Tahun ini sambutan sangat menggalakkan. Hasil sumbangan termasuk zakat, sebanyak 2 ekor lembu, 2 ekor kambing serta 20 ekor ayam telah dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk Kota Warisan. Selain menyediakan masakan, mereka juga telah bergotong-royong membersihkan surau. Oleh kerana saya datang agak lewat kerana ada hal sedikit, ramai sukarelawan-sukarelawan telah pulang. Jadi tak dapatlah saya snap gambar mereka menyiapkan bahan-bahan dan memasak tadi. Bila saya sampai, proses memasak dah beres.
Saya hanya sempat membantu serba sedikit seterusnya sama-sama membaca yaasiin dan tahlil. Ustaz Zairul telah mengumumkan bilangan mereka yang menyumbang serta jumlah sumbangan (hampir RM10,000.00). Baki dari sumbangan, ustaz mohon untuk digunakan bagi tujuan program bulan puasa nanti.
Semoga semangat gotong-royong dan kerjasama ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli kariah surau seiring dengan kedatangan bulan yang mulia - bulan Ramadan.
Saksikanlah kemeriahan program tersebut yang sempat saya rakam....
Malam tadi ada Forum Perdana
Muslimah bergotong-royong
Lauk dah siap dimasak
Berbincang masalah negara
Chef kak Liza
Ustaz Zairul memberi sedikit ucapan
Muslimin memberi perhatian
Selesai solat Zohor berjamaah, hadirin menikmati jamuan kenduri......
Kanak-kanak makan dalam dulang
Para ibu menikmati jamuan
Jumpa lagi kenduri sekampung tahun depan
meriahnya.. semuga semanat kejiranan ni terus berkekalan..
ReplyDeleteWah, berita taman pun ada juga!Susah nak cari semangat kejiranan macam ini. Tahniah!
ReplyDeleteSalam bertandang lagi kak Aida..
ReplyDeletemoga orang di sana sihat
dan ceria selalu..program yang
bagus..memupuk nilai kekeluargaan
di kalangan tetangga..
Salam En. Zino. Surau memang sesuai dijadikan tempat penyubur semangat kejiranan. Terpulanglah kepada kita untuk memberi kerjasama.
ReplyDeleteSalam kak Nora. Adalah sikit-sikit berita taman. Tahniah buat penduduk yang sudi hadir dan bergotong-royong. Saya ni tangkap gambar aje.
Salam Zul. Akak sihat, moga Zul pun sihat dan ceria. Program-program surau biasanya sentiasa memupuk nilai kekeluargaan. Kita kenalah ambil peluang untuk turut serta. Tak gitu?