Sunday, November 8, 2009

Kursus Sijil Perguruan Khas

Kursus Dalam Perkhidmatan 1 Tahun Ambilan Januari 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah KPM memohon mengikut Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Satu Tahun (1 Januari – 31 Disember 2010).

Syarat dan Kelayakan Am:

Pemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. Tidak pernah mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas.
  2. Memiliki Ijazah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  3. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah memiliki Sijil Perguruan Asas/Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
  5. Telah melepasi tahap TK1 dalam peperiksaan PTK semasa memohon.
  6. Telah disahkan dalam jawatan.
  7. Tidak mengikut sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh atau Luar Kampus.
  8. Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan mengganggu kehadiran semasa mengikuti kursus tersebut.
  9. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
  10. Umur tidak melebihi 43 tahun bagi bidang Pendidikan Jasmani dan 50 tahun bagi lain-lain bidang pada atau sebelum 1 Julai 2010.
  11. Permohonan KSPK ini ditutup pada 16 November 2009

Bidang Kursus:

  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani
  • TESL
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Cina
  • Pendidikan Pemulihan Khas
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Sains
  • Matematik
  • Pendidikan Al-Quran
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Prasekolah
Cara mengemukakan permohonan

1. Permohonan KSPK boleh dibuat dalam talian sahaja dengan melayari internet di alamat URL, http://www.moe.gov.my. Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web tersebut untuk meneliti e-panduan permohonan dan memahami dahulu cara-cara mengemukakan permohonan secara dalam talian.
2.  Permohonan boleh dibuat mulai 28 Oktober 2009.
3. Calon perlu cetak borang permohonan yang telah diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan perlu mendapatkan perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri. Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

P.s:  Guru-guru SKKW yang berminat, mohonlah segera. Ramai tu yang saya nampak layak : Milah, Khairul, Siti Zawiyah, Mimi, Rusnah, Roshita, Rosmahwati, Zaidatul dan yang lain-lain tu. Cepat-cepatlah sahut peluang. Saya doakan berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...