Tuesday, June 1, 2010

Sedih

Rasanya lama dah saya ni jadi Guru Besar, GPK dan cikgu biasa. Banyak dah yang saya lalui berkait karenah ibu bapa. Apa yang saya tak lalui - laporan kepada nazir, pegawai atasan saya hatta sampai ke laporan polis tentang saya dan guru-guru saya. Sekejap saya pernah popular di peringkat negeri kerana perbalahan dengan ibu bapa ni. Saya rasa semuanya happy ending. Saya di pihak yang benar dan 'orang-orang' itu yang tak waras. Semuanya jadi bekalan buat saya dalam melalui ranjau dan duri kerjaya yang saya sayangi ini.
   Tapi entah kenapa hari ni saya kalah dengan sepasang ibu bapa ni. Minggu lepas kami dah berbincang bersabit masalah anaknya 'dipukul' oleh kawan-kawannya semasa Hari Guru sekolah agama petang. Siap pasangan ini buat laporan polis lagi. Emaknya datang jumpa saya dan kami berbincang sebagai kawan. Adalah beberapa cara didikannya yang saya tegur. Antaranya, dia selalu suruh anaknya yang baru Tahun 1 tu bersumpah menggunakan Al-Quran supaya tidak bercakap bohong. Saya rasa cara itu tak baik untuk budak semuda itu. Saya juga memberi maklum balas spontan terhadap beberapa sikap anaknya yang saya rasa perlu diberi perhatian sehingga keluar perkataan "anak puan ni banyak 'auta' saya tengok. Suka mengada-adakan cerita".
   Pagi ini,  seorang guru disiplin telah menegur anaknya kerana datang lambat ke sekolah. Boleh dia jawab; "Cikgu jangan marah saya, ayah saya kaki pukul". Seorang lagi guru bertanya tentang insiden di sekolah agama kenapa dia tak mengadu kepada ustazah petang yang dia ditumbuk, dia jawab; "Cikgu tak guna, cikgu tak boleh pakai, cikgu tak ada otak". Menyirap darah saya dan GPK HEM kata-kata ini keluar dari seorang murid berusia 7 tahun.
   So bila saya nampak ibu bapa murid ini menyuap anaknya makan semasa rehat, saya pun mengajak mereka berdua ke pejabat saya. Saya temukan mereka dengan dua orang guru saya tu serta GPK HEM. Masam aje muka mereka tapi tak apalah. Entah apa yang direport oleh anaknya tadi kepada emak ayahnya.
   Saya minta dua orang cikgu saya ni menceritakan insiden yang berlaku. Apa yang saya nak highlightkan adalah betapa kurang ajarnya anak tunggal mereka itu. Tapi aduhai, emak dan ayahnya pun serupa. Ada saja alasan diberi untuk mempertahankan tingkah laku anaknya itu. Hingga keluar perkataan 'pembohong' dari mulut emaknya itu kepada cikgu kelas anaknya atas satu insiden yang telah lepas. Emaknya cakap memang cikgu sekolah ni semua tak boleh dipercayai. "Jangan cakap apa-apa dengan cikgu. Cakap kat emak dan ayah saja".
   Saya paling tak tahan bila dia bercakap tak berhenti-henti. Saya pun tak sedar turut melawan kata-katanya. Pun tak ada full stop. Dia marah saya kata anaknya kaki auta hari tu, tapi dia kata cikgu saya pembohong, boleh pulak. Mujurlah cikgu-cikgu saya masa tu sangat profesional - diam dan mengeluarkan perkataan yang sangat teratur. Dan klimaksnya, selepas guru-guru melafazkan harapan mereka, tiba giliran saya, antara lain saya kata;
   "Saya sampai bila-bila pun tetap menganggap anak puan macam anak murid saya yang lain juga. Cuma hari ini hati saya terluka sebab puan telah menyalahtafsirkan perbincangan kita tempoh hari dengan mengata saya macam-macam. Saya kenal lama puan sebagai bekas guru tadika anak saya. Puan juga senegeri dengan saya. Sebab tu perbincangan kita tempoh hari saya boleh berseloroh dan santai. Tambahan pula berlaku di sekolah agama petang, tak ada kena-mengena dengan sekolah saya. Tapi tak apalah saya harap Erik akan berjaya"
   Tanpa saya sedari, rupanya hati saya sangat sebak semasa melafazkan kata-kata tersebut. Berlinang juga air mata di pipi ini. Mengapakah saya terlalu lemah? Sebaik saja pasangan itu keluar meninggalkan bilik saya, saya rasa lega. Mungkin guru-guru saya yang telah lama melayani karenah ibu bapa dan anaknya itu sejak prasekolah tahun lepas lagi lebih tinggi kesabarannya daripada saya. Yalah agaknya. Saya tak cukup sabar rupanya.
   Dalam diam saya termenung; padanlah anaknya kurang ajar.....

24 comments:

  1. salam cikgu
    w/pun sya bukan ditempat cikgu, tp sya tahu perasaan tu macamana
    bila kita berhadapan dengan orang yg menunjuk dengan jari 1 kita salah, tapi orang tu sebenarnya tidak perasan 4 jari lagi menunjuk pada dirinya.

    ReplyDelete
  2. sya memang tidak selesa dgn ibubapa yg selalu mempertahankan anak anak bila anak membuat salah..
    sebelum terlambat harap mereka sedar, sayang anak ditangan tangankan
    bukan sayang anak dimanja manjakan.

    ReplyDelete
  3. Salam ssibu. Sorry bukan menagih simpati tapi sekadar meluah rasa. Tkasih

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Aida...

    aduh...bsr btl cabaran guru skrg ni yer...
    kakak sya yg ngajar kat sek keb kompleks Klia
    punteruk kesnyer...hari2 ade jer citer pasal pelajar yg melawan...perkataan2 yg dorg ucapkan xkan keluar dr mulut bdk2 kalau mak bpknyer x pernah cakap mcm tu kat umah...sebagaimana acuan,begitulah kuihnyer kan...

    ReplyDelete
  5. salam kak aida..
    saya pun tumpang sedih bila
    membayangkan ada ibu bapa
    yang sebegini..ye lah sapa
    tak sayang anak..tapi itu bukan sayang
    itu membinasa..moga cerita "anakku sazali"
    menjadi contoh .

    ReplyDelete
  6. salam cik gu aida
    hanya yg pernah mengalami yang memahami perasaan cikgu.........menangani kerenah pelajar, ibu bapa
    yg x pernah selesai....... aduh... apa nak buat disitu rezeki kita........ bersabar, pastikan kita dilandasan yg betul..... airmata bukan bererti kita kalah...... terus perjuangan cikgu

    ReplyDelete
  7. Salam cik Shinju. Kes budak ni, kata cikgu-cikgu saya : Memang semacam je cara budak tu bercakap dengan emaknya. Apa lagi nak kata? Saya tak mengharapkan emaknya berubah, tapi boleh ke anaknya diubah???

    Salam Zul. Yelah tiba-tiba je saya teringatkan cerita "Anakku Sazali". Janganlah sejarah itu berulang.

    Salam Ibu Guru. Dah lama airmata saya tak keluar. Kali ini tak sangka ia mengalir. Perjuangan perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  8. salam...macam2 kerenah ibubapa ni...ade jugak saya alami seperti ini...bila cakap macam tu...kita cari seberapa banyak bukti yang anak dia salah...akhirnya jumpa lagi...tak terkata apa dah...malu alah sendiri...pernah nak cabar di mahkamah....saya tuntut janji nak bagi surat mintak maaf - sampai sudah tak bagi...bila bertemu dengan anak...saya tuntut lagi.... macam orang tagih hutang! Tuhan nak tunjuk kesalahan anak dia....balik lewat...saya tunggu sampai petang...lepas tu saya "basuh" abang budak tu...macam2 tentang adiknya...kirim salam sama bapak awak!


    ibubapa tu tak sedar peranan guru....kalau cikgu semua tak betul....ajar anak sendiri...jangan sekolah kat sekolah tu...


    kalau saya lah cikgu....saya akan kata....ambik surat tukar!!!@ ajar sendiri kalau cikgu semua pembohong @ tak betul....tak berkat lah anak terima ilmu...menyirap saya dengar ni...saya memang lawan jugak cikgu!!! kita ni nak membimbing anak dia....pernah kami kata.....kita nak urus P & P saje...buang masa didik displin anak puan ni!!! jagalah sendiri...tu tahap suhu tinggi la tu...tp sampai hari ni...tak ade ibubapa dendam dengan kami...

    ReplyDelete
  9. Salam sonata. Semangat saya dengar kisah cikgu tu. Sebenarnya ibu bapa yang bermasalah macam ni seorang dua je berbanding murid kita yang beratus-ratus tu. Tak jadi kudis pun. Tapi ia mengganggu juga mental kita. Kat sekolah ugama, memang dia beritau saya dia nak berhenti. Yalah... tak ada masalah. Tapi kat SK kalau kita cakap macam tu, boleh dimanipulatenya. Apapun saya rasa kesabaran saya ada hadnya juga. Tu baru saya bertikam lidah dengan dia. Kalau dia ambil tindakan lebih brutal, mau saya ucapkan juga perkataan 'keramat' tu. Apa tunggu lagi. Kata cikgu sekolah ni semua tak betul, silakanlah...

    ReplyDelete
  10. salam buat akak...
    tu la realitinya dalam dunia pendidikan...
    apapun kesabaran secara profesional akan membuatkan kita lebih tabah....

    ReplyDelete
  11. aduh cikgu....ada jugak IBU BAPA SEbegini...
    bangga ni cikGU peNuh sabar melayan karenah MERKA..kalO saya di tempat ckigu..tataulaa apa nasib mereka-mereka tu...
    apa-apapun cikGU,.....saya doakan cikgu akan terus TABAH dan saBAq dalam mendidik anak BANgsa......

    ReplyDelete
  12. Susah juga kalau jadi macam ini kadangkala berdiam itu adalah pilihan terbaik.

    ReplyDelete
  13. Cikgu Aida,
    Berdasarkan pengalaman saya dlm bidang pendidikan menjadi guru, GPK dan Pengetua selama lebih 30 tahun, saya fikir tindakan Cikgu Aida itu betul.

    Cikgu Aida bukan lemah. Itulah kekuatan menghadapi segala cabaran.
    Segelintir ibu bapa bukan "pendidik". Tindakan mereka tidak sama dengan tindakan kita sebagai pendidik. Malah mereka juga tidak ada ilmu formal tentang keibubapaan.

    Sebahagaian mereka hanya bertindak sebagai "penternak". Oleh sebab itu anak-anak mereka hanya ada naluri tetapi tidak ada akal. (naluri-akal=nakal). Akhirnya anak-anak mereka akan menjadi anaak-anak yang tidak terdidik.

    ReplyDelete
  14. Salam Pak Long. Realiti yang hanya kita saja yang tau. Sabar + tabah = bahagia

    Salam Anida. Terima kasih sudi singgah n share.
    Hari ni, budak tu beritau cikgu saya yang ibu bapa dia kata cikgu ni celaka. Aduh2 sedapnya mulut. Sabar... Tengah sabarlah ni.

    Salam en. Yassin. Agak2 en. Yassin berdiam tu pilihan terbaik ke dalam situasi ini??? Tapi saya masih ignore segala respons yang kami terima.

    Salam mantan Pengetua. Tuan lebih berpengalaman drp saya. Alangkan saya pun dah banyak kali tengok Allah bayar 'cash' kepada mereka yang melawan guru. Keberkatan ilmu oleh guru itu sangat perlu. Ini bukan doa tapi benar-benar terjadi.

    ReplyDelete
  15. bdk zaman skrg dah lain bezanya dgn budak dulu kan ckgu...

    ekekekekekek

    jgn lupa amalkan qunut nazilah >__<

    a walk to remember

    ReplyDelete
  16. Salam Jane. Bukan budak zaman sekarang je yang berbeza dengan budak zaman dulu. Ibu bapa zaman sekarang pun dah lain...

    ReplyDelete
  17. Kena banyak bersabar ni Cikgu..kalu kome mboh dah bagi pelempang pada anak murid yang gitu..

    ReplyDelete
  18. Memang berat kesnya tn. Relevan. Hari ni guru kelas dia cerita; emak dia cakap cikgu kelas dia tu mangkuk hayun. Salah siapa ni?

    ReplyDelete
  19. Salam Cikgu Aida
    Don't waste your time & energy on such kind of people. Walau memang tercubit juga hati, ambil sikap 'pedulikanlah depa'. Anggap saja 'they don't matter to me'! I'm sure you would want to spend your precious time and energy more on those students and parents who really understand and appreciate the sacrifices that you and your staff have been making all this while. Selamat terus berbakti.

    ReplyDelete
  20. Thank you so much tn. Temuk. I really appreciate it. Masa adalah penawar yang paling mujarab.

    ReplyDelete
  21. Salam Puan..

    Teringat pepatah lama Sayang isteri tinggal-tinggalkan sayang anak tangan tangankan tp skrg ni dah jadi sayang anak mua muakan..sejak tahun lps lg kami di prasekolah dah menjangkakan anak bertuah ni akan 'MELETUP' bila naik tahun 1 nanti...
    Orang-orang mcm ni x tahu betapa barakahnya ilmu yang diajarkan seorang guru...Al ulama' warasatil anbiya'..ilmuan itu pewaris nabi...tp apabila guru tu dah x redha dgn apa yang diajarkan...faham-faham lah sendiri...bukan mendoakan yg bukan2..tp anak mentah yg baru berusia 7 tahun tu takkan pandai menghina guru dgn kata-kata kesat..siapa lg yang mencorakkannya klu bukan ibu bapa...sabarlah puan, mulianya jasa guru mendidik tak terbayar dgn wang ringgit...jasamu guru tak terperi akan ku kenang sehingga mati..

    ReplyDelete
  22. Terima kasih Farah. Baru perasan komen Farah. Dah terlupa dah kisah budak bertuah tu sebabkan cuti dan tak kuasa mengingatinya. Semoga ibu bapanya akan membetulkan cara mendidik anaknya itu demi kebaikan anaknya jua. Kita sebagai guru tak pernah ambil hati. Kita punya ramai lagi anak yang amat memerlu dan menyayangi kita...

    ReplyDelete
  23. Salam cikgu.
    Saya suka baca blog cikgu ni.
    Banyak ilmu di sini.Pengalaman cikgu menghadapi hari-hari sebagai seorang ketua kepada murid-murid dan guru-gurunya. Biasalah lah cikgu.Parents begini tak profesional!
    Situasi apa yang dilalui, kita sebagai guru mesti kena buat sehabis baik kan cikgu walaupun ibarat lilin....menerangi insan lain.....huuhuhuhu

    ReplyDelete
  24. Salam cikgu Roha (nama macam sama dengan nama sayalah). Sorry baru perasan komen cikgu. Semoga kita akan terus tabah menghadapi asam garam dunia yang kita ceburi ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...