Monday, August 30, 2010

PKSR 2

Pada 17 - 19 Ogos 2010 yang lalu, murid-murid telah menduduki Ujian Bulanan 2 yang dikenali sebagai Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah 2 (PKSR 2). Murid-murid Tahun 6 juga tidak ketinggalan menduduki penilaian ini. Guru-guru telah mengambil soalan-soalan Percubaan UPSR dari beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Putrajaya sebagai soalan PKSR 2 Tahun 6. Selepas beberapa kali peperiksaan sebelum ini iaitu Peperiksaan Setengah Tahun (PST), Percubaan 1, Percubaan 2 dan kali ini PKSR 2, murid-murid Tahun 6 SKKW telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Ini termasuk peratus kelulusan, bilangan murid yang mendapat 5A dan 4A 1B.
   Semasa perhimpunan pagi ini, saya telah mengambil kesempatan mengumumkan perkembangan yang baik ini kepada seluruh warga sekolah. Seramai 16 orang murid yang mendapat 5A (15 orang dari kelas 6 Rasional dan seorang dari kelas 6 Wibawa) serta 11 orang 4A 1B (9 orang 6 Rasional, seorang 6 Wibawa dan seorang 6 Ikhlas) telah diminta untuk tampil ke depan. Murid-murid dan guru-guru telah memberikan tepukan yang gemuruh kepada murid-murid cemerlang tersebut. Mereka juga telah diberi sedikit sumbangan daripada guru-guru Tahun 6 sebagai tanda penghargaan. 
   Guru Besar telah menyuntik semangat kepada rakan-rakan mereka yang lain dengan mengatakan mereka yang berdiri di depan perhimpunan tersebut sama saja dengan mereka yang lain. Tiada beza langsung dari aspek fizikal khususnya. Kalau mereka boleh, kita pun boleh. Tidak mustahil kepada sesiapa sahaja untuk berjaya dan menjadi cemerlang. Apa yang penting, lebihkan usaha, perbaiki kelemahan yang ada dan bertawakkal kepada Allah S.W.T.
   Tahniah kepada semua murid 5A dan 4A 1B PKSR 2 ini. Adalah diharapkan keputusan UPSR tahun ini akan lebih baik daripada keputusan tersebut. Sama-sama kita doakan.
GB mengumumkan murid-murid yang mendapat 5A dan 4A1B
Sebahagian guru-guru kelas Tahun 6
Ini dia barisan murid-murid cemerlang Tahun 6 dalam PKSR 2
 
 
Ada ole-ole dari guru Tahun 6
 Acik pun masuk senarai
Aiman anak Pn. Sa'diah
 
Nur Aqmar murid 6 Ikhlas membuktikan kelas lain juga berpotensi

4 comments:

  1. salam..
    tahniah Kak Aida..
    hebat nampak gayanya
    pencapaian pelajar sekolah
    anda..semoga bila peperiksaan
    betul nanti lebih mantoop..

    ReplyDelete
  2. salam, hebat pencapaian tu...InsyaAllah semasa keluar result UPSR nanti pencapaian lagi tinggi...sama-sama kita doakan agar semua calon2 UPSR di seluruh negara tetap bermotivasi tinggi dan 100% bersedia hadapi peperiksaan walaupun di dalam mood hari raya...

    ReplyDelete
  3. Salam Lana~Bulu. Jasa guru memang patut dikenang. Restu mereka akan memudahkan perjalanan hidup kita.

    Salam Zul. Murid-murid dan guru-guru sedang pulun bersiap sedia untuk menghadapi UPSR yang tak sampai sebulan lagi ni. Moga keputusan betul-betul mantopp.

    Salam Abhamz. Sama-samalah kita doakan agar calon UPSR seluruh negara kekal bermotivasi meskipun sibuk beraya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...