Monday, March 1, 2010

Diari hari ini

Kebetulan bawa kamera ke sekolah hari ini, saya pun ambillah beberapa gambar yang patut untuk diabadikan dalam blog 'kesukaan ramai ni' (maksud saya di kalangan cikgu-cikgu saya le). Sebenarnya ini jugalah yang berlaku di semua sekolah seluruh negara hari ini. Macam-macam kerja, macam-macam ada!
1) Seawal pagi semasa perhimpunan saya telah merasmikan pelancaran bulan Sains dan Matematik. Gimik perasmiannya boleh tahan. Syabas guru-guru Sains dan Matematik.
Saya diminta memakai 'lab coat' sebelum perasmian
Saya menuangkan air cuka berwarna merah ke dalam model gunung berapi 
Letusan gunung berapi sebagai simbolik ledakan ilmu sains dan matematik yang tidak dapat dibendung lagi di mana semua murid perlu menguasai kedua-dua bidang tersebut
2) Pada pukul 9.00 pagi, berlangsung Mesyuarat AJK Induk 3K yang turut disertai oleh wakil-wakil dari agensi-agensi luar. Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai dari Ibupejabat Polis Daerah Sepang, Balai Bomba KLIA, Pondok Polis Kota Warisan, PIBG SKKW, AADK Sepang, JKR Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang yang sudi hadir. Semoga pemuafakatan ini akan membuahkan hasil yang baik terhadap keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah. Tambahan pula sekolah telah dicalonkan untuk menyertai Anugerah Sekolah Lestari anjuran Jabatan Alam Sekitar. 
Mempengerusikan mesyuarat
Pn. Shikin GPK HEM dan Pn. Mariatul orang kuat 3K
Barisan wakil agensi sahabat 3K sekolah kami
Guru-guru bersama wakil MPS dan JKR
Tak kenal maka tak cinta, dah kenal bolehlah bantu kita
3) Pada sebelah petang, bila semua staf sokongan balik break, masih ramai guru keluar-masuk pejabat atas berbagai-bagai urusan.
Nor Anikah sedang menyiapkan kerja-kerja berkaitan PIBG
Norini sibuk meriso soalan PKBS1 dan edaran-edaran
 Hafidah sedang melaminat
 Maz Azlee meneliti makluman terkini di papan kenyataan
Nor Mi mencetak bahan Pendidikan Khasnya
Abu nak dapatkan pengesahan penyata perbelanjaan sukan
 
Taty menunjukkan songkok yang akan dipakai oleh peserta perarakan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan Khamis ni
  
Hani berbincang dengan GPK 1 tentang soalan ujian yang dibinanya
  
Last but not least saya diapit oleh orang-orang kuat saya; Sa'diah, Shikin dan Mimi
4) Kejap lagi saya nak ke PPD Sepang dan bank. Tak payahlah ambil gambar, kan
5) Malam ni saya, semua GPK dan AJK PIBG akan datang lagi ke sekolah untuk menghadiri Mesyuarat AJK PIBG kali ke-9. Macam biasalah dibuat di bilik mesyuarat. Malam ni kami akan berbincang tentang persediaan menjelang Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 yang akan diadakan pada hari Sabtu ni 6 Mac 2010. Cikgu Abu juga akan hadir untuk memberi laporan tentang sukan. Insya Allah saya akan bermesyuarat dengan guru-guru esok atau lusa tentang persediaan AGM PIBG. Lalala.... masa pun berlalu, moga cikgu-cikgu terus bersemangat.

13 comments:

  1. Salam puan. Seronok baca blog. Tak pernah jemu. Tahniah. Semoga sekolah kita akan terus sukses di bawah pimpinan puan.

    ReplyDelete
  2. kreatif jugak yek..?
    replika gunung berapi tu..

    ReplyDelete
  3. salam buat kak aida...
    memang hebat la staff sekolah akak....

    ReplyDelete
  4. Salam. Ni baru balik Mesyuarat AJK PIBG. Dah larut malam, sorry nak respons juga, boleh kan. Respons apa ya? Alahai kembang hati saya. Terperasanlah pulak. Tkasih. Yang sebetulnya cikgu-cikgu saya memang hebat. Blog ini ditujukan buat mereka. Dan juga saya - dah jadi hobi baru hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, saya minat sangat dengan warna dan susun atur dalam bilik mesyauarat tu, menarik sangat...

    Begitulah erat sekali pemufakatan kakitangan awam dan anggota masyarakat setempat akak yee..bagus lah gitu, semuga ini buleh menjadi inspirasi kepada anak2 untuk belajar bersungguh2.

    Lama tak lawat blog akak ni sebenarnya...

    ReplyDelete
  6. suka tengok....gambar aku tak ada pun aida?

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam dik Lipislady. Sibuk ngat ke? Tak apalah janji kesihatan dijaga. Tkasih atas pujian bilik mesyuarat akak tu. Tapi masalahnya tahun ni guru dah bertambah, bilik mesyuarat tu dah tak cukup menampung semuanya. Terpaksa berhimpit-himpit. Acond pun tak rasa + tak sejuk, risau memikirkannya.

    ReplyDelete
  8. Salam Kembara Kelana. Datanglah ke sekolah saya. Nanti saya masukkan gambar dan cerita kunjungan U tu dalam blog saya ni.

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu Aida..nanti kome nak buat kunjungan kat sekolah cikgu..

    ReplyDelete
  10. Jemputlah en. Relevan ke sekolah saya. Cuma takut indah khabar dari rupa, jangan marah. Saya hanya mencoret sesedap rasa je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...