Tuesday, March 1, 2011

Mesyuarat Permuafakatan KAFA

Petang tadi telah diadakan Mesyuarat Permuafakatan SKKW bersama KAFA Integrasi Al-Muhajirin Kota Warisan bil. 1/2011. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Guru; ustazah Che Norlia, Pengerusi KAFA; ustaz Zairul, GPK1; ustazah Norakma, GPK HEM; ustazah Zubarida dan ustazah Fatimah yang sudi hadir. Tujuan mesyuarat antara lain adalah untuk:
1. Merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara SKKW 
    dan KAFA
2. Merancang program-program bersama
3. Membincangkan segala isu dan permasalahan dari hati 
    ke hati
   Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar dengan penuh semangat kekeluargaan. Pihak SKKW memohon maaf jika ada kata-kata dan tingkah laku yang menyinggung perasaan pihak KAFA. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula anak-beranak. Kepada guru-guru SKKW, marilah kita tingkatkan tahap toleransi dan kesabaran kita dalam menjalani kehidupan berkongsi premis.
Serius
 
Ustazah-ustazah KAFA
Guru-guru SKKW
Ustaz Zairul banyak memberi pandangan dan nasihat  berguna

4 comments:

  1. As salam...

    Toleransi demi pendidikan anak bangsa..
    Syabas warga SKKW & KAFA...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cik Shinju. Semoga dipermudahkanNYA segala urusan. Amin...

    ReplyDelete
  3. salam...
    kuyusuk miting...
    aper jamuannyer..?

    ReplyDelete
  4. Salam paklong. Jamuan meehoon je hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...