Thursday, March 31, 2011

Malisha Nur Hanani - Olahragawati MSSD

Petang tadi saya berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Sepang buat kali ke-30 tahun 2011. Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari mulai 29 hingga 31 Mac 2011 di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi.
   Apa yang membanggakan ialah salah seorang murid SK Kota Warisan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut telah dinobatkan sebagai Olahragawati Kelas 4 bawah 12 tahun. Beliau telah mendapat pingat emas dalam acara 200 meter dan Lompat Tinggi.  Lebih menarik lagi, murid ini merupakan adik kepada murid kebanggaan kami yang telah mengharumkan nama SKKW sehingga ke peringkat MSSM tahun lepas. Beliau adalah Malisha Nur Hanani binti Mustafa Kamal murid Tahun 6 Ikhlas; adik kepada Malisha Nur Kamaliah. (Kisah kakaknya baca di sini dan di sini). Kamaliah sekarang sedang meneruskan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil selepas memperolehi 4A 1B dalam UPSR tahun lepas.
   Memang hebat betul keluarga Malisha ni. Syabas buat Hanani, guru-guru yang melatih, ibu bapa dan keluarganya yang telah sekali lagi membanggakan sekolah. Kami doakan semoga Hanani akan menjulang kejayaan dalam kejohanan MSSS dan MSSM yang akan datang. 
Malisha Nur Hanani menerima hadiah Olahragawati kategori P4
Bersama Hanani dan trofi yang dimenangi
Syabas buat Pn. Noraishah - ibu dan pendorong utama kejayaan Malisha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...