Sunday, September 6, 2009

Sakit di mata, sakit lagi di hati

Petang tadi, semasa saya nak ke Bazar Ramadan Kota Warisan, tiba-tiba mata saya terpandang sesuatu yang sangat mencurigakan di luar pagar sekolah. Saya hampiri dan turun dari kereta. Ada suatu garisan putih di papan tanda SKKW. Apa itu ya? Saya cuba kesat, manalah tau bekas-bekas asap bunga api budak-budak. Tapi....... aduh, tak boleh hilang. Rupa-rupanya kesan cat yang disembur secara melintang oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Siapalah yang punya angkara ini? Kalau dapat kutangkaplah samseng yang buat kerja ni, mau aje kulaporkan ke balai polis.

1 comment:

  1. memang frust dan geram kalau macam tu. ada jugak kaki vandalism di Kota Warisan ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...