Wednesday, February 24, 2010

Penjaga Landasan Keretapi


--- sumbangan : NajOne
Sarjo memohon pekerjaan sebagai penjaga landasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri, Ketua Bahagian Lalulintas, untuk ditemuduga
"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama, apa yang akan kamu lakukan?" tanya Pak Basri.
"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain," jawab Sarjo.
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?" tanya Pak Basri lagi.
"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesen terdekat."
"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
"Kalau telefon awam rosak?"
"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn, nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

8 comments:

  1. kah..kah..lawak la kak Aida citer nie..
    terima kasih buat saya ketawa..he he

    ReplyDelete
  2. kah.. kah.. kah..

    buat lawak tgh2 malam ye? hehehe

    ReplyDelete
  3. hmmm.. padanlah dengan yang bertanya dengan yang ditanya.. :)

    ReplyDelete
  4. He he..Lawak..lawak Kak Aida.. Teringat arwah Pakcik Osman penjaga handle rel kat stesen keretapi Lipis..

    ReplyDelete
  5. salam k.aida...

    kelakar leee entry nie... kalau sy pun nak tgk juga hehe...

    ReplyDelete
  6. salam maulidilrasul... cuti ni apa program cikgu...sejahtera hendaknya...

    ReplyDelete
  7. Teringat saya masa berulang-alik ikut jalan keretapi dari rumah di Railway Quarters, Batu Kurap ke bandar K.Lipis dan SM Clifford. Tkasih atas kunjungan semua. Salam Maulidur Rasul.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...