Tuesday, November 2, 2010

LINUS

Apa itu LINUS? LINUS adalah singkatan daripada perkataan Literasi dan Numerasi. Ia adalah program di bawah NKRA yang merupakan suatu pendekatan bersepadu bagi mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira). Guru Bahasa Melayu dan Matematik akan memberi bimbingan kepada murid-murid tersebut manakala Guru Pemulihan Khas pula berperanan untuk memberi bimbingan kepada murid LINUS tegar.
   SKKW tidak ketinggalan memberi perhatian utama terhadap program ini. Berbagai-bagai aktiviti telah dirancang. Di antaranya ialah menaiktarafkan bilik darjah LINUS iaitu kelas 1 Amanah. Ramai guru telah melibatkan diri termasuklah cikgu Jamilah dan guru-guru Tahun 6. Hari ini sekolah telah mengadakan acara ringkas merasmikan wajah baru kelas yang telah diceriakan oleh guru-guru ini sejak 3 minggu yang lalu.
Murid 1 A beratur
 Guru-guru di hadapan kelas
Acara menggunting riben tanda perasmian wajah baru kelas 1 A
Murid-murid mengambil tempat

Keceriaan asas kebersihan
"Kelas dah cantik ni, rajin-rajin belajar tau"
Guru-guru yang membantu menceriakan kelas ini
Macam modellah pulak
Moga Roshita dapat terus mendidik anak-anak muridnya dengan lebih bersemangat lagi

   Satu lagi program yang telah disusun bagi membantu murid-murid LINUS ini ialah program LINUS Express. Program ini telah telah dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beberapa orang murid Tahun 6 telah dilantik sebagai fasilitator kepada murid-murid LINUS. Mereka telah membimbing murid-murid tersebut menjawab latihan menggunakan modul yang disediakan. Terima kasih abang-abang dan kakak-kakak fasi. Diharap hubungan silaturrahim ini akan berpanjangan sehingga adik-adik menti ini berjaya dalam kehidupan mereka...
Fail LINUS Express
Abang dan kakak fasi khusyuk membimbing adik-adik LINUS di Makmal Sains
Cikgu Syarfiza dan Ruzana memberi bimbingan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...