Saturday, November 20, 2010

Dinner oh Dinner

Selesai sudah acara Majlis Makan Malam Amal PIBG yang ditunggu-tunggu. Mata saya pun tak nak lelap sebab teruja sangat nak masukkan entri ni. Kesimpulannya, saya sangat bersyukur kerana segala-galanya telah berjalan dengan lancar. Diharap semua jemputan berpuas hati dengan persembahan Rabbani dan jamuan tadi. Kepada AJK majlis terutama guru, diucapkan tahniah atas komitmen semua. Terima kasih banyak buat semua penyumbang dan hadirin yang memberi sokongan. Tak lupa setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Hj. Norhasnan dan En. Ahmad Rahimi yang sudi hadir mewakili Tuan PPD Sepang.  
   Antara acara pada majlis tersebut adalah penyampaian hadiah kepada 14 orang murid yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Hadiah berbentuk wang tunai disumbangkan oleh PIBG dan Z & SR Architectural Ventures. Kerusi murid-murid tersebut pada malam itu pula telah ditaja oleh En. Himily Hairul. Selain itu, acara cabutan nombor bertuah telah diadakan sebanyak 4 kali tidak termasuk 3 hadiah utama percutian di hotel di Port Dickson. Semuanya berjumlah 46 hadiah. Di luar dewan pula, diadakan jualan hasil kerja murid untuk mengisi tabung PIBG.     
   Dalam majlis itu juga, telah dilancarkan tabung Dana PIBG SK Kota Warisan. Naib YDP PIBG dan GB telah melaksanakan pelancaran tersebut dengan memasukkan sumbangan masing-masing ke dalam 2 buah tabung yang dipegang oleh 2 orang murid. Tabung-tabung tersebut seterusnya diedarkan kepada para hadirin. Tabung tersebut akan dikeluarkan pada setiap kali aktiviti dan program sekolah yang melibatkan ibu bapa dan orang-orang luar. Hasil daripada tabung tersebut akan digunakan untuk membiayai program-program kecemerlangan sekolah yang sentiasa memerlukan bantuan kewangan . Di akhir majlis, juruacara mengumumkan kutipan tabung pada malam tersebut adalah berjumlah sebanyak RM1,252.60. 
   Terima kasih semua. Apa lagi nak diucapkan - Tahniah! Tahniah! Tahniah! Selamat Bercuti buat semua guru. Saya yakin kita bukan menyambung kerja ("dengan senyum lebar") dalam tempoh sekolah lain bercuti semata-mata kerana nak makan. Apa sangatlah makanannya, kan. Malahan yang lebih penting ialah, semuanya atas nama tugas dan komitmen. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan saya sebagai Guru Besar sangat terharu atas semangat ini.......
Lokasi dinner di Nilai Springs

Kad jemputan yang simple
Buku program
Perbincangan
Chair ribbon disediakan oleh En. Latib
Backdrop  FOC - save budget
Din dan Fairuza raptai skrip
Panorama hotel yang sangat indah
Guru-guru mula datang
AJK Pendaftaran sibuk
Murid-murid Tahun 6 berlatih persembahan
Staf SKKW yang cun
Ibu dan anak sama-sama vogue
Gerai jualan hasil kerja murid
Bersama En. M.Khir Petronas Dagangan Berhad dan En. Rahimi dari PPD Sepang
Meja VIP 1
Meja VIP 2
Amir mengetuai doa
Ucapan GB
Ucapan perasmian Naib YDP PIBG - ustaz Irwan
Pelancaran tabung Dana PIBG SK Kota Warisan
Jemputan berjumlah lebih 260 orang
Rabbani menghiburkan para hadirin
Jamuan makan bermula
Jemputan VIP dilayan petugas hotel
Terima kasih En. Munir atas sumbangan RM5,000.00 beliau
Sumbangan untuk murid 5A
Farizul terima hadiah cabutan bertuah
AJK Hadiah dan Cabutan Bertuah
Persembahan murid cemerlang UPSR
Rabbani melayan anak-anak di pentas
Edy nak jadi pilot Air Asia
Ustz Fazli sporting - menyanyi lagu Rabbani
Cabutan bertuah 3 hadiah utama
Terima kasih Hj. Norhasnan dan En. Rahimi
Jualan barang-barang Rabbani
Bergambar ramai dengan guru-guru
Guru-guru lelaki dengan En. Nor Aziz
Bersama murid-murid cemerlang 5A
Azlee dan Haryati - bakal pengacara pelapis yang comel
Rusnah dah kurus
Dengan Din
Dengan usahawan muda - Salmi

Door gift yang boleh tahan classnya
(Minta maaf semua ya sebab terpaksa cancel Aishah - tak cukup bajet)

2 comments:

  1. seronok, satu pengalaman baru buat SKKW yg x mungkin dpt dilupakan...

    ReplyDelete
  2. Salam Farah. Harap semuanya seronok. Pengalaman yang sangat berharga, moga dapat merapatkan silaturrahim sesama kita hendaknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...