Saturday, February 20, 2010

Sukan Tahunan kali ke-7

Pagi tadi berlangsung Sukan Tahunan kali ke-7 di padang SKKW. En. Mohd. Alias bin Awang; Ketua Unit Kualiti PPD Sepang telah sudi hadir bagi merasmikan kejohanan. Ustaz Irwan pula telah menyampaikan ucapan mewakili YDP PIBG; Dr. Mohd. Rushdan yang tidak dapat hadir kerana ada perjumpaan Dekan-Dekan baru USIM. Majlis berjalan lancar dan meriah sekali dalam cuaca panas terik. Terima kasih kepada semua terutama En. Mohd. Alias, PIBG, ibu bapa, guru-guru, kakitangan serta anak-anak murid sekalian. Alhamdulillah sukan kali ini juga telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada PIBG. Terima kasih & thank you so much.
 Banner sukan
 Bersama En. Mohd. Alias, ustaz Irwan dan En. Munir orang kuat PIBG
 Cuaca panas tak menjejaskan semangat kesukanan murid-murid dan guru
 Perbarisan pengawas
Pengakap
 Rumah kuning
Rumah hijau
 
Rumah biru
  
Rumah merah
  
Prasekolah
  
Ikrar Ketua Pengawas
  
Ustaz Irwan AJK PIBG menyampaikan ucapan
  
Ucapan Guru Besar
  
En. Mohd Alias mewakili PPD menyampaikan ucapan perasmian
  
Penyampaian cenderahati kepada En. Alias. Tkasih tuan!
  
Persembahan murid prasekolah
  
Persembahan senamrobik
   
Bergambar dengan pemenang merentas desa L dan P
  
Khemah rumah kuning
  
Rumah merah
  
Rumah biru
  
Rumah hijau
 
Pemandangan khemah dari jauh
 
Ibu bapa mencari posisi masing-masing
  
Bapa mithali
 
Seronoknya
 
Di kantin
 
Keluarga bahagia
 
Kak Rohani PIBG dan teman-temannya
 
Gerai-gerai yang menyewa tapak dengan PIBG
 
PIBG juga menyediakan tabung untuk kutipan derma ikhlas
 
3 orang juruacara - Fairuz, Din dan Fiza
 
Orang kuat hadiah - Milah, Aida dan Roszila

  
Sebahagian ibu bapa di khemah tetamu
  
Bersama Abu, Aida dan Roszila
 
Bapa yang banyak membantu GPK Koku; cikgu Mimi 
Suami Norini dan suami Mimi yang sangat rajin
 
Pendatang baru SKKW - ustaz Amir the iron man 
Pencatat pemenang
  
Edy pun dapat 2 hadiah
  
3 bekas murid SKKW yang cun melecun
  
Acara lumba lari
  
Acik tarik tali - kalah tapi tetap dapat jadi Naib Johan 
Tarik tali perempuan
  
Ambil gambar jap
  
Tarik tali bapa dan guru lelaki. Sediaaaa......
 
Priiiiittttt......
  
Tarik! Tarik!
 
Penyampaian hadiah tarik tali
 
Tumpang berteduh di khemah yang sempit
 
Acara ibu  - boling padang
 
Baling bagi botol tu jatuh
 
Ju - gaya kena ada
  
Mata terkini
  
GPK 1; cikgu Sa'diah menyampaikan hadiah
 
AJK PIBG; En. Munir turut menyampaikan hadiah
  
Bergambar kenangan dengan Olahragawan dan Olahragawati 
Ahli rumah hijau meraikan kejayaan
Begitulah rakaman gambar-gambar sekitar sukan pagi tadi. Kalau tak disebabkan bateri kamera saya dah habis, mesti banyak lagi gambar yang dapat dipaparkan. Tapi cukuplah setakat itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tiada yang pengsan dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku walaupun cuaca teramatlah terik. Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan di sana-sini. Ya ampunnn...
   Keputusan kejohanan tadi adalah seperti berikut;
Olahragawan - rumah biru
Olahragawati - rumah hijau
Perbarisan terbaik - rumah merah
Keceriaan khemah - rumah hijau
Juara keseluruhan - rumah hijau
Kepada yang menang, syabas dan tahniah. Yang kurang berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi tahun depan. Majulah Sukan untuk Negara! Isnin sekolah cuti peristiwa khas.....

5 comments:

  1. huyoo edy menang 2 hadiah..game ape??

    acik mestilah kene duduk blakangg skali.org paling kuat dlm tarik tali.haha

    ReplyDelete
  2. Edy menang sukaneka. Sorry tak ambil gambar sukaneka. Sibuk sembang dgn PPD di kantin. Acik sekarang dah kecik sejak latihan sukan ni - jangan main.

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada semua pemenang...
    Tapi... macam x aci pulak.
    Waktu meeting kata x boleh buat gimik masa perbarisan sebab takut jem. Aleh2 rumah merah buat gimik. Nak salahkan hakim x boleh. Sebab berkemungkinan hakim x tahu. Menang pulak tu... camno ni?

    ReplyDelete
  4. Haah mana aci, kan. Mesyuarat post mortem nanti, kena suarakan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...