Sunday, May 23, 2010

Seminar Wanita dan Undang-Undang

Hari ini saya berpeluang mengikuti Seminar Wanita dan Undang-Undang yang diadakan di dewan Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Seminar ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Majlis Perbandaran Sepang, Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk dan Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Dua orang penceramah khas telah diundang iaitu Pn. Nisah binti Haron; Peguam Syarie yang juga merupakan seorang penulis buku/novel serta Yang Arif Hj. Zainal Abidin bin Kusmin; Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang.
   Majlis telah dirasmikan oleh Pn. Lau Wen Chen; Ahli Majlis Perbandaran Sepang serta merupakan Pengerusi JPP Kota Warisan. Majlis yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari itu telah dihadiri oleh lebih 100 orang yang kebanyakannya terdiri daripada kaum muslimat Kota Warisan. Syabas kepada pihak penganjur kerana telah menganjurkan program yang sungguh bermanfaat dan sangat berguna ini.
   Diharapkan dengan pendedahan melalui cermahan ini akan membantu para peserta, sahabat handai serta keluarga dalam menangani permasalahan berkaitan hak-hak wanita, pengetahuan tentang asas-asas perundangan, komitmen terhadap keluarga serta segala macam istilah perkahwinan / penceraian dan maksudnya seperti mutaah, fasakh, talak, nusyuz, harta sepencarian, poligami, nafkah, khulu', Jawatankuasa Hakam dan banyak lagi.
Banner memaklumkan program kepada penduduk Kota Warisan
 Ucapan Pengerusi Majlis - Sdra Yusharizal
 
Antara muslimah yang hadir
Muslimin pun turut memeriahkan majlis
Ceramah 1  disampaikan oleh Pn. Nisah Haron; peguam syarie dan penulis buku
Khusyuk mendengar ceramah
Bersama VIP - Pn. Lau dan penceramah Pn. Nisah
Pn. Lau menyampaikan cenderamata kepada Pn. Nisah
En. Nor Aziz, Pengerusi Rukun Tetangga memberikan ucapan
Pn. Hawa Husin; Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Sepang menyampaikan ucapannya
Ucapan perasmian dari Pn. Lau Wen Chen; Ahli Majlis Perbandaran Sepang
Pn. Lau memperkenalkan Setiausahanya; Cik Shakira
Cenderahati dari Pn. Hawa mewakili Jabatan Perpaduan buat Pn. Lau
En. Nor Aziz menyampaikan cenderahati kepada Pn. Hawa
Ceramah 2 disampaikan oleh Y.A Hj Zainal Abidin Kusmin; Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang
Cenderakenangan dari Ahli JPP; ustaz Irwan buat Yang Arif

9 comments:

  1. Disamping kesibukan tugas rasmi, seminar2, bengkel2 dan kursus2 di luar waktu tugas rasmi akan membantu dan mematangkan diri kita dalam kerjaya yang dihadapi kerana kadangkala ilmu yang diperoleh secara sampingan akan dapat digunakan dalam melaksanakan tugas rasmi.

    ReplyDelete
  2. salam kak aida..
    elok juga tahu tentang undang2
    nanti orang tak mudah nak perleceh
    kita..

    ReplyDelete
  3. Salam Faris. Betul sangat U cakap tu...

    Salam Zul. Taulah juga sket-sket. Yang penting dah ambil no. peguam tu. Apa-apa hal, bolehlah contact dia.

    ReplyDelete
  4. salam buat kak aida...
    memang bai la program ni..tahu jugak bab undang-undang...jangan macam peguam perumahan...kita tak tahu apa fungsinya..main sain jer

    ReplyDelete
  5. Hai Pak Long, macam ada cerita tak sedap je ni. Sabar jelah. Inilah dinamakan karenah birokrasi. Padahal benda tu kita yang buat, mudah-mudahkanlah ia. Buat cepat-cepat.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Aida...
    bgus seminar ni..
    org ppuan kat negara kita ni masih ramai
    yg xtau hak masing2 terutama pasal harta dan
    perceraian...

    ReplyDelete
  7. Salam cik Shin-Ju. Tak datang ke hari tu?

    ReplyDelete
  8. Salam Puan Aida,
    Terima kasih atas laporan ini. Saya akan kongsi di Facebook saya. Saya sendiri pun mungkin tidak sempat hendak melaporkannya di blog sendiri. Semoga perkongsian ilmu yang sedikit tempoh hari dapat membuka mata, khususnya kaum ibu warga Kota Warisan, insya-Allah.

    ReplyDelete
  9. Salam Pn. Nisah. Terima kasih jua kerna sudi berkongsi ilmu bersama kami tempoh hari. Teramat banyak input yang telah puan sampaikan. Semoga kita dapat meneruskan jalinan hubungan ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...