Friday, November 19, 2010

Hari Terakhir Persekolahan 2010

Hari ini adalah hari terakhir sesi persekolahan 2010 bagi murid-murid dan guru-guru SK Kota Warisan. Malam nanti kami akan menikmati Majlis Makan Malam Amal PIBG di Nilai Springs. Guru-guru menyelesaikan berbagai-bagai tugas terakhir di sekolah sambil menjalankan tugas-tugas sebagai AJK Dinner.
   Seperti biasa, pagi Jumaat ini dimulakan dengan Bacaan Yaasin yang diketuai oleh ustaz Amir. Selesai bacaan Yaasin, diadakan acara penyampaian hadiah kepada guru-guru yang akan melagsungkan perkahwinan dan yang dapat bertukar. Tahniah kepada cikgu Azmi, Norafiza dan Syarfiza yang akan naik pelamin dalam masa cuti ini dan tahniah juga kepada 2 orang guru yang akan bertukar iaitu cikgu Juhairah (Kedah) dan Suhaida (Johor). Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat serta bergembira bersama keluarga tercinta.
Bacaan doa selepas selesai bacaan Yasin
Tak ramai murid datang sekolah hari ini
Alunan takbir diketuai ustaz Amir
Barisan pentadbir SKKW
Hadiah dari Kelab Guru dan Kakitangan
Din Pengerusi Kelab Guru
Selamat Pengantin Baru buat Azmi dan Ain
Semoga Berbahagia Hingga Ke Anak Cucu buat Norafiza dan Mohd Razi
Moga Berkekalan buat Syarfiza dan Zulhairil
Selamat Bertukar ke Kedah buat Juhairah
Ucapan perpisahan dari Ju
Selamat pulang ke pangkuan keluarga di Johor buat Suhaida
Ucapan terakhir dari Suhaida
Rosmawati masih ceria walaupun tak dapat tukar. Jumpa lagi tahun depan!
Selamat Bercuti buat semua murid dan guru!
Menyampaikan sumbangan Taty buat murid-murid 4A
Berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan
Mengagihkan susu kepada murid-murid
EN. Latib Lani - AJK PIBG yang paling sibuk dan sangat penting dalam persediaan dinner malam ni. Singgah sekolah sekejap sebelum ke hotel
Hadiah cabutan bertuah yang hendak dibawa ke hotel
GB tak habis-habis menandatangani pelbagai borang
Bilik SAL ni akan dijadikan kelas tahun depan
Murid-murid kelas 4 Setia 2011 yang akan guna kelas ni


(Oooopppsss.. sorry. Nak pi hotel dah ni. Ada rehearsal jap lagi. Pagi tadi tak sempat nak pergi jenguk. Jumpa lagi esok untuk menatap laporan dan gambar-gambar dinner malam ni. Stay tune...)

4 comments:

  1. Selamat bercuti Aida... dan kakcik tahu, cuti sekolah bukanlah cuti yang sebenarnya bagi seorang GB yang berdedikasi seperti Aida. Tahniah. :)

    ReplyDelete
  2. Salam kakcik. Saya kerja cuti ni. Tapi legalah sikit...

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu Aida.
    Selamat bercuti.Semoga diberkati Allah swt.
    Saya suka baca tulisan cikgu.Keep blogging!

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu Roha. Sekolah je cuti, GB tak cuti. Lum fikir lagi bila nak ambil cuti tahun. Selamat Bercuti buat cikgu juga... (sayapun suka baca tulisan cikgu)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...