Thursday, June 3, 2010

Bye-bye Hazrain & Jahila

Hari ni Kelab Guru buat jamuan lagi. Guru-guru sumbang potluck seorang sikit. Majlis yang diadakan di bilik KH ini sempena perpisahan dengan cikgu Hazrain b. Lazarus dan cikgu Jahila @ Norhafizah bt. Muhamin yang dapat bertukar balik ke Sabah minggu depan. Mereka mula melapor diri di SK Kota Warisan awal tahun ini. Masing-masing meninggalkan suami / isteri dan anak-anak untuk mencari rezeki dan pengalaman di sini. Meskipun masih belum puas bersama mereka, apakan daya keluarga lebih memerlukan mereka.
     Kepada Hazrain dan Jahila, terima kasih banyak atas segala jasa yang dicurahkan kepada anak-anak didik di SKKW selama ini. Budi baik kalian takkan kami lupakan. Juga mohon ampun dan maaf jika ada kekasaran dan keterlanjuran dari saya dan guru-guru serta staf sepanjang kita bertugas dan bergaul. Semoga hubungan ukhwah berlandaskan integrasi nasional ini akan berpanjangan hendaknya. Selamat Berpisah dan Semoga berjumpa lagi pada kesempatan lain. Kenang kami dalam doamu.
 Zana; SU Kelab Guru jadi pengacara
Barisan pentadbir yang dah macam adik-beradik
Amir dengan senyum meleretnya di samping Hazrain
Jahila yang manis - We will miss ur smile
Posing manja Odie dan Fiza
Apa yang melucukan tu?
 Ucapan GB - Terima kasih buat kalian berdua
Ucapan Hazrain - "5 bulan rasa macam 5 tahun!"
 Jahila mengimbas kenangan bersama guru-guru terutama Roszila dan Khairul
Cenderamata dari Kelab Guru buat Hazrain...
... dan Jahila
Azlee mendahului
 Macam raya pulak
Senyum jap
Mmmm... sedapnya koktel Zila ni
 Makan buah dulu
 Welcome cikgu Siti Aisah
Jemput makan
 Silakan
 Khusyuknya
 Kenapa sedih tu?
Nor Mi - tonggak majlis

13 comments:

  1. salam kak aida..
    yang pergi silih berganti
    bertambah rakan dan pengalaman
    yang lama pergi datang yang baru
    pasti sedih bila dah mesra..

    ReplyDelete
  2. Wah, satu team yang mantap. Tahniah Pn Aida dapat membentuk pasukan guru seperti satu keluarga

    ReplyDelete
  3. Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa, hilang di mata di hati

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Aida
    Kesihan mereka ye. Baguslah dapat balik negeri & bersama famili semula. Geli hati juga perhatikan: sedih berpisah memanglah sedih, tapi mim alif kap nun mesti muncah! Hehehe. Tak apalah, perpisahan bukan saban bulan. Ceria selalu!

    ReplyDelete
  5. Salam Zul a.k.a peminat no. 1 akak (nanti akak bagi award, ya). Teringat akak lagu ni :

    Bertemu dan berpisah
    Adat manusia biasa
    Hilang di mata
    Tapi di hati tidak lupa
    Berdoalah kita agar
    Aman dan sentosa
    Semoga kelak kita berjumpa
    Di suatu masa

    ReplyDelete
  6. Salam benludin. Tahun ni rasa dah banyak kali dah jamuan anjuran cikgu-cikgu ni. Comel + montel dah badan masing-masing

    ReplyDelete
  7. Salam kak Nora. Terima kasih kak. Kita nak jumpa guru tu hari-hari. Kenalah buat macam keluarga kita. Nak tegur-tegur pun senang.

    ReplyDelete
  8. Salam Noorlara. Hilang di mata, di hati ingat-ingat lupa. Tak apa. Janji kenanglah bahawa kita pernah bersama pada suatu hari suatu masa yang lalu...

    ReplyDelete
  9. Salam ceria cikgu Temuk. Berpisah selepas bermesra adalah memori paling indah. Makan kena makan, rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  10. cikgu...SELAMAT BERCHUTI........
    so bercuti sekola kali ni BERCHOTI-CHOTI di mana ya......

    ReplyDelete
  11. Dian tiga lilin pun tiga
    Tanglung tergantung rumah laksamana
    Diam juga sabar pun juga
    Ada umur tidak ke mana

    Tuan puteri pergi ke Rasah
    Pulang semula sebelah pagi
    Kita bertemu akhirnya berpisah
    Diizin Tuhan bersua lagi

    ReplyDelete
  12. Salam Nid's. Cuti ni pergi PD tidur semalam je bawa anak-anak. Nid's pi mana?

    Salam Rosli. Bestnya pantun tu. Penuh makna tersirat. Saya cuba jawab ye:

    Lama nian tiada khabar,
    Lain wajah berubah rupa,
    Dalam diam dan juga sabar,
    Kenangan indah takkan terlupa.

    Berdagang kolek pinta kurnia,
    Enak bersembang dengan Mak Bayan,
    Bertemu berpisah adat dunia;
    Bersua kita di celah impian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...