Friday, October 21, 2011

Bas Rosak

Semalam (20.10.2011) seramai 40 orang Pengetua, GB dan YDP PIBG beberapa buah sekolah daerah Sepang telah dijemput menghadiri Program Bersama KPM di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam bersama 1000 orang jemputan dari Selangor, WP K.Lumpur dan Putrajaya. Program ini adalah sebahagian daripada siri KPM turun padang memberi penerangan dan penjelasan mengenai dasar-dasar baru KPM ke seluruh negara. 
   Bas telah disediakan sebagai pengangkutan dari PPD Sepang ke Shah Alam. Namun, hanya 12 orang sahaja yang menggunakan kemudahan tersebut. Kebanyakannya berkenderaan sendiri pergi ke sana. Tn. Hj. Sailan bin Misran; Penolong Pegawai PPD Sepang adalah di antara yang menggunakan perkhidmatan bas tersebut.
   Seawal 7.00 pagi, saya dan beberapa orang Pengetua dan GB telah pun berada di perut bas. Namun, bas hanya bergerak pada jam 7.45 pagi setelah berpuas hati tiada lagi penumpang yang ketinggalan. Tidak sampai setengah jam perjalanan, tiba-tiba kedengaran bunyi letupan di bahagian belakang bas diikuti asap yang tebal di dalam bas. Apa lagi.... pemandu bas pun memberhentikan bas di tepi jalan dan kami semua turun. Ketika itu, hujan renyai-renyai. Mujur terdapat sebuah jambatan di tempat bas berhenti, dapatlah kami berteduh.
   Kami menunggu bas gantian untuk membawa kami ke destinasi. Bas tersebut tiba hampir 45 minit kemudian. Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai di Kompleks Belia pada jam 10.00 pagi. 
   Nampaknya program ini telah memberi banyak manfaat dan kefahaman yang mendalam kepada peserta yang hadir terutamanya YDP PIBG. Sesi soal jawab agak hangat dan sangat telus bila mana YDP PIBG yang petah bercakap memberi pelbagai pandangan dan persoalan. Jelas sekali ahli panel dan pembentang sangat profesional dan smart dalam berbicara dan menjawab soalan yang diajukan.
   Terima kasih diucapkan kepada Dr. Norizhar bin Hj. Kadarman YDP PIBG SKKW yang sudi hadir dalam program ini. Ternyata kepimpinan PIBG SKKW tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini kerana hanya 5 orang sahaja YDP PIBG sekolah Sepang yang dijemput (2 Sekolah Menengah, 3 Sekolah Rendah).
   Semoga penerangan tentang dasar-dasar baru KPM iaitu MBMMBI, KSSR, PBS, PVT dan 1M 1S tersebut dapat meningkatkan kefahaman serta kesedaran tentang dasar-dasar tersebut.
   Jom saksikan gambar-gambar pengalaman kami bersama bas yang rosak tu (maaf gambar handphone saya kaburlah). Mujur juga naik bas sebab masa balik iaitu pukul 5.30 petang, hujan turun dengan lebatnya menyebabkan jalan jam dan angin sangat kuat.
Bas rosak - semua turun
Berasap
Enjin aircond bas yang rosak
Berteduh bawah jambatan
Hari ini dalam sejarah
Pegawai PPD - Tn. Hj. Sailan bersama cikgu Bangidin
Berbincang - yang lain menunggu dalam bas
Sampai Kompeks Belia jam 10.00 pagi

2 comments:

  1. hi cikgu..sempat lagi posing bawah jambtan yaa...hehe :D

    ReplyDelete
  2. Salam Emi. Tak ada kamera, handphone buruk pun jadilah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...