Friday, September 3, 2010

Khatam Al Quran

Esok start cuti penggal diikuti cuti hari raya (tapi GB kena kerja tau!). Hari ini sekolah telah menganjurkan pelbagai program. Awal-awal pagi, semasa murid-murid lain membaca Yaasiin di tapak perhimpunan, murid-murid Tahun 6 pula membaca Yaasiin, solat hajat berjemaah dan mendengar tazkirah di surau sekolah. Penceramah yang diundang khas kali ini ialah GPK 1 SK Sg. Melut - ustaz Fazli. Hanya 18 hari saja lagi UPSR akan menjelma. Diharap murid-murid Tahun 6 akan bijak mengurus masa bagi memastikan mereka tidak terleka menyambut Hari Raya sehingga terlupa bahawa mereka akan menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi.
   Selepas Rehat, semua murid berkumpul di dewan. Program dimulakan dengan Majlis Khatam Al Quran, penyampaian sumbangan kepada murid-murid miskin dan anak yatim serta diakhiri sesi bersalam-salaman sambil lagu Raya berkumandang di dewan terbuka. 
   Terima kasih banyak kepada semua ibu bapa dan seluruh warga sekolah yang telah menyumbang kewangan untuk disampaikan kepada 67 orang murid miskin dan anak yatim tersebut. Masing-masing mendapat RM73.00 seorang. Manakala baki telah diagihkan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Semoga mereka dapat menyambut hari raya tahun ini dengan gembira.
Selepas baca Yaasin bersedia nak solat hajat
 Amiiinnn...
Ceramah bertenaga dari ustaz Fazli mengandungi tips-tips menghadapi peperiksaan
Terima kasih daun ketupat buat ustaz
Ustazah Azian mengacara Majlis Khatam Al Quran
Bersama Mimi
Murid-murid memberi tumpuan
GB menyampaikan ucapan
Ustaz Amir mengetuai Majlis Khatam Al Quran
Merdu bacaan masing-masing
Cenderamata buat peserta tadarrus
Seterusnya penyampaian ole-ole buat guru-guru yang menyampaikan tazkirah semasa Rehat bulan Ramadan - didahului dengan ustaz Amir
Fairuz
Fiza
 
Yati dan ramai lagi
Cenderamata KPanitia Pend Islam ; Asiah kepada GB
 Penyampaian sumbangan kepada murid-murid miskin dan anak yatim
Apa yang melucukan tu?
Senyuman manis, jelingan manja
Sesi bersalaman dimulakan dengan murid Tahun 1
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Hujung barisan dapat cokelat seorang satu
Amir 'jual ubat'
Guru-guru pula bersalam-salaman
Hati-hati di jalanraya ye
Kenangan terakhir bersama guru-guru praktikum IPGM Kampus Tuanku Bainun, P.Pinang - Safina dan Asyilah

14 comments:

  1. salam pn GB
    Salam ramadhan

    selamat menyambut hari lebaran
    maaf zahir batin

    berhati hati dijalan raya.

    ReplyDelete
  2. Salam ssibu. Samalah kita. Jemputlah datang ke rumah

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya - maaf zahir dan batin...kat sekolah pagi tadi pun buat seperti sekolah GB buat !

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin juga buat cikgu Sonata. Program-program seumpama ini adalah sebahagian daripada p&p juga

    ReplyDelete
  5. nampak sangat meriah majlis tu...... selamat hari raya maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  6. Salam Relevan. Cikgu-cikgu dan murid-murid bercuti + beraya sakan tahun ni.

    Salam Zino. Selamat hari Raya Maaf Zahir batin juga dari saya

    ReplyDelete
  7. slmt hr rya.. maaf zahir batin.. moga ceria pd lebaran nnti..

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Lana~Bulu & Maiyah. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  9. Salam Cikgu Aida
    Sejuknya hati melihat sekolah yg dihuni oleh insan-insan yang sentiasa mengingati Pencipta mereka! Alhamdulillah & tahniah.

    SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN, 1431H. Semoga Cikgu & ahli keluarga sihat & bergembira. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  10. Salam cikgu Temuk. Terima kasih. Semoga anak-anak didik kita akan sentiasa mengingati Pencipta mereka walau di mana mereka berada. Memang itulah tugas utama setiap guru. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin khas untuk warga SK Kota Warisan.

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari raya Maf zahir batin buat En. Rosli sekeluarga. Jemputlah datang ke rumah & sekolah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...