Saturday, May 22, 2010

Parenting Siri 1

Hari ini telah diadakan program Ceramah Kemahiran Keibubapaan Siri 1 anjuran PIBG. Penceramah jemputan ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Meriam binti Syed Akil, pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tema ceramah : Ibu Bapa Penjana Pendidikan Anak-Anak.
   Majlis yang diadakan di dewan sekolah itu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat jam 12.30 tengah hari. Kehadiran ibu bapa agak memberangsangkan iaitu sekitar 90 orang. Antara isi ceramah yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof adalah:
A) 6 Dimensi Keibubapaan
1. Eratkan hubungan
2. Memberi perlindungan
3. Perlu sensitif terhadap perkembangan anak
4. Komunikasi berkesan
5. Memberi pendidikan
6. Mengawal disiplin
B) 4 Tahap Mendidik Anak-anak (mengikut Rasulullah S.A.W)
1. Anak baru lahir - 6 tahun : banyak bergurau, membelai dengan penuh kasih sayang
2. Anak berumur 7 tahun - baligh (14 tahun) : mendidik dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab
3. Anak berumur 15 tahun - 21 tahun (dewasa) : mendidik dengan cara berkawan, bertukar pendapat, hormati pendapat selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam
4. Lebih 21 tahun : beri kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa bertindak sebagai penasihat agar tindakan terkawal
C) Tips Mendidik Anak Cemerlang
1.   Memberi arahan dan ingatan secara berterusan
2.   Mengingatkan sifat-sifat mahmudah (akhlak baik) dan mazmumah (akhlak buruk)
3.   Ibu bapa sebagai teladan
4.   Hormat menghormati
5.   Menjana keyakinan diri anak
6.   Mendidik melalui bercerita
7.   Bantu memupuk minat dan bakat anak
8.   Patuhi Allah dan teladani Rasulullah
9.   Mendalami pendidikan agama
10. Beriadah dengan anak-anak
11. Berdialog dengan anak-anak
12. Berdoa berterusan
13. Sentiasa menyuburkan suasana ketakwaan
   Firman Allah S.W.T. dalam surah at-Taghaabun, 64:15 yang membawa maksud: "Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar" 
   Tahniah kepada PIBG kerana telah berjaya menganjurkan program yang sangat baik ini. Syabas juga diucapkan kepada ibu bapa yang telah sudi hadir mendengar ceramah tersebut. Diharap lebih ramai lagi ibu bapa akan hadir ke program parenting Siri 2 dan 3 yang telah dirancang dan akan diadakan pada masa depan. Sokongan semua amat dihargai.
 Ustaz Irwan selaku pengacara majlis dan pembaca doa
Ucapan aluan YDP PIBG; Dr. Rushdan penuh teladan
Penceramah yang sangat berwibawa
 
Sebahagian ibu bapa yang telah mengorbankan masa menghadiri program ini 
Cutenya dia
 
Ustazah Hani 'berkelah' sambil mendengar ceramah 
Pengerusi dan Penasihat PIBG SKKW
 
Memang menarik ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Prof
Terima kasih buat YBhg. Prof dari PIBG dan warga sekolah

7 comments:

  1. salam kak aida..
    mesti banyak info
    berguna boleh dapat nanti
    tahniah anjur program sebegini

    ReplyDelete
  2. bagus program tu, tapi sayang tak ramai yang hadir. 90 orang tu kira tak ramailah berbanding dengan jumlah murid. kan ?

    ReplyDelete
  3. Salam!!! Bagus sekali program nih!! boleh dipanjangkan ke sekolah lain. Cari jalan supaya ibubapa dapat hadir !! baru gempak gitu!!

    ReplyDelete
  4. Salam Zul. Program begini memang banyak infonya. Penceramah pula bukan calang-calang.

    Salam al-lavendari. Orang tak nak datang, kita nak buat macam mana. Hujung minggu semua orang banyak program. Tak apalah, yang penting kita dah buat program. Percaya tak berdasarkan pengalaman, kehadiran ibu bapa ke program sebegini seramai 90 orang tu dah bagus.

    Salam cikgu Yang. Insya Allah kita akan war-warkan supaya lebih ramai hadir pada program Siri 2 dan 3 akan datang.

    ReplyDelete
  5. salam buat kak aida...
    kita nak copy sikit info berguna tu...
    buat akak moga terus dirahmati ALLAH..

    ReplyDelete
  6. salam. sangat bagus mendedahkan pelbagai ilmu pada ibu bapa kini.

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Long. Ambik le. Prof tu pun bagi soft copy dan hard copynya pada saya untuk disebarluaskan. Moga Pak Long juga dirahmati ALLAH.

    Salam Abu Muaz. Ilmu itu perlu dikutip, bukan tunggu datang ke riba. Perlu sedikit pengorbanan. Selebihnya pandai-pandailah nak apply dalam kehidupan seharian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...