Pihak sekolah telah memohon pihak JKR membuat laporan hasil siasatan dan anggaran kos pembaikan untuk dipanjangkan ke PPD, JPN maupun KPM bagi memohon kerja-kerja kecemasan selanjutnya. Namun, masalah timbul bila mana sekolah tidak mempunyai pelan paip air yang diperlukan bagi tujuan siasatan. Selama ini, sekolah hanya dibekalkan dengan pelan tapak bangunan sahaja. Menurut engineer tersebut, kalau bangunan seliaan JKR, sepatutnya selain pelan paip air, sekolah akan diberi pelan terbina (as-build), pelan lay-out kabel elektrik, pelan telefon (entah betul ke tidak istilah tu) dll.
Tapi apa nak kata, memang tak ada pelan-pelan tersebut. Tindakan awal, saya cuba meminta jasa baik seorang parent yang bekerja dengan pemaju untuk mendapatkan pelan paip air itu. Harap-harap En. Asmady boleh membantu. Pihak JKR pula berjanji akan meminta bantuan dari Pegawai Pembangunan PPD Sepang kalau-kalau ada menyimpan pelan yang dimaksudkan. Semoga usaha ini berjaya dan hasrat sekolah untuk mendapatkan laporan serta anggaran kos tersebut akan tercapai seterusnya masalah ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.
Cikgu M.Salmi menunjukkan kesan kebocoran dalam rumah pam
Jurutera JKR Sepang - En. Afizi
Mereka musykil dengan stop tap ini
Banjir dalam rumah pam
Menganggar kemungkinan saluran paip air