Wednesday, December 8, 2010

Pokok betik istimewa

First time tengok pokok betik ni... namanya betik rambai.
Jumpa kat kampung Awie di Penang hari tu

Sunday, December 5, 2010

Harijadiku

Sedar tak sedar, hari ini 5 Disember 2010 dah 47 tahun saya dilahirkan oleh arwah ibu saya; Rahmah binti Hj. Muharram yang telah kembali ke rahmatullah lebih 45 tahun yang lalu. Ayah saya; Mohd. Ali bin Ithnin  juga telah meninggalkan kami lebih setahun yang lalu. Terima kasih emak dan ayah kerana telah melahirkan saya ke dunia ini. Al Fatihah buat mereka berdua.
   Tak ketinggalan setinggi-tinggi penghargaan buat emak tiri saya yang sangat saya sayangi; Pn. Ariyah binti Ithnin. Jasa emak mendidik dan membesarkan saya hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Selamat Hari Lahir juga buat emak pada 3 Disember 2010 yang lepas. 
Happy Birthday to me.....

Saturday, December 4, 2010

MAHA 2010

Tadi kami sekeluarga telah pergi melawat pameran MAHA (Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition) 2010 di Serdang. 
Kat gerai nangka
Beratur nak naik bas
Ramainya orang
Depan Rumah Melaka
Beli payung sebab hujan renyai
Pengalaman pegang ular

Edy kat depan Rumah Kelantan
Jumpa member Kota Warisan
Lepas hajat Edy nak naik kuda

Friday, December 3, 2010

Minggu Maal Hijrah Surau Al-Hijrah

Sempena kedatangan Awal Muharram Selasa depan, Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah merancang program Minggu Maal Hijrah 1432 bermula 3 Disember 2010 hingga 11 Disember 2010. Banyak acara yang telah dirancang. Saya sebagai salah seorang AJK (Publisiti dan Muslimat) telah dipanggil bermesyuarat sejak lebih 3 bulan yang lepas lagi.
   Malam ini telah diadakan Majlis Pelancaran program. Antara acara pelancaran yang bermula jam 7.30 malam ini adalah:
- Bacaan Al Quran oleh adik Muhammad (yang terkenal tu)
- Persembahan Marhaban & selawat Kumpulan An-Najah
- Persembahan Qasidah pelajar KAFA
- Majlis Pelancaran oleh Dr. Hj. Mohd. Rushdan
   Berbagai-bagai acara telah diatur sepanjang minggu ini. Antaranya kuliah subuh dan ceramah oleh penceramah-penceramah jemputan yang hebat-hebat belaka termasuk YB Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz pada Jumaat depan, Sukaneka Muslimat dan Aktiviti Remaja di SKKW pada hari Ahad ini, Qiyamulail Perdana, Karnival Produk Halal dan klimaksnya adalah Forum Maal Hijrah "Baiti Jannati" pada Sabtu depan 12 Disember 2010. Panel forum terdiri daripada Prof. Dr. Saedah Abd Ghani dan Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz.
   Oleh yang demikian, marilah kita beramai-ramai mengimarahkan surau a.k.a Masjid Al-Hijrah Kota Warisan ini untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu dan pahala yang bertebaran sepanjang program tersebut. Tahniah kepada Jawatankuasa Surau dan JK program atas usaha yang sungguh murni ini!
Aktiviti sepanjang minggu
Ustaz Irwan mengacara majlis pelancaran
Adik Muhammad memperdengarkan bacaan Al-Quran
Persembahan marhaban dan selawat kumpulan An-Najah
Persembahan Qasidah pelajar KAFA Al-Muhajirin KW
Pelancaran program disempurnakan oleh Dr. Hj. Mohd Rushdan
Kalendar Surau berharga RM10.00 - membeli sambil menderma untuk projek pembesaran surau
Antara yang hadir

Ziarah Mesra Hjh. Asriah

Hari ini hari terakhir GB SK Sungai Pelek; Pn. Hjh. Asriah menjalankan tugas. Ahad ini bersamaan 5 Disember 2010 ialah harijadi beliau yang ke-58. Oleh itu, MGB Sepang telah mengadakan satu program lawatan ziarah mesra ke sekolah beliau. GB yang berkelapangan bersama-sama pada majlis ini selain saya adalah kak Samilah, Raja Maimunah, Sukimin, Zohri, Hj. Rasid dan Azman. Selamat Bersara buat kak Asriah......
Hjh Asriah terkenal mesra dan periang
Terima kasih atas jamuan special yang disediakan
Bergambar kenangan
3 orang GB Sepang berkongsi tarikh harijadi yang sama
"Happy Birthday to Us"

Steamboat

Jom tengok apa aktiviti di pejabat sekolah hari ini...
Bergambar dengan pengantin baru - Azmi
Tingkap bilik GB tanpa langsir sebab dicuci
Abu, Azlee dan Azmi tolong susun pigeon hole guru-guru
Persediaan bahan-bahan steamboat
Zanie kacau
Sedap + panas
Jemput makan

Thursday, December 2, 2010

Cuti Melaka

Semalam cuti 2 hari, saya bawa Acik dan Edy balik kampung kat Kesang Tua, Jasin, Melaka. Lama tak tengok emak di kampung. Kesempatan cuti weekdays, saya plan jumpa kawan-kawan lama UPSI di Melaka. Bestnya dapat jumpa kak Zaharah, kak Alissa, Zul dan melawat sekolah Asnah. Asnah nyer tak ada sebab pergi Bandar Melaka. Saya redah je, ambil gambar sana-sini. Jangan tak tau - sekolah Asnah SK Cenderah ranking  no. 1 Jasin dan no. 6 Melaka UPSR 2010! Memang hebat GB yang baru bertukar setahun lebih ni. Tahniah! Tahniah!
Dengan kak Zah
Rumah kak Zah di Taman Merak Mas, Bukit Katil tersergam indah
Bersama GB kak Zah - Datin Hjh Norishah (member lama masa di Petaling) di sekolahnya SK Bukit Baru
Singgah rumah Cu di Semabok kait mangga
Dengan kak Lissa di rumahnya di Merlimau
Jumpa Zul di rumah kak Lissa
Depan sekolah Asnah
Cantik bangunan barunya - murid 130 orang je..
Misi berjaya. Tahniah Asnah dan warga SK Cenderah!
Bergambar dengan pekerja SKC - Makcik Limah
Depan Taman Sains SKC
Edy dan Acik jadi co-pilot
Sebelum balik KL, singgah jap main bowling di MITC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...