Thursday, September 3, 2009

Kelas Prasekolah baru

Tadi masa nak pergi mesyuarat di PPD, jumpa En. Rodzi. Dia kata sekolah saya termasuk dalam program peluasan prasekolah 2010. Maknanya sekolah saya akan dapat sebuah lagi kelas prasekolah. Sekolah saya dah ada 3 buah kelas. Kalau dapat sebuah lagi, akan jadi 4. Bagus juga, tak perlulah kami berjawab-jawab dengan ibu bapa yang merayu nak juga masuk kelas pra bila kita menolak. Dulu memang saya ada suarakan kepada PPD tentang masalah ini. Alhamdulillah, harap masalah ini dapat diselesaikan. Kat taman perumahan ni memang penduduknya muda-muda dan produktif, ramai anak kecil. Tak ada masalah nak dapatkan murid pra. Tapi termasuk murid 5 tahunlah! Terima kasih kepada KPM kerana memilih SKKW untuk program peluasan tersebut.

2 comments:

  1. bagus la macam tu. sekolah saya pun tahun depan kira ada 2 kelas pra sekolah.
    tadi ppd banyak juga bagi nasihat. kita terima dengan hati terbuka, anggap nasihat ayah kepada anak-anaknya. kita dengan boss ni, kena hormat. kalau kita ada buat salah, kita minta maaf. mana ada orang tak buat salah.

    ReplyDelete
  2. Betul tu, Wan. Kita ajar cikgu-cikgu kita suruh hormat ketua. So kita pun kena buat begitu. Barulah orang hormat kat kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...