Thursday, August 19, 2010

Seliparku putus

Sebenarnya bukanlah besar sangat peristiwa ni. Saja nak cerita, semasa saya pergi terawih kat surau tadi selepas beberapa langkah turun dari kereta, selipar saya terputus. Terseret-seretlah juga nak menyampai ke dalam surau tu. Masa solat, dok fikir juga macamana cara nak masuk ke kereta nanti. Selesai solat tup tup terpandanglah saya sebelah selipar yang tak ada 'kawan'nya di tempat wuduk - apa lagi sarung jelah. Selamat dapat melangkah dengan bergaya ke kereta tanpa perlu berlakon macho dengan selipar yang putus tu.
   Selipar tu sebenarnya lama dah saya beli - lebih 6 tahun yang lalu di Bangi. Nak kubuang, elok lagi walaupun kondisinya dah bengkok macam perahu. Selipar baru ada beli tapi tak dibuat basahan sebab selipar yang satu ni boleh pakai lagi. Dah putus ni, taklah kata sayang. Sebab bolehlah pakai selipar lain yang dah dibeli sejak sekian lama (tapi disimpan dalam stor - sesekali je dipakai). Tapi sayang juga masa nak buang selipar tu. Teramat besar jasanya kepada tuannya ini.....

12 comments:

  1. salam..
    alahai kesiannya kak
    nasib baik ada selipar
    saguhati tu..he he..
    selamat menjalani ibadah
    di bulan ramadhan..moga
    selalu sihat..

    ReplyDelete
  2. cikgu - semuanya sayang ! macam2 selagi tak rosak....simpan/guna ... tu yang cikgu kalau pindah ke / hujung tahun ke...bila berkemas...kussemangat macam2 ade

    ReplyDelete
  3. salam..

    teringat zaman kanak kanak, sebab tak berapa nak mampu beli, selipar yang putus tu masih boleh pakai. bahagian bawah tu cucuk dengan paku. gantikan penagan getah yang putus tu. :)

    apapun, barang yang dah lama kita guna, memang terasa sayang nak buang walaupun sudah rosak. nostalgia dan nilai sentimental tu yang mahal..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Aida...

    Simbolik - Hanya sepasang selipar, namun jasanya sangat besar terhadap kita kann..

    Moga diwaktu dan ketika ini Kak Aida sihat selalu .

    ReplyDelete
  5. Salam Aida..

    tengah solat boleh teringat pasal selipar tu... (^_^)

    ReplyDelete
  6. Salam Zul. Lambat tidur....

    Salam Sonata. Cakap pasal pindah randah, memang tak larat. Macam-macam barang bersejarah terjumpa kan

    Salam Ashrafi. Kreatif masa kecik-kecik dulu eh. Tengok cerita McGyverlah tu kot

    Salam Linda. Okay sekarang cuba buat karangan - Saya sepasang selipar, nanti hantar kat cikgu hehe

    Salam kakcik. Macam-macam benda teringat masa solat tu oopppss...

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu Aida
    Yg sepasang lain wajah tu bolehlah juga letak kat surau. Tak dapat kita jangka kegunaan besarnya kpd orang tertentu pada masa tertentu akan datang. Bagus betul selipar Bangi, boleh tahan 6 tahun! Selamat berselipar baru, Cikgu. Dan selamat teruskan pelbagai ibadah Ramadan.

    ReplyDelete
  8. Salam tuan Temuk. Siapa sangka kan selipar nan sebelah memberi jasa buat seorang insan. Sesungguhnya Bangi Boleh!! Selamat Beribadah jua buat tuan.

    ReplyDelete
  9. cikgu.. nak kena beli asadi nyer.. hehe

    my recent post:
    JOM MASUK U =)

    ReplyDelete
  10. Salam Zairie. Tq singgah sini. Asadi vs crocs = crabs :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...