Sunday, February 28, 2010

Liqa' Mahabbah

Salam. Ni baru balik dari Majlis Liqa' Mahabbah Muslimat anjuran Jawatankuasa Muslimat Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Program ini yang diadakan di Surau Al-Hijrah bertujuan sebagai penghargaan kepada ahli-ahli Tadarrus 2009, JK program Maal Hijrah 1431H serta 3 orang ustazah yang terlibat dengan kelas Fardu Ain bulanan dan mingguan di surau ini. Majlis ini juga sebagai meraikan Sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Kehadiran amat menggalakkan sekitar 100 orang.
   Terima kasih banyak diucapkan kepada ustazah Zaidatul Akmam dan ustazah Salimah yang sudi hadir memeriahkan majlis. Ustazah Rosnani tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri majlis Maulid seumpama ini di taman perumahan beliau. Apapun kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala budi dan jasa ustazah sekalian kerana sentiasa membimbing kami kariah muslimat di Kota Warisan ini. Semoga majlis Liqa' Mahabbah ini akan menjadi pemangkin kepada seluruh kaum wanita di Kota Warisan untuk datang ke kelas yang diadakan pada setiap hari Sabtu jam 2.30 petang dan setiap Ahad minggu pertama setiap bulan jam 9.00 pagi.
 
 
 Brosur program
Hadirin telah tiba seawal 8.30 pagi
Rohani JK Makanan yang komited
Liza sedang menyiapkan skrip sebagai mc. Terima kasih kerana sudi menjadi pengacara walaupun baru malam tadi saya mempelawa beliau apabila mc asal terpaksa balik ke kampung kerana ada kematian
Bersabar menanti kehadiran ustazah
Bergambar bersama Datin Naz, ustazah Norlia dan Mak Engku
Liza mengacarakan majlis dengan baik dari mula hingga akhir
 Ustazah Fatimah KAFA membacakan doa pembuka majlis
Ucapan aluan dari Pengerusi Muslimat; ustazah Che Norlia
Ucapan dan tazkirah dari ustazah Zaidatul Akmam
Ustazah Salimah dengan ucapannya yang sangat menarik
Penyampaian cenderahati oleh Datin Naz kepada ustazah Zaidatul
Ustazah Salimah menerima cenderamata
  
Sijil kepada wakil tadarrus dan JK Maal Hijrah; kak Rubi
Ustazah Norlia tak ketinggalan menerima cenderahati kerana mengajar Al-Quran setiap hari Rabu
 Cendera kenangan kepada ketua marhaban; Pn. Yuni
Liza pun dapat buah tangan - mc bidan terjun yang mantap
Penerangan kumpulan rawi marhaban oleh kak Rubi
 Persembahan marhaban diketuai Pn. Yuni
Berzanji dan selawat
Kak Hendon membacakan doa berzanji
Persembahan nasyid dari guru-guru KAFA Integrasi Al-Muhajirin Kota Warisan
Nasyid dari JK Muslimat Surau Al-Hijrah
Doa penutup yang dipimpin oleh ustazah Zaidatul sungguh menusuk kalbu hingga mengalirkan air mata

7 comments:

  1. ramai ustazah yang datang yek?
    bagus program begini untuk muslimah semua
    menambah ilmu..perkara yang tak tahu kadang jadi tahu..

    ReplyDelete
  2. Meriah juga yeek ...molek laa ada xtvt semacam nie boleh juga menambah ilmu sebagai santapan rohani.

    ReplyDelete
  3. Zulkbo : Ustazah KAFA je dah 10 orang. Kira ramailah ustazah yang hadir. Program yang bagus untuk semua muslimah. Semoga lebih ramai lagi yang berminat untuk berjinak-jinak dengan surau. Insya Allah.

    Akuanakpahang : Meriah dan dapat menambah ilmu serta kawan.

    ReplyDelete
  4. Salam Aida. Teruskan usaha penganjuran program seperti ini. Selain daripada menambah ilmu, hubungan silaturahim dapat diperkukuhkan...

    ReplyDelete
  5. Salam puan, boleh saya dapatkan no contact bagi kumpulan marhaban kota warisan ini? terima kasih puan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...