Wednesday, January 4, 2012

Hari pertama sekolah 2012

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2012. Selamat Kembali ke sekolah buat murid-murid lama dan Selamat Datang kepada murid-murid prasekolah, Tahun 1 dan murid-murid baru. Tahun ini SKKW menempa sejarah kerana beroperasi 2 sesi. Sesi pagi - Tahun 1, 4, 5 dan 6 manakala murid-murid Tahun 2 dan 3 bersekolah di sesi petang. Bilangan murid setakat semalam ialah 1216 orang (380 orang murid sesi petang) termasuk 22 orang murid pendidikan khas. Murid-murid prasekolah masih 3 kelas dengan 75 orang murid. 
   Bilangan kelas setakat ini ialah 21 pagi, 11 petang. Tunggu kelulusan bilik darjah melalui surat KPM yang biasanya akan diterima pada bulan Januari. Mungkin akan bertambah lagi kelas sebab ramai murid baru hari ini. Bilangan guru pula ialah seramai 83 orang. Semoga saya dan 5 orang GPK dapat mengurus dan mentadbir sekolah dengan baik hasil kerjasama semua guru dan ibu bapa serta warga sekolah. Insya Allah...
   Jom layan gambar-gambar yang diambil pada hari pertama ini pagi dan petang...
Putih bersih pakaian masing-masing
Nyanyian lagu-lagu kebangsaan
Ucapan Guru Bertugas - Che Ruzana
"Ok, semua boleh duduk"
"Yang perempuan angkat baju, jangan angkat kain pulak"
Guru-guru kelas tahun 1 bersama murid-muridnya
Ibu bapa memerhati
GB memberi ucapan
"Diminta ibu bapa esok jangan datang ke sekolah lagi, ya. Biar anak-anak berdikari dan cepat menyesuaikan diri. Guru-guru akan menjaga anak tuan/puan dengan baik"
Ketua Guru Pengawas - Pn. Fatimah Shamsudin memberi arahan
Bilik Guru baru (2) di blok A
Murid-murid sesi petang berhimpun di dewan
Guru-guru dan ibu bapa
Ucapan GB - alamak banner semalam tak buka lagi
Ucapan GPK Petang
Beratur masuk ke kelas
Di kantin
Kemasan yang cantik di tahun baru
Murid-murid sesi petang beratur membeli semasa rehat

6 comments:

  1. salam..
    selamat memulakan sesi persekolahan
    2012..memang berseri semuanya..almaklun
    di cuci dengan FAB rasanya..he he

    ReplyDelete
  2. Ramai juga ibubapa yang hadir sama, ya?

    Jujurnya kakcik sangat jarang bersama anak2 di hari pertama persekolahan mereka. Selalunya hanya ayah mereka yang menguruskannya. Adakah kakcik seorang ibu yang 'kurang baik'? ;-)

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali bertugas Kak Aida walaupun
    mase cuti pun akak bertugas senornye..huhuhu..
    Teruskan kecemerlangan SKKW...Semoga jadi skolah kluster thn ni.InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  4. Sallam kak Aida,

    Selamat bertugas kembali,
    Semuga kecemerlangan sentiasa bersama akak,
    tak nampak guru lelakilah akak, semua guru perempuan ke, lagi satu saya perhatikan pakaian guru tu sedondon je warnanya, memang uniform ke?

    ReplyDelete
  5. Salam Zul : Hari pertamalah katakan, berseri-seri. Disiplin lagi bersemangat masing-masing..

    Salam Kakcik : Baik / kurang baik seseorg ibu bukan bergantung kepada kehadirannya pada hari pertama persekolahan. Banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi...

    Salam cik Shinju : Lain macam sibuk bertugas awal tahun ni tapi tetap seronok. Tapi rasanya belum mampu lagi nak jadi sek kluster buat masa ini. Sek cemerlang, bolehlah kot..

    Salam Lipislady : Guru lelaki kami thn ni 11 drp semua 83 guru, tu yang tenggelam. Time perhimpunan, mereka jaga p.a systemlah hehe. Sedondon tema warna je tu, saja seronok-seronok. Lepas ni, setiap Isnin kami pakai tema sama.

    ReplyDelete
  6. mohon agar sekolah / penduduk kota warisan mohon pada kerajaan sekolah baru. penduduk dah bertambah, sekolah tak tambah. sekolah menengah pun tade

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...