Friday, June 4, 2010

Selamat Bercuti

Hari ini hari terakhir persekolahan penggal pertama 2010. Esok bermulalah Cuti Pertengahan Penggal selama 2 minggu. Di sekolah, Peperiksaan Setengah Tahun masih berlangsung.
Murid 6 Wibawa tekun menjawab soalan
6 Amanah
6 Ikhlas
5 Wibawa
1 Wibawa
Pintu kelas 1 Wibawa
1 Rasional
Pintu kelas 1 Rasional
1 Ikhlas
1 Setia
(kelas murid yang ibu bapanya marah cikgu tu - cuba cari mana dia - yang paling comel tu dialah)
Posing jap
Posing lagi
Orang pejabat pula buat potluck hari ni
 Jom makan
Rezeki
Jahila akan dirindui murid-muridnya
Dari kejauhan, Wak dengan kereta sorongnya
Hari ini Nur Shareena bt. SharupShaharudin 4 Setia last day di SKKW - akan bertukar ke Kedah
Kawan-kawan sekelasnya pakat bawa seorang sikit buat jamuan untuk Shareena
Selamat Berjaya buat Shareena
Shareena dikelilingi kawan-kawannya yang ceria
Cikgu sekolah tarian; Pn. Najihah berbincang dengan Mimi pasal pertandingan tarian
Selamat Bercuti - Jangan lupa buku tau!

Di sebelah petang..............
Bersama Milah dan anaknya; Nur Shazwani. Mereka akan berangkat mengerjakan umrah minggu depan
Nak bergambar kat sini juga
Didoakan semoga Milah dan keluarga mendapat umrah yang mabrur
Jaga Dora dan Mala menghantar Buku Laporan untuk ditandatangani
Ustazah baru melapor diri - Pn. Noor Azian binti Ibrahim
Lambaian buat Faris; mantan GBnya (SK Kajang Utama)

Thursday, June 3, 2010

Bye-bye Hazrain & Jahila

Hari ni Kelab Guru buat jamuan lagi. Guru-guru sumbang potluck seorang sikit. Majlis yang diadakan di bilik KH ini sempena perpisahan dengan cikgu Hazrain b. Lazarus dan cikgu Jahila @ Norhafizah bt. Muhamin yang dapat bertukar balik ke Sabah minggu depan. Mereka mula melapor diri di SK Kota Warisan awal tahun ini. Masing-masing meninggalkan suami / isteri dan anak-anak untuk mencari rezeki dan pengalaman di sini. Meskipun masih belum puas bersama mereka, apakan daya keluarga lebih memerlukan mereka.
     Kepada Hazrain dan Jahila, terima kasih banyak atas segala jasa yang dicurahkan kepada anak-anak didik di SKKW selama ini. Budi baik kalian takkan kami lupakan. Juga mohon ampun dan maaf jika ada kekasaran dan keterlanjuran dari saya dan guru-guru serta staf sepanjang kita bertugas dan bergaul. Semoga hubungan ukhwah berlandaskan integrasi nasional ini akan berpanjangan hendaknya. Selamat Berpisah dan Semoga berjumpa lagi pada kesempatan lain. Kenang kami dalam doamu.
 Zana; SU Kelab Guru jadi pengacara
Barisan pentadbir yang dah macam adik-beradik
Amir dengan senyum meleretnya di samping Hazrain
Jahila yang manis - We will miss ur smile
Posing manja Odie dan Fiza
Apa yang melucukan tu?
 Ucapan GB - Terima kasih buat kalian berdua
Ucapan Hazrain - "5 bulan rasa macam 5 tahun!"
 Jahila mengimbas kenangan bersama guru-guru terutama Roszila dan Khairul
Cenderamata dari Kelab Guru buat Hazrain...
... dan Jahila
Azlee mendahului
 Macam raya pulak
Senyum jap
Mmmm... sedapnya koktel Zila ni
 Makan buah dulu
 Welcome cikgu Siti Aisah
Jemput makan
 Silakan
 Khusyuknya
 Kenapa sedih tu?
Nor Mi - tonggak majlis

Tuesday, June 1, 2010

Sedih

Rasanya lama dah saya ni jadi Guru Besar, GPK dan cikgu biasa. Banyak dah yang saya lalui berkait karenah ibu bapa. Apa yang saya tak lalui - laporan kepada nazir, pegawai atasan saya hatta sampai ke laporan polis tentang saya dan guru-guru saya. Sekejap saya pernah popular di peringkat negeri kerana perbalahan dengan ibu bapa ni. Saya rasa semuanya happy ending. Saya di pihak yang benar dan 'orang-orang' itu yang tak waras. Semuanya jadi bekalan buat saya dalam melalui ranjau dan duri kerjaya yang saya sayangi ini.
   Tapi entah kenapa hari ni saya kalah dengan sepasang ibu bapa ni. Minggu lepas kami dah berbincang bersabit masalah anaknya 'dipukul' oleh kawan-kawannya semasa Hari Guru sekolah agama petang. Siap pasangan ini buat laporan polis lagi. Emaknya datang jumpa saya dan kami berbincang sebagai kawan. Adalah beberapa cara didikannya yang saya tegur. Antaranya, dia selalu suruh anaknya yang baru Tahun 1 tu bersumpah menggunakan Al-Quran supaya tidak bercakap bohong. Saya rasa cara itu tak baik untuk budak semuda itu. Saya juga memberi maklum balas spontan terhadap beberapa sikap anaknya yang saya rasa perlu diberi perhatian sehingga keluar perkataan "anak puan ni banyak 'auta' saya tengok. Suka mengada-adakan cerita".
   Pagi ini,  seorang guru disiplin telah menegur anaknya kerana datang lambat ke sekolah. Boleh dia jawab; "Cikgu jangan marah saya, ayah saya kaki pukul". Seorang lagi guru bertanya tentang insiden di sekolah agama kenapa dia tak mengadu kepada ustazah petang yang dia ditumbuk, dia jawab; "Cikgu tak guna, cikgu tak boleh pakai, cikgu tak ada otak". Menyirap darah saya dan GPK HEM kata-kata ini keluar dari seorang murid berusia 7 tahun.
   So bila saya nampak ibu bapa murid ini menyuap anaknya makan semasa rehat, saya pun mengajak mereka berdua ke pejabat saya. Saya temukan mereka dengan dua orang guru saya tu serta GPK HEM. Masam aje muka mereka tapi tak apalah. Entah apa yang direport oleh anaknya tadi kepada emak ayahnya.
   Saya minta dua orang cikgu saya ni menceritakan insiden yang berlaku. Apa yang saya nak highlightkan adalah betapa kurang ajarnya anak tunggal mereka itu. Tapi aduhai, emak dan ayahnya pun serupa. Ada saja alasan diberi untuk mempertahankan tingkah laku anaknya itu. Hingga keluar perkataan 'pembohong' dari mulut emaknya itu kepada cikgu kelas anaknya atas satu insiden yang telah lepas. Emaknya cakap memang cikgu sekolah ni semua tak boleh dipercayai. "Jangan cakap apa-apa dengan cikgu. Cakap kat emak dan ayah saja".
   Saya paling tak tahan bila dia bercakap tak berhenti-henti. Saya pun tak sedar turut melawan kata-katanya. Pun tak ada full stop. Dia marah saya kata anaknya kaki auta hari tu, tapi dia kata cikgu saya pembohong, boleh pulak. Mujurlah cikgu-cikgu saya masa tu sangat profesional - diam dan mengeluarkan perkataan yang sangat teratur. Dan klimaksnya, selepas guru-guru melafazkan harapan mereka, tiba giliran saya, antara lain saya kata;
   "Saya sampai bila-bila pun tetap menganggap anak puan macam anak murid saya yang lain juga. Cuma hari ini hati saya terluka sebab puan telah menyalahtafsirkan perbincangan kita tempoh hari dengan mengata saya macam-macam. Saya kenal lama puan sebagai bekas guru tadika anak saya. Puan juga senegeri dengan saya. Sebab tu perbincangan kita tempoh hari saya boleh berseloroh dan santai. Tambahan pula berlaku di sekolah agama petang, tak ada kena-mengena dengan sekolah saya. Tapi tak apalah saya harap Erik akan berjaya"
   Tanpa saya sedari, rupanya hati saya sangat sebak semasa melafazkan kata-kata tersebut. Berlinang juga air mata di pipi ini. Mengapakah saya terlalu lemah? Sebaik saja pasangan itu keluar meninggalkan bilik saya, saya rasa lega. Mungkin guru-guru saya yang telah lama melayani karenah ibu bapa dan anaknya itu sejak prasekolah tahun lepas lagi lebih tinggi kesabarannya daripada saya. Yalah agaknya. Saya tak cukup sabar rupanya.
   Dalam diam saya termenung; padanlah anaknya kurang ajar.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...