Saturday, May 7, 2011

Kolokium

Balik dari Kelantan, saya ke IAB Cawangan Utara, Jitra, Kedah menghadiri Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional. Kolokium dirasmikan oleh Dato' Misrah Timbalan KPPM mewakili YB Datuk Abdul Ghafar bin Mahmud KPPM. Sambil berkolokium, saya berkesempatan menjejaki teman-teman dan mantan pensyarah NPQH Kohort 8 IABU tahun 2004 yang lalu. Terima kasih Awie sudi menumpangkan kami berkelana ke sana ke mari. Sampai pancit-pancit tayar kereta Awie di rumah kak Normah. Alhamdulillah kak Normah kelihatan semakin sihat setelah diserang strok semasa kami bersama belajar dulu. Kolokium kali ini membanggakan kami kerana rakan kami, Chan Seow Hong GB Penang menjadi pembentang dalam slot selari. Tahniah buat Chan! 
Buku program yang cute
Bersama kak Zainab
Zul membantu menukar tayar kereta Awie yang pancit sambil diperhati oleh Ramlee dan suami kak Normah
Terima kasih kak Normah belanja kami makan
Dengan kak Nab lagi
Kak Samilah pun join kolokium kali ini
Jadi pencatat slot selari
Menikmati makan malam yang disponsor oleh Tn. Hj. Harun. Tn. Hj. Asmee (Ketua Sektor JPN Kedah) pun turut serta
Singgah minum di rumah Tn. Hj. Harun
Pertukaran hadiah Direktor sekolah Bosnia Herzegovina dengan IABU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...