Friday, January 27, 2012

Program Puspanita

Sebenarnya dah 3 hari saya tak berapa sihat - seram sejuk aka demam. Tapi, pergi juga sekolah 2 hari ni. Banyak kerja nak buat dan lebih relax sebab sekolah cuti seminggu.
   Dalam tak sihat, saya cuba memenuhi undangan Puspanita Daerah Sepang ke "Majlis Menzahir Kasih Menghitung Budi" sempena persaraan dan pertukaran ahli / suami ahli ke luar daerah Sepang. Majlis bertemakan glamor ini telah diadakan di Kelab Komuniti, Taman Tasik Cyberjaya. 
   Bukan tak biasa pergi Cyberjaya, tapi entah kenapa hari ini mati akal saya tak tau mana nak cari jalan ke lokasi majlis. Sesat barat sampai hampir sejam. Nak tergelak + bengang bila mengingatkan balik. Saya sampai termasuk highway semula. Macam tak percaya saya menghala ke Putrajaya jumpa Alamanda bagai. Rasa nak balik rumah aje. Tapi bila call Pn. Siti Aishah PPD, saya diberitahu majlis belum bermula. So, saya pun cekalkan hati, cari semula jalan ke Cyberjaya dan alhamdulillah sampai jua ke majlis itu semasa ucapan Pengerusi Puspanita Daerah Sepang - Datin Hajah Habbulmatain bt. Maliki.
   Tahniah buat Pn. Siti Aishah yang telah menjalankan tugas pengacara majlis dengan baik sekali. Selain acara cabutan bertuah, pelbagai acara kuiz dan selingan yang diadakan sangat menarik perhatian. Antaranya: 
  • Tudung paling glamor
  • Kasut bertutup paling tinggi
  • Rantai paling labuh
  • Gelang mami jarum paling banyak (yang ini tiada pemenang)
  • Kunci paling banyak
  • Pengepit kuku paling kecil
  • Batu cincin paling besar
  • Beg tangan paling kecil
  • Meja yang paling banyak handphone Nokia
  • Pakaian paling glamor
   Stres dek tersesat hari ini terubat juga bila nama saya dipanggil untuk menerima cabutan bertuah. Terima kasih!
 Ucapan Pengerusi Puspanita Daerah Sepang
 
 Antara yang hadir
 Pn. Siti Aishah PPD Sepang jadi emcee
 
 Acara penyampaian hadiah dan sijil

7 comments:

  1. hari yang bertuah kerana dapat hadiah. IM cuma pernah sekali dalam hidup dapat hadiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala siannya... Moga IM akan dapat lebih banyak hadiah lepas ni..

      Delete
  2. Sallam Kak Aida,

    Siannya akak, macam mana boleh sesat barat tu kak, tapi tak apa mesti akak terhibur dengqn majlis yang nampak sungguh meriah itu.

    Saya pernah sesat dari Pahang nak ke PJ, sampai ke Sungai Besi. Patah balik, pun nasib baik majlis belum bermula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lipislady. Kira terrorlah org Pahang dapat sampai PJ / Sg. Besi tu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...