Saturday, November 21, 2009

Penyampaian Sumbangan UPSR

Semalam (20.11.2009) adalah hari terakhir persekolahan. Pada sebelah pagi, semua murid dan guru berhimpun di tapak perhimpunan menyaksikan penyampaian hadiah kokurikulum, fasilitator KIA2M dan sumbangan kepada murid cemerlang UPSR. Murid-murid 5A telah menerima sumbangan daripada PIBG dan Surau Al-Hijrah yang diwakili oleh Setiausahanya; Cikgu Turis. Manakala sekolah memberi sedikit sumbangan kepada murid-murid 4A 1B. Selesai majlis, murid-murid tersebut bergambar lagi. Murid-murid Tahun 1 - 5 terlibat dengan Upacara Naik Darjah 2010. Sekali lagi tahniah kepada semua murid. Terima kasih daun keladi kepada PIBG dan Surau Al-Hijrah. 

Murid-murid menyaksikan acara semasa perhimpunan

Murid-murid dengan sumbangan yang diterima
 Murid-murid 5A bergambar kenangan dengan semua guru tahun 6 dan cikgu Turis

 Aksi bersahaja murid-murid 4A 1B dan guru-guru
We are the champion!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...