Berbeza dengan suasana di sebelah pagi yang disulami senyum simpul murid-murid lain semasa "hantu-hantu" itu berkeliaran mengusik kawan-kawannya, majlis pelancaran semasa perhimpunan sesi petang agak di luar dugaan. "Hantu-hantu" petang dah cerdik sedikit setelah saya tegur persembahan mereka di sebelah pagi tak cukup training. Dengan iringan muzik yang menyeramkan ditambah hilai tawa cikgu Rohaizat di hujung mikrofon, "hantu-hantu" telah masuk di celah-celah barisan murid Tahun 2 dan 3 sesi petang tersebut. Tanpa disangka-sangka, sebahagian murid sesi petang bertempiaran lari dan diikuti lebih ramai lagi. Mujur guru pengacara dapat menenangkan keadaan mengatakan "hantu-hantu" itu adalah abang-abang mereka.
Majlis pelancaran juga diselitkan dengan gimik penjualan kupon Karnival oleh Setiausaha PIBG; Pn. Nor Anikah kepada GB. Dalam ucapan saya telah memaklumkan bahawa semua murid dikehendaki membeli sekurang-kurangnya 1 set kupon berharga RM10.00 bagi menjayakan program tersebut. Selain rumah hantu, ada banyak lagi acara menarik akan diadakan seperti gerai-gerai jualan dan cabutan bertuah.
Guru-guru dan staf sekolah pula diwajibkan membeli sekurang-kurangnya 5 set kupon seorang. Hasil keuntungan akan dimasukkan ke dalam tabung PIBG yang akan digunakan kembali untuk menambah kemudahan pembelajaran anak-anak murid SKKW. Semoga program ini akan mendapat kerjasama dan sambutan baik daripada ibu bapa, warga sekolah serta masyarakat setempat...
Hantu-hantu pagi yang santai
Murid-murid tak takut langsung meskipun muzik seram dipasang
(Maaf gambar sesi petang tak sempat ambil)
Gimik jualan kupon oleh SU PIBG kepada GB
Walaupun murid-murid sesi petang macam seronok + takut tadi, tapi setelah saya terangkan tentang Karnival yang akan diadakan nanti, mereka betul-betul teruja nak menghadirinya. Selesai perhimpunan, beberapa orang murid petang berjumpa saya dengan beberapa soalan;
- Cikgu, boleh bawa ibu bapa ke? (Boleh, bawa datuk dan nenek kamu sekali)
- Cikgu, ada jawatan kosong ke kalau saya nak jadi hantu? (Tak ada, kamu pendek sangat)
No comments:
Post a Comment