Wednesday, March 31, 2010

Program Sayangi Diri Sygi Sekolah - Hari 3

Hari ini hari ke-3 Program Sayangi Diri Sayangi Sekolah. Kali ini hanya melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA. Selepas ceramah, murid-murid dan seluruh warga sekolah menjalani latihan kebakaran. 5 aspek utama dan tujuan latihan kebakaran ini adalah;
1. Keselamatan nyawa
2. Laluan keselamatan
3. Peraturan keselamatan kebakaran
4. Keefisienan peralatan pencegahan kebakaran
5. Tugas dan peranan AJK Keselamatan
Bersama pegawai-pegawai Bomba KLIA
Ceramah dari En. Samirin
Frame kenangan dari sekolah
Menyampaikan surat pelantikan kepada En. Hisham selaku ayah angkat SKKW
Murid-murid bergerak ke padang untuk latihan kebakaran
Bersedia mendengar taklimat
Penerangan dari En. Samirin
Ayah angkat menasihati anak-anak angkatnya tentang penggunaan alat pemadam api
Tokoh Puteri Islam - Zawiyah
Persediaan latihan memadamkan api
Api yang marak
Seorang murid mencuba memadamkan api dengan alat pemadam api
Begini caranya...
Wakil pengakap
Wakl PBSM
Wakil Tunas Puteri
Asap @ salji
3 balang cuba semua tak dapat padam api tu sebab isinya dah nak habis. Cuba lagi tahun depan. Ke sebab pakai baju sama color dengan api???
Peace....
Ayah angkat bawa kereta bomba ke tengah padang
Beratur nak masuk ke dalam kereta bomba
En. Samirin memberi sedikit taklimat kepada guru-guru. Beliau mengatakan murid-murid telah mengambil masa 4 minit untuk berkumpul tadi - satu tempoh yang baik. Antara kelemahan prosedur tadi ialah kebanyakan pintu kelas tidak ditutup. Rasional pintu kelas harus ditutup semasa latihan pengosongan bangunan ini ialah untuk mengurangkan tahap kepanasan haba akibat penyebaran asap untuk mengelakkan kemerebakan kebakaran
Selesai taklimat, p & p berjalan seperti biasa. Jumpa lagi tahun depan

Program Sayangi Diri Sygi Sekolah - Hari 2

Selasa 30.3.2010 hari kedua Program Sayangi Diri Sayangi Sekolah diadakan. Agensi kerajaan yang terlibat adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). 
Bersama En. Mohd. Fazer - pegawai AADK
Tayangan multimedia AADK
Murid-murid khusyuk sekali
 En. Fazer membuat kesimpulan dari tayangan yang dipersembahkan
 En. Yahya dan En. Azri : pegawai-pegawai SYABAS
 En. Yahya memberi ceramah tentang air
Jelingan Din dan Zahrulhuda
 Mimi dan Shikin menemani Pn. Rozalina; pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Sepang
Ceramah oleh Pn. Rozalina berkaitan pemakanan dan penjagaan kesihatan
Pameran AADK dan Pejabat Kesihatan
Bergambar kenangan
Murid-murid melihat pameran
 Penerangan pegawai AADK tentang kuiz puzzle
Peserta-peserta tekun menyusun puzzle
Kumpulan ke-2 peserta kuiz puzzle
Terima kasih AADK
Terima kasih SYABAS
Terima kasih Jabatan Kesihatan

Monday, March 29, 2010

Program Sayangi Diri, Sygi Sekolah - Hari 1

Sebagaimana yang dirancang, hari ini sekolah mengadakan Program Sayangi Diri, Sayangi Sekolah yang melibatkan semua murid dan guru. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini adalah sebahagian daripada program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan) yang diarahkan oleh KPM. Program ini akan berlangsung selama 3 hari 3 malam dan melibatkan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sepang, Jabatan Kesihatan Sepang, SYABAS Wilayah Sepang serta Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA. YDP PIBG; Dr. Mohd Rushdan telah sudi merasmikan program tersebut.
   Terdapat pelagai acara telah diatur sebagai pengisian program. Antaranya ceramah, demonstrasi, tayangan video, pameran, latihan kebakaran dan pertandingan-pertandingan.
Ucapan aluan Guru Besar
 Perasmian oleh YDP PIBG: Dr. Mohd Rushdan
Sedikit penghargaan dari sekolah buat Dr.
 Terima kasih buat AJK PIBG yang sudi hadir - En. Khuzaini dan Pn. Rohani
Bersama Dr. Mohd Rushdan dan Sarjan Sawal
Ceramah IPD Sepang disampaikan oleh Sarjan Sawal
Sarjan Sawal berinteraksi dengan murid-murid
Demonstrsi Bahagian Trafik IPD Sepang
 Membawa bersama seorang murid menunggang motosikal
Seronok tak round naik motor besar?
Menunggang sambil berdiri - jangan tiru!
  Cenderamata kenangan ilham ustaz Fazli. Tkasih ustaz!
Selesai acara ceramah dan demonstrasi oleh IPD Sepang, murid-murid balik ke kelas masing-masing. Seterusnya diadakan pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan teka silangkata bagi murid Tahap 2. Kemudian mereka belajar seperti biasa. Sambung esok pulak....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...