Sesungguhnya kami merasa sangat bangga dengan pencapaian anak murid kami ini! Tahniah buat Malisha Nur Kamaliah yang telah mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Marilah sama-sama kita berdoa agar Malisha akan berjaya dalam kejohanan yang sungguh berprestij itu. Kepada ibu bapa dan seluruh keluarga Malisha, pihak sekolah dan PIBG ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan atas kecemerlangan kalian membimbing Malisha sehingga lahir sebutir permata yang tidak ternilai harganya di tengah-tengah kekurangan kemudahan sukan di sekolah ini.
Sebenarnya Malisha telah mencapai 2 kejayaan dalam Kejohanan Olahraga MSS Selangor tempoh hari yakni emas bagi acara lompat jauh dan gangsa bagi acara lari 200m. Pagi tadi semasa perhimpunan, pihak sekolah telah mengalungkan semula piala-piala yang telah dimenanginya itu. Pihak sekolah dan juga PIBG masing-masing telah memberi sedikit sumbangan kepada Malisha buat bekalan dan perbelanjaan beliau.
Sebelum ke Johor, Malisha akan menjalani latihan pusat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya mulai 5 - 16 Mei 2010 ini dan menginap di Universiti Malaya, K. Lumpur. Diharap guru-guru dan semua murid Tahun 6 akan dapat membantu Malisha untuk mengulangkaji pelajarannya apabila kembali dari kejohanan itu nanti memandangkan Malisha akan meduduki UPSR hujung tahun ini.
Kepada Malisha, syabas dan tahniah sekali lagi dari semua guru, murid dan warga SKKW. You are the champion!!!!
Malisha Nur Kamaliah - atlet kebanggaan sekolah
Berdasarkan senarai kontingen Selangor ini, hanya Malisha satu-satunya wakil sekolah rendah Sepang ke MSSM 2010. Dan lebih membanggakan kami ialah dua orang wakil Selangor sekolah menengah Sepang iaitu Danial Faliq bin Jamal (SMK Bandar Baru Salak Tinggi) dan Nur Sabrina binti Ramli (SMK Seri Sepang) adalah juga bekas murid SK Kota Warisan yang merupakan olahragawan dan olahragawati era mereka. Syabas buat mereka berdua. Semoga kalian juga akan membawa pulang kejayaan. Kita doakan bersama-sama. Insya Allah.
Di samping itu, hari ini juga saya telah merasmikan Bulan Membaca peringkat sekolah.
"Dengan ini saya merasmikan Bulan Membaca SKKW 2010"
GB melancarkan Kempen Menderma Buku
GPK 1; Pn. Sa'diah juga menderma buku diikuti oleh GPK HEM dan GPK Koku
Persembahan lagu Nilam oleh Pengawas PSS
Sebahagian guru dengan baju korporat sekolah yang mula rasmi dipakai hari ini (Sorry baju korporat GB hantar pi alter)
Murid Tahap 1 disusun sebelah kanan - kurang panas
Salam Kak Aida...
ReplyDeletetahniah atas kecemerlangan SKKW...
Semoga Adik Malisha bjaya di peringkat seterusnye... :)
memang bangga kalau ada anak murid seperti malisha ni..
ReplyDeleteSalam cik Shinju, terima kasih. Kita doakan adik Malisha berjaya.
ReplyDeleteSalam a kl citizen, memang banggalah sangat cikgu-cikgu Malisha.
ReplyDeleteSalam cikgu
ReplyDeletesemoga Malisha berjaya membawa balik kejayaan dan pengalaman
sila ke blog sya ambil award tqvm..
salam Kak Aida..
ReplyDeletehebab sekolah akak nie
tahniah buat pelajar perempuan
yang membanggakan sekolah
Salam sayangsayangibu. Tkasih atas award tu, nanti saya ambil. Terharulah pulak..
ReplyDeleteSalam Zul. Memang hebat budak Malisha tu. Orangnya low profile tapi berbakat punyalah besar. Kami tumpang gembira.
ReplyDeleteassalamualaikum.saya bagi pihak ibubapa malisha nurkamaliah dan keluarga terharu atas keperihatinan gurubesar,guru guru dan sekolah meniti usaha yang malisha lalui. terima kasih yang tak terhingga. sama samalah kita berdoa beliau berjaya pada 8 pagi 19mei lompat jauh. 9pagi 21 mei 4x200 meter. terpaksa batalkan 4 x100 kerana masa beza 1 jam dari lompat jauh. beliau berusaha kuat dlm latihan n berjauhan dr family 3 minggu. apapun beliau perolehi kami redha dan mendoakan yang terbaik utk dirinya,sekolah,daerah dan selangor. terima kasih cikgu n selamat hari guru.
ReplyDeleteSorry kak Aishah. Saya baru perasan komen kak Aishah ni. Hampir setahun berlalu... Tahniah buat Kamaliah , kak Aishah dan keluarga. Kini adik Kamaliah - Hanani pula akan menyusuri kejayaan kakaknya. Keep it up! You're the best!
ReplyDelete