Tuesday, January 31, 2012

Pemeriksaan JKR

Sebagai tindaksusulan terhadap 2 pucuk surat permohonan dari sekolah sebelum ini, pagi tadi 2 orang pegawai JKR Daerah Sepang telah datang melakukan pemeriksaan terhadap masalah kebocoran paip yang berlaku di SKKW. Jurutera; En. Afizi dan Pn. Noraini telah dibawa melihat rumah pam yang basah (beritanya ada di sini) dan mendengar sejarah 4 kebocoran paip yang dialami oleh sekolah sejak kebelakangan ini. Seperti biasa, cikgu Salmi turut mengiringi dan menerangkan masalah yang timbul dari segi teknikal.
   Pihak sekolah telah memohon pihak JKR membuat laporan hasil siasatan dan anggaran kos pembaikan untuk dipanjangkan ke PPD, JPN maupun KPM bagi memohon kerja-kerja kecemasan selanjutnya. Namun, masalah timbul bila mana sekolah tidak mempunyai pelan paip air yang diperlukan bagi tujuan siasatan. Selama ini, sekolah hanya dibekalkan dengan pelan tapak bangunan sahaja. Menurut engineer tersebut, kalau bangunan seliaan JKR, sepatutnya selain pelan paip air, sekolah akan diberi pelan terbina (as-build), pelan lay-out kabel elektrik, pelan telefon (entah betul ke tidak istilah tu) dll. 
   Tapi apa nak kata, memang tak ada pelan-pelan tersebut. Tindakan awal, saya cuba meminta jasa baik seorang parent yang bekerja dengan pemaju untuk mendapatkan pelan paip air itu. Harap-harap En. Asmady boleh membantu. Pihak JKR pula berjanji akan meminta bantuan dari Pegawai Pembangunan PPD Sepang kalau-kalau ada menyimpan pelan yang dimaksudkan. Semoga usaha ini berjaya dan hasrat sekolah untuk mendapatkan laporan serta anggaran kos tersebut akan tercapai seterusnya masalah ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.
  Cikgu M.Salmi menunjukkan kesan kebocoran dalam rumah pam
 Jurutera JKR Sepang - En. Afizi
 
 Mereka musykil dengan stop tap ini
 Banjir dalam rumah pam
Menganggar kemungkinan saluran paip air 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...