Monday, March 8, 2010

Ceramah Anti Dadah

Sebagaimana yang dirancang, tadi pagi semasa perhimpunan, murid-murid telah mendengar ceramah bulanan oleh pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sepang; En. Halman bin Salleh. Ceramah tersebut telah disampaikan dalam masa lebih kurang 15 minit. Di antara isi ceramah beliau ialah tips bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah;
1) Mendengar cakap ibu bapa dan guru
2) Jangan menghisap rokok
3) Pilih kawan yang betul
4) Tingkatkan ilmu pengetahuan
5) Jangan percaya orang yang tidak dikenali
Semoga anak-anak murid sekalian akan menyayangi diri sendiri dengan mengamalkan tips tersebut dan jauhilah dadah serta rokok! Insya Allah bulan-bulan depan kita akan mendengar lagi ceramah dari pihak AADK. Terima kasih banyak atas kerjasama AADK.
 
 En. Halman sedang menyampaikan ceramahnya

8 comments:

  1. dadah adalah musuh no. 1 negara. ia tidak mengenal bangsa, harta, taraf pendidikan atau jantina !

    ReplyDelete
  2. Betul en. al-lavendari. Tadi kata pegawai AADK tu, jumlah penagih dadah di negara kita adalah 1% drp keseluruhan penduduk. Data yang sangat menakutkan!

    ReplyDelete
  3. salam buat akak...
    dadah dan dedah..sama bahaya....dadih tak per..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Aida..
    memang elok ceramah begitu..
    berguna untuk anak-anak murid..juga menambah pengetahuan buat guru juga..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Aida.

    Saya berdoa semoga kita dan anak bangsa kita sentiasa dilindungi Allah daripada bahaya penyalahgunaan dadah, amin.

    ReplyDelete
  6. Salam paklong. Dadih sedap dimakan sejuk-sejuk

    ReplyDelete
  7. Salam zulkbo. Sekolah rendah boleh lagilah dengar ceramah-ceramah begitu. Dah sekolah menengah sok, dia lagi pandai bagi ceramah ke kita. Tapi dadah perlu dijauhi dengan apa cara sekalipun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...