Thursday, February 11, 2010

Pengarah baru

Malam tadi, saya dan 4 orang lagi GB mewakili MGB Daerah Sepang telah menghadiri Majlis Budimu Dijunjung Hadirmu Disanjung sempena perpisahan YBhg. Dr. Hj. Zahri bin Aziz; mantan Pengarah JPN Selangor serta mengalu-alukan pelantikan Pengarah JPNS yang baru; Tn. Sulaiman bin Wak. Mantan pengarah JPS itu telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di KPM. Selamat bertugas di tempat baru. Jasa dan budi baik tuan memimpin kami selama ini sangat kami hargai dan tak mungkin kami lupakan. 
   Buat Tuan Sulaiman, Selamat Datang ke bumi bertuah Selangor; jiran sebelah tuan ketika di Wilayah Persekutuan. Semoga dengan kepimpinan tuan, Selangor akan terus cemerlang dan terbilang.
Buku program majlis
   
 Kenang kami dalam doamu wahai Dr. Zahri
  
Dua sahabat baik; kak Samilah dan kak Noredzan
 
Razak dengan geng K.Langat
 
Posing jangan tak posing

9 comments:

  1. Baguslah Pengarah baru dah datang. Pengarah yang muda, baru 51 tahun dan mempunyai perkhidmatan yang masih panjang maka pastinya mempunyai visi yang jauh.
    Dia adalah bekas KPP Unit Dasar sewaktu saya di BS, KPM dulu. And then jadi Timbalan Pengarah di BS, lepas tu Pengarah JPWP dan kini JPS. Memang saya kenal rapat dengan dia ni kerana pernah tolong anak dia dapatkan biasiswa JPA untuk buat Medic.
    Tahniah kepada Pengarah JPS yang baru.

    ReplyDelete
  2. tahniah pada pengarah baru dan selamat datang..terima kasih pada yang lama..jasamu di kenang...

    ReplyDelete
  3. Faris, moga pengarah kita yang baru ni dapat berada lama sikit bersama kita.... Untunglah U kenal rapat dengan boss, apa-apa hal boleh minta tolong.

    ReplyDelete
  4. Zulkbo, yang pergi kita hargai yang datang kita alu-alukan.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. tahniah krn mendapat pengarah yg baru, moga terus cemerlang!

    ReplyDelete
  7. ybs : tahniah kepada pengarah baru kami.

    ReplyDelete
  8. Cikgu Aida
    Peribahasa Inggeris: Penyapu baru menyapu bersih! Insya Allah, pengarah baru (dan walau jadi lama pun nanti) akan bekerja cantik sepanjangan. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  9. Tn. Temuk
    Sesungguhnya setiap yang baru akan jadi lama. Sebaiknya kita hendaklah sentiasa mengenang jasa orang lama walaupun yang baru itu lebih baik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...