Dan hari ini setelah lebih 2 tahun peristiwa pahit itu berlalu, saya masih di sini. Meneruskan perjuangan yang belum selesai :( :). Murid-murid dan guru-guru makin ramai, cabaran kian hebat. Selaku Penasihat PIBG, saya berharap agar PIBG dapat berganding bahu bersama guru-guru, selangkah sederap mengangkat kecemerlangan pendidikan anak-anak SKKW.
Majlis tadi telah dirasmikan oleh wakil PPD Sepang; En. Mohd. Amin bin Misnoh, Pegawai Khas Pendidikan Pencegahann Dadah PPDS. Pada mulanya AJK merancang menjemput YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran untuk merasmikan majlis ini. Malahan surat jemputan pun telah dihantar dengan mendapat tandatangan Pengarah JPN Selangor (melalui dan salinan). Tetapi ternyata tiada rezeki lagi buat masa ini. Lain kali jelah nampaknya.
Kehadiran ibu bapa lebih 100 orang. Kehadiran yang kurang ini mungkin disebabkan oleh hujan sejak subuh tadi atau mungkin juga sebab tak ada isu; menurut sebahagian ibu bapa yang hadir. Entah! Yang penting majlis berjalan lancar. Terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG dan semua ibu bapa.
Backdrop hasil tangan Pn. Zaidatul dan AJKnya. Cantik dan jelas sekali!
Jam 8.30 pagi masih banyak lagi kerusi kosong. Hanya guru saja yang dah sampai
Nan, Salmi dan Amir menggodek p.a system baru sumbangan PIBG
AJK Pendaftaran melayan ibu bapa
Pasangan serasi bekerja; Amir dan Salmi
Haryati, Roshita dan Mariatul menanti tetamu
En. Nor Aziz NYDP, Dr. Rushdan YDP, En. Amin perasmi, saya dan Pn. Rohani AJK PIBG
Sebahagian ahli PIBG yang hadir
Sebahagian bapa yang sudi meluangkan masa. Tkasih semua
Din dan Fairuz sebagai juruacara bersama barisan Pencatat Majlis Perasmian
Ustaz Irwan membacakan doa
Saya menyampaikan ucapan aluan. Membentangkan kejayaan UPSR tahun lepas, memuji projek inovatif PIBG dan mengharapkan agar ibu bapa dan guru dapat terus mengeratkan tali silaturrahim yang ada agar kecemerlangan dapat diteruskan. Selamat Bermesyuarat!
Ucapan dari YDP; Dr. M. Rushdan. Antara lain, beliau menggariskan budaya yang perlu ada dalam sesebuah sekolah iaitu cintakan sekolah, cintakan guru, cintakan murid dan cintakan kecemerlangan. Panjang lebar dan bernas sekali tazkirah beliau. Dr juga memaklumkan yang beliau membenarkan guru menghukum anaknya selagi dengan tujuan untuk mendidik
Ucapan perasmian dari En. Mohd Amin. En. Amin meminta agar murid-murid diberitahu tujuan mereka ke sekolah iaitu untuk mendapatkan:
1. Kecemerlangan akademik
2. Kecemerlangan kokurikulum
3. Kecemerlangan sahsiah (dalam Sijil Berhenti Sekolah ditulis "Kelakuan Baik")
4. Sebagai suatu ibadah
YDP mengetuai AJK yang lain menerima sijil penghargaan
Penyampaian cenderahati kepada En. Mohd. Amin. Tkasih tuan!
Majlis berhenti rehat - jamuan di kantin
Mesyuarat Agung bermula jam 10.50 pagi
Semua AJK dijemput naik ke atas pentas
YDP melaporkan aktiviti PIBG
Laporan kewangan oleh Bendahari Kehormat; Taty Salwani
Pencatat Mesyuarat Agung tekun mencatat dan merakam
Salah seorang bapa membuat pencalonan
Selepas pengesahan minit mesyuarat Agung yang lepas, laporan akiviti dan penyata kewangan, AJK PIBG sesi 2009/2010 pun dibubarkan. Kemudian, saya menjalankan pemilihan pengerusi sementara. Dr. M. Rushdan telah dilantik sebulat suara sebagai pengerusi sementara. Seterusnya pemilhan AJK PIBG sesi 2010/2011 pun dijalankan.
Sebelum pemilihan, terdapat beberapa cadangan diutarakan ahli. Akhirnya, cadangan agar jawatan YDP dikekalkan dan jawatan lain dibuat pemilihan dipersetujui ramai. Berikut adalah senarai AJK PIBG2010/2011 yang telah dilantik (AJK Guru dilantik oleh sekolah);
YDP : Dr. Mohd. Rushdan
Naib YDP : En. Irwan
Seiausaha Kehormat : Pn. Noranikah
Bendahari Kehormat : Cik Norafiza
AJK Ibu Bapa : 1. En. Munir Ashim
2. Tn. Hj. Abd. Majid
3. En. Latif
4. En. Himily Hairul
5. Pn. Rohani Tambi
6. En. Nor Aziz
AJK Guru : 1. Pn. Normi Yahya
2. Pn. Siti Jamilah
3. Pn. Asiah
4. En. Mohd Fakhruddin
5. En. Mohd Azmi
Juru Audit : 1. En. Husaini (Ibu bapa)
2. Pn. Zuanawati (Guru)
Gandingan muka lama dan baru AJK PIBG 2010/2011
GB mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah dilantik. Terima kasih kerana majlis berjalan dengan lancar - tamat dalam masa sejam. Ahli sangat tertib, baik dan "senyap sunyi". Mungkin sebab YDP adalah seorang doktor falsafah dan ustaz yang disegani di Kota Warisan ni. Maaf atas kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis ini berlangsung
Perbincangan antara Penasihat dan YDP PIBG
Guru-guru mengemas dewan
Di sudut belakang, 2 orang ibu dan guru masih berbincang
Alhamdulillah segalanya telah selesai dalam keadaan yang sangat harmoni. Semoga PIBG dapat memainkan peranan dalam memenuhi kebajikan dan kemajuan murid-murid serta meningkatkan imej sekolah. Insya Allah.
Tahniah kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong PIBG. Saya dah buat pada 7 Feb 2010 lalu. Kehadiran mencecah hampir 280 orang kerana tahun sebelum hanya 240 orang. Semakin tahun semakin ramai datang.
ReplyDeleteKonflik dengan PIBG memang kerap berlaku. Apa yang penting kita berkeyakinan dan mantap sehingga ibu bapa tak boleh nak main2kan kita. Apa yang dia tanya ttg dasar dan isu, kita jawab dengan fakta, barulah dia orang terkedu. PIBG sek saya juga pernah digantung sewaktu GB lama dulu kerana bergaduh dengan YDP. Alhamdulillah di zaman saya tidak berlaku kerana prestasi akademik sentiasa meningkat sehingga mereka tak ada isu nk dikemukakan.
Hubungan dengan komuniti amat penting dan sebab itu saya memutuskan sambutan maulidur rasul di adakan bersama2 dengan JK Surau Taman pada hari ini. Salah satu strategi mendekatkan hubungan dengan komuniti.
Tahniah sekali lagi.
Tkasih cikgu Faris. Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG adalah tugas rutin semua Pengetua/Guru Besar. Tahniah kepada kita semua kerana berjaya mengadakannya saban tahun. Masa saya berselisih dengan YDP saya dulu, kawan-kawan GB saya suka membandingkan keadaan di sekolah mereka yang tak ada masalah. Saya tak kisah. Sebelum tu pun saya memang tak pernah ada masalah dengan PIBG pun. Dah nasib saya nak diduga dengan personal yang begitu ketika itu. Nasib saya sebenarnya baik kerana mendapat keprihatinan boss-boss saya tapi mereka tak dapat membantu banyak. Hanya ahli PIBG saja yang dapat mengajar YDP saya ketika itu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semalam semua guru saya kata tak pernah melalui suasana AGM yang begitu baik, sunyi dan cepat habis. Bagi saya, sekali lagi rekod buat diri saya dan pengalaman buat saya dan guru-guru.
Hubungan dengan komuniti memang penting. Harap komuniti dapat terus memahami kita.
tahniah, tahniah dan tahniah!
ReplyDeletehehehe....
Lain macam je hujung tahniah cikgu Usop tu. Cikgu dah buat ke Mesyuarat Agung PIBG sekolah cikgu? Harap semua selamat adanya.
ReplyDeletetakde lain mcmnye....biase ler tu, hehe
ReplyDeleteSy lom buat, cadang nak buat lepas naik cuti nt....mudah2an semua beres, mekasih!