Menyahut cabaran tersebut, SU PIBG - Pn. Nor Anikah, Penolong SU PIBG - Pn. Asiah dan Bendahari - Cik Nor Faezah Talib telah melakukan operasi mengemaskini dan menambahbaik segala bagai bahan dan dokumen sebagai persediaan pemantau negeri nanti.
Pagi ini, Ustaz Ghani PPD menghubungi saya mengatakan pasukan pemantau akan datang pagi esok. (Cepatnya!!) Semoga persediaan yang dibuat akan memenuhi kriteria berdasarkan senarai semak yang diberi serta dapat menambat hati para pemantau.
Di pihak sekolah, kami memang akui pengurusan PIBG tahun lepas sangat mantap serta proaktif. Kepimpinan PIBG sesi 2010 / 2011 di bawah YDP Dr. Mohd. Rushdan merupakan era kepimpinan yang padat dengan program dan inovasi. Ianya bersesuaian dengan jawatan Dr. sebagai pensyarah USIM dan ustaz yang berpengaruh di Kota Warisan ini. Apa jua keputusannya nanti, bagi saya, pencalonan ini sendiri merupakan kejayaan yang sangat membanggakan buat pasukan AJK PIBG SKKW dulu dan sekarang. Tahniah!
Kumpulan Rabbani membuat persembahan semasa Majlis Makan Malam Amal anjuran PIBG SKKW tahun lepas
(Lagi gambar serta berita tentang Annual Dinner SKKW 2010 di sini)
Good luck SKKW...
ReplyDeleteTeruskan kecemerlangan!!
Thank you cik Shinju. Berkat pemuafakatan komuniti Kota Warisan juga tu
ReplyDeletetahniah cikgu...mantap tol skkw lately ni ya...teruskan usaha ini.. :P
ReplyDeletep/s: tahun lepas jemput rabbani, berapa die charge ya? :P
Terima kasih Emi. Kos Rabbani RM5,000.00
ReplyDelete