Friday, March 5, 2010

Prasekolah banjir

Pada tahun 2008, kami telah mendapat sebuah bangunan 2 kelas prasekolah yang berkongsi dapur, tandas dan stor. Bangunan tersebut telah dibina pada masa cuti sekolah 2007 dalam keadaan 'kilat'. Kelas-kelas itu kami namakan Prasekolah Amanah dan Prasekolah Rasional. Sejak beroperasi, setahun sekali tandasnya akan banjir ekoran air dari tangki septiknya yang penuh. Dua tahun lepas, bila berlaku keadaan kecemasan seperti itu, kami hanya perlu melaporkan kepada PPD dan pihak PPD akan menghantar 'flying squad'nya untuk membaiki. 
   Tahun ini, masalah yang sama timbul semula. Ia dikesan sejak 2 hari lepas. Seperti biasa, kami mengadu kepada PPD unit Prasekolah dan Pembangunan. Tetapi malangnya oleh kerana kegawatan ekonomi sekarang, PPD memaklumkan tiada bajet dan sekolah perlu menampung sendiri kos berkaitan. Telefon Indah Water Konsortium (IWK), sekolah tak ada akaun, so kena bayar antara RM400.00-RM600.00. Itu pun Khamis depan baru mereka boleh datang - ramai queue. Semalam masa saya dapat menemui ramai pegawai PPD semasa Sambutan Maulidur Rasul KPM, saya mengadu lagi. Betapa sekolah tak ada duit dan perlu bantuan PPD! No way, kata PPD. Tulis surat, nanti PPD akan minta peruntukan dari JPN. Aduhai, mana bisa menunggu!
   Pagi ni, saya pergi melihat keadaan di kelas prasekolah tersebut. Bau sekolah jadi "semerbak'  dibuatnya. Mula-mula kami panggil seorang Wak Indon ni kot-kot boleh bantu mengorek apa-apa yang patut. Bila Wak tu datang tengok, katanya dia tak boleh tolong, kena panggil IWK juga. Call lagi IWK, kata IWK mereka tak buat kerja-kerja tangki septik yang satu penutup. Mereka hanya buat untuk tangki septik 4 penutup. Itu macam ka? So IWK rekomen contact plumber. Saya contact seorang di Dengkil. Hari Isnin depan baru boleh datang. Kos RM450. Apa nak kata, proceed jelah.....
 Prasekolah Amanah dan Rasional
 Dapur yang dibanjiri air
Tandas yang tidak dapat digunakan kerana banjir
Lantainya penuh air tu
Selipar dan kertas yang berenang-renang
Tangki septik yang dah penuh

8 comments:

  1. Kesian kat budak2 dan cikgu2 kan? Hmm.. banyaknya karenah yang perlu dihadapi.. :(

    ReplyDelete
  2. Harum mewangi laa sekolah..dugaan..dugaan

    ReplyDelete
  3. salam Kak Aida..
    susah betul kalau main banjir nie..yang letih lepas surut tu..nak ngemas balik..he he..nak buat guaner nak kena kemas juga.bersyukur jugak negeri orang sampai tenggelam sampai bumbung..he he

    ReplyDelete
  4. Salam kakcik. Nasib baik kat kelas tak banjir. Harap-harap Isnin ni selesailah masalah tu.

    ReplyDelete
  5. Salam PSilam. Harum mewangi datang dan pergi....

    ReplyDelete
  6. Salam Zul Yang tak lalu ni banjir akibat kerja-kerja yang tak senonoh. Apa sangatlah penggunaan bebudak pra tu sampai melimpah kerap sangat? Tangki bangunan lama okay aje. Bayaran yang dikenakan pulak macam untuk satu sekolah...

    ReplyDelete
  7. banyak sgt bebudak prasekolah tu 'bank-in'? hehe.... sabor jer la, mudah2an segera dpt diselesaikan, cian bebudak tu!

    ReplyDelete
  8. Salam ybs. Memang banyak betul pelaburan masing-masing sampai terlebur-lebur hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...