kita berjaya melaksanakan sesuatu yang di amanah kan oleh allah kepda kita itulah kejayaan sebenar... hari tentu cikgu aida tersenyum puas.. setelah apa yang kejayaan di selit kenangan manis.. tahniah cikgu.. bukan senang mahu membentuk satu bangsa yang bermaruah.. di mulia dan di hormati.

    ReplyDelete
  3. salam cik gu,

    dah selesai merentas desa lega la no.....
    sek ibu blum, 20/2 nanti

    ReplyDelete
  4. tahniah buat pemenang.risau juga tengok budak-budak lari dalam cuaca panas. Tapi semangat mengatasi segalanya..

    ReplyDelete
  5. Salam ckg aida,

    seronoknya... nampak meriah.. tahniah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...