Tuesday, January 17, 2012

Perpisahan Milah

Setelah beberapa kali tertangguh, hari ini dapat juga kami mengadakan Majlis Perpisahan buat Cikgu Siti Jamilah Abu Bakar yang telah bertukar dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SK Datuk Abu Bakar Baginda, Sepang. Puan Siti Jamilah telah bertugas di sekolah baru sejak buka sekolah lagi tapi oleh kerana kekangan masa, baru hari ini kami dapat melaksanakan majlis yang telah dianjur oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKKW ini.
   Ironinya, majlis ini bukan saja dapat mengumpulkan Milah dengan semua pentadbir dan hampir kesemua guru SKKW, bahkan di hujung majlis sesi pagi Pn. Sa'diah; mantan GPK 1 SKKW yang kini telah menjadi GB di SK Cyberjaya juga telah dapat bersama. Memang meriah sungguh majlis tadi dengan dihadiri oleh 12 orang guru baru SKKW tahun ini. Semalam dan hari ini saja, 6 orang guru baru telah melapor diri termasuk seorang dari Sabah. Semoga SKKW akan semakin mantap dan cemerlang dengan pertambahan guru-guru ini.
   Pn. Siti Jamilah merupakan antara set guru yang mula-mula ditempatkan di sekolah ini semasa ia dibuka pada tahun 2004 yang lalu. Beliau dikenali dengan sentuhan ajaibnya melukis mural di kebanyakan dinding di sekolah ini. Bahkan hasil lukisan mural Milah tersebut telah membangkitkan aura istimewa buat SKKW sehingga ia menjadi sebutan oleh kebanyakan pelawat sekolah ini. Beliau juga selalu kami jadikan sebagai Ketua Backdrop pelbagai program hasil kreativiti beliau yang sentiasa segar dengan idea-idea baru.
   Cikgu Jamilah adalah guru pemulihan yang sangat komited, rajin dan berinspirasi. Bahkan atas komitmen yang tidak berbelah bahagi itu, beliau telah dilantik sebagai Jurulatih Utama (JU) Pemulihan Khas JPN Selangor. Semoga pengalaman tersebut akan terus dibaja dan dikembangkan walaupun beliau telah bertukar portfolio.
   Majlis perpisahan serba sederhana ini diharap dapat meninggalkan kenangan terindah buat cikgu Milah yang banyak berjasa kepada sekolah ini. Majlis yang telah diadakan dalam 2 sesi ini telah diisi dengan ucapan Ketua Murid pagi dan petang, ucapan guru, GPK dan GB, deklamasi sajak oleh murid, persembahan nasyid secara beramai-ramai, penyampaian hadiah dan diakhiri dengan acara bersalaman dengan guru dan murid-murid. Di hujung majlis pada sebelah petang, Milah telah diiringi ke kereta beliau yang telah dihias indah sebagai simbolik send off ke sekolah baru.
   Buat cikgu Siti Jamilah, selamat jalan dan selamat bertugas di sekolah baru. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan berbahagia sentiasa. Maafkan salah silap kami dan sudi-sudikanlah singgah lagi di sekolah ini. Tahniah dan Selamat Maju Jaya!
Milah bersama barisan pentadbir
Bacaan doa oleh Ustaz Zul
Aminnn
Ucapan Ketua Murid - Azree
Tahun 1 duduk di depan
Ucapan terakhir cikgu Siti Jamilah
Deklamasi sajak - Atiqah Shazwani
Pn. Roszila menyampaikan cenderamata drp KGK
Hadiah lagi
Alunan nasyid "Doa Perpisahan"
Murid-murid turut menyanyi
Guru-guru juga bernasyid
Pengerusi KGK - Roszila bersama Shazwani
Bersama backdrop khusus buat cikgu Jamilah
Sesi bersalaman dengan guru-guru
Guru lama
Guru baru
Murid-murid pula
Restu guru
Belajar rajin-rajin
Comeynya
Kamceng
Terima kasih Milah
Pn. Sa'diah memeriahkan majlis
Happy
Merakam kenangan
Dua rakan sejawatan
Jamuan ringan
Program yang sama pada sesi petang
Pengerusi majlis - Cikgu Rohaizat
Ucapan Ketua Murid Petang
Ucapan GPK Petang - Ustazah Azian
GB berucap lagi
Ucapan cikgu Milah
Hadiah dari guru
Wakil murid Tahun 3
Wakil murid Tahun 2
Nasyid lagi
Menyanyi sambil melihat lirik yang diedarkan
Sesi bersalaman dengan guru sesi petang
Pengganti guru pemulihan khas SKKW - Idayu
Guru baru - Siti Rodhiah
Menunggu giliran
Kesedihan melanda
Murid Tahun 2 bersedia
Terima kasih, cikgu
Gadis dan bunga
Kereta Milah dihias cantik
Jap.. jap..
Murid beratur dalam barisan ke pintu pagar sekolah
Turun dari pentas
Maafkan kami
Tawa dalam tangisan
Jurupandu import
Silakan puan
Bye-bye semua
Bye Puan Jamilah
Sedia...
Babai cikgu
Selamat Tinggal
Nak salam, cikgu
Terima kasih, jumpa lagi
Selamat Jalan buat cikgu yang disayangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...