Sunday, March 6, 2011

Rumah Orang Tua

Tadi pagi saya berkesempatan menyertai lawatan AJK Muslimat Surau Al-Hijrah Kota Warisan ke Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti. Kami pergi dengan menaiki bas persiaran yang ditaja sepenuhnya oleh Pn. Kartini. Terima kasih banyak diucapkan kepada Pn. Kartini yang berhati mulia. Tahniah kepada AJK Muslimat yang telah mengadakan program yang sangat berfaedah ini. Saya dan ustazah Norina Nordin sangat bersyukur kerana telah diberi peluang menyertai program ini.
Bas ditaja oleh Pn. Kartini
Dalam bas
   Pengasas Rumah Orang Tua tersebut; Pn. Muji bt. Sulaiman masih berkhidmat sebagai Ketua Jururawat di Hospital Serdang. Rumah tersebut mula dibuka pada tahun 2003 dengan perbelanjaan beliau sendiri. Terdapat 42 orang tua lelaki dan wanita sedang menghuni rumah tersebut dari umur 49 tahun sehingga 100 tahun lebih. Menurut Pn. Muji, terdapat sebuah lagi Rumah Orang Tua yang diasaskannya bertempat di Putra Perdana di mana penghuninya adalah orang-orang tua yang nyanyuk. Beliau melontarkan pemerhatian beliau bahawa penyakit nyanyuk hanya berlaku kepada masyarakat Melayu sahaja - sesuatu yang boleh direnungkan.
   Dalam ucapan beliau, Pn. Muji telah berpesan supaya orang-orang tua jangan berkecil hati jika anak-anak menghantar mereka ke Rumah Orang-Orang Tua kerana itu lebih baik daripada membiarkan ibu bapa bersendirian di rumah disebabkan anak-anak sibuk dengan urusan kerja. Maksud beliau jika ibu bapa yang terlalu uzur dan memerlukan penjagaan rapi. Pn. Muji telah menyampaikan hasrat beliau untuk membina Rumah Orang Tua bertaraf eksklusif dengan gimnasium dan pelbagai kemudahan canggih jika mempunyai kewangan yang cukup. Kita doakan cita-cita beliau berjaya suatu hari nanti.
   Sesungguhnya Pn. Muji merupakan seorang yang berjiwa kental lagi tabah. Kami sangat teruja dengan semangat yang ditunjukkan. Beliau tak jemu-jemu bercerita sehingga tak sedar masa berlalu begitu cepat. Penghuni rumah tersebut telah diberikan sebekas bubur lambuk dan kuih-kuih untuk dinikmati. (Sedap bubur kak Leha). Semoga usaha Pn. Muji akan diberkati Allah hendaknya dan beliau diberi kesihatan untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan yang sangat murni itu.
Baru sampai
Depan Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti
Pentas yang cantik
Berkumpul di ruang solat
Mendengar taklimat dari Pn. Muji
Pengerusi Surau Al-Hijrah; Ustazah Che Norlia menyampaikan sumbangan kepada Pn. Muji
Zikir munajat bersama penghuni
Pekerja menghidangkan minuman pagi
Beramah mesra dengan penghuni
Mendengar cerita Pn. Fatimah yang terlantar akibat kemalangan jalan raya
Bergambar ramai bersama Pn. Muji
   Dari Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, kami kemudian meneruskan perjalanan ke Banting. Singgah solat zohor di Masjid Al-Azim, Kg. Kelanang.
Lanskap Masjid Al-Azim, Kg. Kelanang
Cantik sungguh pemandangan masjid ini
Ada beduk besar lagi
Bergambar depan pintu gerbang
Norina pulak
   Selesai solat, kami telah dibawa ke rumah pakcik Pn. Kartini untuk menikmati makan tengah hari aka kenduri doa selamat meraikan cucu pakcik beliau yang ke-15 serta sempena keberangkatan Pn. Kartini serta suaminya; En. Amirul dan keluarga yang akan menunaikan ibadah umrah minggu hadapan. Terima kasih sekali lagi Pn. Kartini. Hanya Allah jua yang akan membalas budi baik beliau sekeluarga.
Mengambil tempat
Faziana bersama emaknya; Pn. Zaiton
Ustazah Che Norlia mengetuai bacaan doa selamat
Kak Nab mengalunkan zikir
   Usai makan, kami dibawa melawat ke Istana Jugra, Masjid Diraja Sultan Ala'eddin, Kg. Bandar dan sebelum balik kami singgah shopping kerepek di Kanchong Darat. 
Di depan Masjid Diraja Sultan Ala'eddin, Kg. Bandar, Kuala Langat
Bersama Mumtazah
Terpegun dengan keindahan masjid ini
Binaan di dalamnya macam Masjid Nabi di Madinah
Bergambar di dalam masjid
Peserta lawatan bergambar kenangan
Siti Nor Hidayah yang comel
   Pendek kata berbaloi sungguh program hari ini. Terima kasih daun keladi buat kak Rubi kerana mempelawa saya join  lawatan ini. Lain kali, ajaklah lagi...

2 comments:

  1. salam Kak..
    ermmm..lawatan yang pasti
    menginsafkan?harapan agar
    saya tidak jadi seperti mereka

    ReplyDelete
  2. Kita doakan penghujung hidup kita tidak seperti mereka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...